f Secubit Garam: Acar Darat

N3 Terkini

Monday, September 6, 2010

Acar Darat

Dah lama betul tak buat acar ni, Acar Darat, resipi CMG yg sekarang ni duk sibuk melapis kek utk raya. Camna bisnes butik Che Mat, mesti banyak masyuk tu time nak raya ni kan.. hehehe ampun Che Mat.. :)

Ok.. balik pd Acar Darat, mudah aje nak sediakan acar ni. Acar ni K.Nor gandingkan dgn Ayam Bistik td. Agak2 apa nasi yg jd pelakon utama menu hari ni ya... tungguuuuuuuuuuuuuuuu ............. *_______^

Che Mat, minta izin ya nak kopipes resipi Acar Darat kat sini ya... mekasih..

ACAR DARAT by Che Mat Gebu

Bahan-bahan ( 5 orang )
2 biji timun, dikerat 3 - 4 bahagian, buang empulur dan potong mcm batang mancis
2 biji lobak merah, dikerat 3 - 4 bahagian dan potong mcm batang mancis
3 biji cili merah, kerat dua, buang biji dan potong mcm batang mancis
2 biji bawang besar, dipotong berbaji

Bahan tumis:-
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 camca teh biji sawi (mustard seed)

Bahan lain:-
5 ulas bawang putih, belah dua
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk separuh lumat
1/3 cawan cuka makan
1 inci halia muda, dimayang halus
Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara:
Dalam bekas berasingan, gaul timun dan lobak merah dgn serbuk kunyit dan garam (kurang lebih 1 camca teh utk timun dan lobak) toskan dalam tapis.
Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bhn2 tumis hingga wangi, masukan belahan bwg putih, udang kering dan halia. Masukkan cuka dan kecilkan api. Masukkan gula (kurang lebih 3 - 4 camca besar) dan masak hingga pekat.
Masukkan cili, belahan bawang besar dan lobak merah. Masak hingga lobak merah separuh masak. Masukkan timun dan gaul rata. Bila timun sedikit lembut boleh lah matikan api. Rasa garamnya. Selalu acar memang sedikit manis, masam, masin dan sayur nya masih rangup.

No comments:

Post a Comment