f Secubit Garam: Biskut Badam Rangup

N3 Terkini

Tuesday, September 7, 2010

Biskut Badam Rangup


Akhirnya dpt gak masukkan n3 kukis ni.. padahal dah buat minggu lepas lgi.. Terlupa sungguh nak masukkan n3. Tak per la kan, gambo tak basi. Lagi pun kukis mana basi.. Ada lg tu, sempat lg nak hidang di hari raya nanti. Dah ramai yg try Biskut Badam Rangup CMG ni rasanya. Memang sedap, mmg rangup. Rasa lemak2 jer sbb adanya serbuk badam. Luqman yg kurang suka dgn kekacang pun duk main angkut jer. Time malam la, siang2 hari dia pose.. Alhamdulillah.. tahun ni dia puasa penuh. Gitu gak tahun2 lepas kecuali time demam jer dia terpaksa ponteng puasa. Anak2 K.Nor dah dibiasakan puasa bermula dr tadika lg dan bila dah masuk sekolah, semua dah start puasa penuh.. Alhamdulillah..
Berbalik pd kukis ni, try la sapa2 yg masih dlm mood baking kukis. Tak rugi mencuba resipi kukis sedap dr CMG ni. Memang betul2 sedap! Mekasih Che Mat, sudi share resipi ni dgn semua org. K.Nor nak share gak la resipi tu kat sini ya... Izin ya Che Mat.. Mekasih, Selamat Hari Raya ya Che Mat..


BISKUT BADAM RANGUP by CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 g mentega
100 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)


UNTUK HIASAN:-)
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya


CARA MEMBUATNYA :-)
Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit. (Biar kan sekejap adunan...)
Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

No comments:

Post a Comment