f Secubit Garam: PUDING COKLAT SOS KASTARD

N3 Terkini

Tuesday, September 7, 2010

PUDING COKLAT SOS KASTARD


Sooooo....Yummy!!!! Tu jer boleh gambarkan rasa dessert terbaru dr Dayang Jack ni.. Memang sedap sungguh!! Tak rugi mencuba. Tambah enak dimakan sejuk2 time berbuka puasa. Ha... nak warning awal2, puding ni seeloknya dihidangkan dlm cup atau bekas2 utk dimakan secara individu dan tak berapa sesuai utk dihumban sekali gus dlm loyang pastu nak dipotong2.. mmg tak sesuai! :) 

Cam biasa.. K.Nor ni kalau tak derhaka kat resipi mmg tak sah.. ngeeeeeee... bukan apa, K.Nor prefer puding yg lembut2 gitu. Anak2 pun gitu gak cuma tang bapaknya yg kurang banyak sket songeh nyer hehe.. Bila tengok sukatan cecair yg digunakan dlm reispi ni rasa cam tak cukup utk buatkan puding ni lembut mengikut piawan anak tekak, K.Nor pun tambah la sukatan susu yg digunakan.. Pastu pulak masa mengacau sos kastard tu, lambat jer rasanya nak pekat.. Banyak kerja lain nak disettlekan masa tu, K.Nor pun memandai tambah sedikit gelatin (halalgel) ke dlm adunan sos kastard (1 sudu besar). Alhamdulillah... semuanya menjadi dgn baik dan pass piawan anak tekak.. hehe Ampun ya Dayang.. Mintak izin nak kopipes resipi tu kat sini ya.. Halal ya.. Tq :)



PUDING COKLAT SOS KASTARD by Dayang Jack

Bahan-bahan : 5-7 orang makan
Puding Coklat :
10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
500 ml susu segar
250 ml susu cair
100 ml air
3/4 cawan gula pasir
2 sb susu pekat
2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
1 sb tepung kastard + 2 sb air
1 sb mentega
1 sk esen vanilla

Cara-cara : 
Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan Sos :
2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
2 sb tepung kastard
4 sb gula pasir
1 sk esen vanilla

Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.


** utk peringatan K.Nor di lain hari
1.tambah susu segar/cair 100ml dlm aduanan puding coklat
2. masukkan 1 sudu besar gelatin dlm sos kastard

4 comments:

  1. sedapnye kak nor buat bebuka!!!! mintak semangkuk leh,hehehehe....

    ReplyDelete
  2. kena cuba ni..thanks k.nor!nyum nyum..

    ReplyDelete
  3. alkisahku >> 2 pun boleh miey.. sedap nih! :)

    kalamhati >> cuba tau, mmg sedap!

    ReplyDelete
  4. salam kak nor..

    faa dah try puding akak ni..kalau sudi jom laa singgah tengok..tapi tak segojess puding kak nor..hehe

    http://faafeefoo.blogspot.com/2012/08/choc-pudding-with-custard-sauce.html

    ReplyDelete