f Secubit Garam: Kerabu.. Sungguh enak diratah begitu saja... :)

Sunday, September 26, 2010

Kerabu.. Sungguh enak diratah begitu saja... :)

Dulu2 mmg tak pandai buat kerabu. Sejak mengenali MyR lebih kurang 3+ tahun lebih, pastu dgn mencuba pelbagai resipi kerabu yg ada kat situ dan kat blog2 lain... mula la dpt menghasilkan resipi kerabu sendiri. Sebenarnya buat kerabu ni bukan la susah sgt. Cuma nak tau bahan utamanya jer. Ada yg dibuat dari santan, ada yg dari kelapa parut yg ditumbuk dgn bahan2 perencah lain dan ada yg tak pakai kelapa pun. Yg senang dan simple, selalu jd pilihan K.Nor utk buat kerabu. Bahan2 sampingan lak terpulang pd kita nak letak apa. Kadang tu tak plan pun nak buat kerabu masa duk sopin mopin kat pasar tu. Bila dah time masak jer terlintas nak buat kerabu bila tengok bahan2 utama ada. Tu yg kadang tu ada sesetengah bahan yg tak letak sbb tak beli masa kat pasar spt bunga kantan. Tapi kita guna apa aje kat dlm esbok yg boleh kita masukkan dlm kerabu kita dan tu semua tak jd masalah kan. Boleh guna kacang panjang, kacang botol, daun selom, daun pegaga.. mcm2 lagi la.. Pegang aje pd motto, KITA YG BUAT DIA...  hehe


Resipi kerabu hari ni, K.Nor buat berdasarkan resipi Kerabu Sotong K.Liza yg dah selalu sgt K.Nor duk buat. Di tambah situ sikit, sini sikit, tak letak itu, tak letak ini.. so terhasil lah.. Kerabu Sotong & Suhun K.Nor Style. Cukup menyelerakan, ratah aje tersangat la sedapnyer... Jom kita tengok resipi dan pada sapa2 yg nak tengok resipi asal Kerabu Sotong K.Liza boleh klik kat link tu ya.. Mekasih K.Liza..



KERABU SOTONG & SUHUN My Style

Bahan2:
400gm sotong
suhun
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
4 - 5 bj limau kasturi ~ boleh ganti dgn limau nipis/lemon
kacang tanah ~ digoreng tanpa minyak dan buangkan kulit

bahan2 yg dihiris:
1 labu bawang besar
5 bj cili api
1 bj cili merah/hijau
kacang panjang
daun ketumbar

carrot ~ dipotong spt mancis
1 bj tomato ~ dibuang bahagian dlm dan dihiris pjng

Cara2:
Rendam suhun dlm air panas hingga lembut dan toskan.
Bersihkan sotong dan potong bulat. Toskan
Panaskan kuali dan goreng sotong hingga keluar air dan sotong masak (jgn terlalu lama nanti sotong liat)
Jgn sesekali dimasukkan air sbb nanti sotong akan keluarkan airnya sendiri.
Toskan sotong yg dah siap dimasak.

Masukkan kesemua bahan2 kedalam mangkuk.
Perahkan jus limau kasturi dan gaul hingga sebati.
Rasakan biar ada rasa masam secukupnya.
Sedia untuk dihidangkan.