f Secubit Garam: Sosej Goreng Kunyit

N3 Terkini

Wednesday, September 29, 2010

Sosej Goreng Kunyit

Berkali2 taip, berkali2 delete balik. Tak tau nak pot pet apa hari ni. Layan jer la menu ringkas hari ni. Dah lama masuk list, sib baik list tu tak berkulat jer.. hehe.. Masakan mudah, cepat dan insyaallah anak2 suka. Resipi diambil dr rumah Ina@Hana Jepong. Rasanya menu ni sedap gak dimakan dgn bubur nasi atau nasi goreng.


Kalau ikutkan dlm resipi kena letak bunga kobis, kacang panajng... tp bila check dlm esbok bahan2 tu tak ada la pulak. Ingat nak gantikan dgn carrot tp carrot pun dah yillek. Jadi K.Nor letak jer la apa yg ada dlm esbok tu. K.Nor gantikan dua bahan tu dgn tomato dan lada benggala. Insyaallah rasanya masih tetap sedap.. Ok Ina, K.Nor nak share resipi tu kat sini pulak ya.. Maceh...


SOSEJ GORENG KUNYIT by Ina@Hana

Bahan-bahan
4-5 btg sosej ayam@daging - hiris
1/4 bawang bombay@holand - hiris
2 ulas bawang putih - ketuk
3 atau lebih biji cili padi hijau - ketuk
5+ ketul potong bunga kobis - ms nih xde
1 btg kacang panjang - potong - ganti asparagus
serbuk kunyit
garam

Cara-cara
Gaul sosej dengan garam dan juga serbuk kunyit.
Panaskan minyak. Goreng sosej. Jika hirisan daging, goreng hingga garing.
Masukkan bwg besar, bwg putih, cili padi, kacang pjg dan bunga kobis.
Jika kurang masin tmbh garam lg.Goreng lagi hingga masak semuanya.
Angkat dan sedia dihidang.
* masa proses gaul sosej dgn garam dan serbuk kunyit tu, K.Nor skip garam sbb sosej Ramly yg selalu duk guna ni mmg dah cukup rasa masin.

No comments:

Post a Comment