f Secubit Garam: Ayam Bistik

N3 Terkini

Monday, September 6, 2010

Ayam Bistik


Kali ni K.Nor cuba satu lg masakan Dayang Jack yg mana telah dicuba gak oleh Ummi. Betul kata Ummi, memang sedap rasa Ayam Bistik ni. Rasanya Ayam Bistik ni boleh digandingkan dgn pelbagai nasi, tak terhad pd nasi putih aje spt nasi minyak, nasi tomato atau nasi beriani pun boleh spt kata Dayang. Try la, tp hati2 dgn penggunaan cili serbuk tu ya, kang berasap tinger :) Cili serbuk ni lebih pedas rasanya, tambah lg ada diletak gak cili sos.. Kalau ada anak kecik atau anak2 yg tak tahan dgn pedas, kurangkan la sket sukatan cili serbuk tu ya..  Sori la Dayang, mandai2 lak K.Nor ni.. hehe  Apapun mekasih sudi share resipi Ayam Bistik yg sedap ni, cam biasa ek... nak panjang2kan lak resipi tu kat sini.. TQ Dayang.. Slmt Hari Raya :)


AYAM BISTIK by Dayang Jack

Bahan-bahan :
1 ekor ayam sederhana (dipotong dan digoreng biasa hingga 3/4 masak)
2 batang serai (dititik)
50 g rempah beriani + 2 sudu makan serbuk cili (dibancuh dgn air)
100 g puri tomato
2 biji tomato (dibelah 4)
sedikit hirisan daun pudina dan daun sup
rempah 4 sekawan (kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang)
1 sudu makan kicap pekat
2-3 sudu makan kicap manis
3 sudu makan sos cili
garam
kacang peas - jika suka

Bahan-bahan mesin :
7 biji bawang merah
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia




Cara-cara :
Tumis rempah 4 sekawan, serai dan bahan-bahan mesin hingga terbit bau. Kemudian masukkan bancuhan rempah beriani. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
Masukkan puri tomato, sos cili dan kicap. Kacau lagi.
Setelah itu, masukkan ayam yg sudah digoreng tadi bersama daun pudina dan daun sup. Gaulkan sebati hingga masak. Masukkan tomato dan kacang peas.
Hidangkan.

2 comments:

  1. berpinar saya tgk masakan akak..huhu

    ReplyDelete
  2. alinac >> hehe kalau gitu kena pakai spec itam la kut.. hehe mekasih ya sudi bertandang :)

    ReplyDelete