f Secubit Garam: Koleksi Kukis ~ Marble Shortbread

N3 Terkini

Thursday, September 2, 2010

Koleksi Kukis ~ Marble Shortbread


Marble Shorbread atau ada yg memanggil Biskut Shortbread.. mana2 la ya.. Biskut yg hangat kat forum MyR, 2 tahun lepas. Boleh dikatakan ramai benar mak2 dara forum yg meroyan dgn kukis ni. Sibuk betul masa tu duk nak menyambar loyang bercutter yg memudahkan kerja membuat Marble Shortbread. 

Resipi Marble Shortbread ni dulu K.Nor ambil kat rumah Che Mat yg katanya resipi asal dr rumah Maklang. Mintak izin ya Che Mat, K.Nor nak tempek resipi yg dr rumah Che Mat sbb yg Che Mat punya sesuai dgn loyang cutter 12" x 12" K.Nor. Kalau yg kat rumah Maklang tu adunan tu, utk loyang yg lebih kecik.


MARBLE SHORTBREAD
sumber : CMGebu

Bahan Shortbread:-
300 g tepung gandum
125 g gula halus
80 g serbuk badam
250 g mentega
110 g susu tepung

Coklat Topping:-
350 g coklat masakkan (mat guna jenama "tulip")
1 camca teh shortening
200 g white cooking choclate


Cara membuatnya:-
  • Satukan semua bahan2 untuk shortbread dalam satu bekas, gaul hingga adunan menjadi doh yang lembut. Keluarkan alat pemotong dari acuan, alas dasar tin dengan kertas minyak, biar besar dari saiz tin.
  • Masukkan doh tadi ke dalam tin dan ratakan hingga memenuhi tin. Tekan2 supaya sama rata dan seimbang. Masukkan kembali alat pemotong dan tekan perlahan hingga rata. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 20 minit. Keluarkan dari oven, biar suam dan keluarkan alat pemotong tadi dan biar shortbread betul2 sejuk.
  • Panaskan coklat masakan secara double - boiler, bila coklat cair, masukkan shortening dan kacau hingga rata. Angkat coklat tadi dan tuang atas shortbread. Ratakan coklat hingga memenuhi permukaan shortbread. Ketepikan sebentar.
  • Cairkan white cooking chocolate secara double - boiler. Bila cair masukkan dalam piping beg dan paipkan beberapa garisan memanjang atas coklat tadi. Bila siap. Ambil lidi sate atau chopstick, lorek ke kanan dan ke kiri secara melintang garisan coklat putih tadi hingga mendapat corak yang diingini.
  • Kemudian, masukkan kembali alat pemotong tadi dan tekan perlahan2. Sejukkan dalam peti sejuk hingga colat keras, keluarkan alat pemotong dan boleh diasing2kan shortbread tadi sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

Utk tengok resipi asal yg diambil kat rumah MakLang boleh klik kat sini ya.. Resipi ni menggunakan loyang cutter 10" x 12" (spt kata CMG) So boleh la pilih nak guna resipi mana satu bergantung pd saiz loyang yg dimiliki..

6 comments:

  1. kak nor,mie punya peberet ni,huhuhu...leh mintak cikit,hehheheeh.....

    ReplyDelete
  2. salam k nor, semalam kite pun buat shortbread cookies ni.merasmikan cutter/loyang baru hehehee belum masuk n3 lagi.esoklah.hari ni mcm malas nak meng'n3' hahahaa layan k nor punya dulu.yg buat malas tu sbb banyak nak berceloteh.maklumlah 1st time buat shortbread cookies guna loyang & cutter.adelah kejadian2 yg nak dikongsi kat blog tu....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikumwbh kak nor...mana nak dpt loyang mcm ni? kak nor rasa kat mee soya jalan tok lam tu ada x? So far kat dungun ni tak dok la....

    ReplyDelete
  4. Nor..akak tak pernah lagi buat kuih raya ni..patut nampak cantik aje..rupanya dah siap..akak ingatkan kita potong sendiri..

    ReplyDelete
  5. mimiey >> mana ada lg mimiey.. koleksi punya nih :)

    lina >> yep.. mmg sedap.. :)

    fiza >> ada drama disebalinya ke fiza hehe

    ayu >> w'salam ayu, k.nor beli kat mee soya la ni.. hehe tak tau la ada ke tidak lg stok tu

    k.erna >> kalau kita potong dgn pisau cara manual boleh gak, tp kena pisau betul2 tajam.. tp kena hati2 la.. payah sket nak same saiz tu.. kecuali kita biasa buat

    ReplyDelete