f Secubit Garam: Sizzling Mee

N3 Terkini

Thursday, September 23, 2010

Sizzling Mee

sizzling meeKali ni baru betul2 guna mee sanggul utk buat Sizzling Mee ni. Biasanya K.Nor guna instant mee jer (cintan). Kebetulan pg td gi shopping barang dapur sket kat Sabasun, duk hendap2 kat rak pasta tu ternampak paket mee sanggul ni. Tertera kat situ Mee Sanggul Melayu! Baca2 sket kat pakaging tu, ada chop Jakim, buatan org Melayu, tengok pengilangnya pun rasanya org Melayu, terus sambar 2 paket!! haha.. Bukannya banyak sgt pun kandungan dlm sepeket tu. Cuma ada 5 keping jer. Sekali masak pun dah guna 4 keping kan, baik sambar 2 terus. At least boleh buat stok dan masak bila time terdesak kan.. hehe

mee sanggul 

Petang smlm K.Nor pun masak la Mee Sizzling ni utk berbuka.. Alhamdulillah.. sedap sgt rasa Mee Sizzling kali ni. Complete bahan2 yg digunakan. Biasanya K.Nor skip minyak bijan tp sejak dah beli minyak bijan tu, masak apa2 yg perlu letak minyak bijan.. tak miss dah letak minyak bijan. Sedap dan wangi rupanya bila ada minyak bijan dlm masakan nih.. Nak buat camna, sebelum ni jakun lebih… tak berani nak beli sbb ada duk kata minyak bijan ni busuk… Rasanya bau dia mmg kuat sket tp jgn la terover letak. Sket2 jer..mmg wangi dan sedap masakan kita hehehe..

Memang best resipi Sizzling Mee by Lilydvalley ni. Dah ramai benor org cuba, kalau tak caya tengok report kat MyR.. mmg puas hati.. Lagi jimat kalau buat sendiri kan. Nak buat? Jom tengok resipi.. K.Nor share ya Lily.. :)

sizzling mee 2

 

SIZZLING YEE MEE by Lilydvalley MyR

bahan:
2-3 sanggul (gulung) yee mee ~ k.nor guna mee segera cintan
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
1 sudu besar cili mesin ~ yg ni K.Nor sj tambah, biasa la anak tekak melayu :)
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis

Cara2:
Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
Masukkan 2 cawan air.
Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

14 comments:

  1. salam kak..
    payah juga nk cari mee cap iman ni..kalau kat Pak Aji tu mcm tak de lg..klau ada mee ni barulah bole try..sbb yakin skit kan? sedapnya dah lama tak mkn sejak tender kantin bertukar org ni..

    ReplyDelete
  2. tetiba rasa mcm nak buat sizzling mee plak untuk buka puasa petang nnt

    ReplyDelete
  3. salam. selamat hari raya aidilfitri. pernah jumpa mee ni dijual di pasar. bolehlah beli dan cuba resipe ni nampak sedap

    ReplyDelete
  4. Hehehhee..sue baru nak tanya apa jenama akak pakai.buat mee sizling ni..Alih2 dah post pun kali ni..

    ReplyDelete
  5. fara >> insyaallah.. lebih yakin fara.. :)

    mila >> dah buat belum? sedap tak?

    ana ayesha >> salam ana, slmt hari raya.. beli la pastu try buat ya.. insyaallah sedap, menjilat pinggan kang hehe

    sue >> akak tau la... mesti sue nak tau mee sanggul apa akak guna kan.. smlm dah mimpi sue tanya soklan tu.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Uishhhh...sedapnye!!! Terliur je Love tgk nih! Mana tisu??? hehehe ;)

    ReplyDelete
  7. mamafami >> wahh ma, lama tak nampak!! dah abis kebizian ek..

    mmg sedap ni ma.. :)

    love >> nah.. nah.. 1 kotak cukup? haha

    ReplyDelete
  8. semalam saya try buat sizzling mee ni..hubby kata rasa dah ade cume kena improve..heheh semalam first try, ade bahan yang xde eg tepung jagung, lada kering..tapi shitake mushroom tu lama benor nak lembutnyer pas dah rendam dlm air ..last2 saya campak je dalam kuali..kena rendam ngan air panas ke, kak nor?:)

    lada kering tu bukan lupe nak beli tapi malas nak beli sepeket, nak pakai 3 tangkai je kang yangs elebihnye buruk je...hahhaha nak tunggu balik kampung rembat mak saya punye lada kering dalam 10 tangkai letak peti...

    nanti nak cube buat lagi...anak-anak saya suke..

    ReplyDelete
  9. lisa >> k.nor biasa rendam dgn air biasa jer.. tp kalau lisa nak cepat boleh aje rendam dgn air suam panas.. basuh cuci dulu cendawan tu, pastu rendam air suam panas, terbalik2kan sesekali, part bawah tu mmg lambat lembut. pastu air jgn dibuang, boleh guna balik utk masukkan dlm mee.. lg sedap :)

    lada kering mmg mainkan peranan, sbb masa kita tumis lada kering tu, aroma dia mmg best.. mungkin tu yg buat suami lisa kata ada sikit kurang kut.. hehe.. pastu mmg perlu letak tepung jagung kalau tak kuah jd cair jer.. tak sama cam kedai la.. cuba lagi ya.. mudah2an lepas ni makin sedap dan dipuji cik abg :)

    ** lada kering tu boleh beli sepeket, simpan dlm peti ais.. insyaallah tahan lama.. nak goreng ayam berempah boleh guna gak tu.. sedap ayam goreng berempah yg letak cili kering. pastu kalau goreng mee sanggul ke, goreng mee segera ke, atau goreng mee kuning pun boleh letak.aroma dia tu yg buat best masakan kita.. satu lg boleh letak dlm ikan goreng cuba resipi ikan tenggiri goreng berempah yg baru jer k.nor buat baru2 ni.. cari kat search box tu ya.

    ReplyDelete
  10. xley guna mee kuning ke..hee

    ReplyDelete
  11. eyka >> boleh aje.. terpulang pd selera masing2..

    ReplyDelete
  12. kalau tak de hot plate tu, boleh tak gune claypot yg macam periuk biase tu je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya selalunya goreng dlm kuali biasa jer faten :)

      Delete