f Secubit Garam: Serbuk Agar2 Cap Bintang Emas

Tuesday, September 21, 2010

Serbuk Agar2 Cap Bintang Emas

serbuk agar2
N3 ni spesel utk Zaiy yg smlm ada bertanyakan serbuk agar2 apa yg K.Nor guna dan ada ke tidak tanda halal Jakim. Rasanya sebelum ni pun pernah org bertanyakan soalan yg sama cuma K.Nor tak letak jer gambar serbuk agar2 yg K.Nor gunakan ni. Di harapkan n3 ni dpt menjawab pertanyaan2 yg timbul bab serbuk agar2 ni ya..
Kalau perhatikan betul2 kat pakaging tu mmg ada tanda halal Jakim. K.Nor mmg sentiasa guna serbuk agar2 ni. Tak berapa suka beli yg dipaketkan kat kedai baking, males nak sukat2. Boleh terus campak dlm periuk jer bila nak masak. Satu paket tu beratnya 10gm.
serbuk agar2 2
Serbuk agar2 Cap Bintang Emas ni selalunya K.Nor beli secara papan kat kedai borong yg jual makanan ringan kat Kg. Simpang Tokku. Setakat ni kedai ni jer yg jual serbuk agar2 ni secara borong (papan). Lebih senang kalau beli gini, tak la putus bekalan serbuk agar2 kan. Nak guna, stok sedia ada kat dapur.. alhamdulillah.. sentap jer satu.. hehe Lagi pun lebih jimat kalau beli secara papan ni nak2 lagi kalau kita selalu guna lah, selalu buat dessert. Kalau setakat 1/2 tahun sekali buat dessert guna agar2 serbuk baik tak yah beli.. hihihi  Lagi satu, kalau beli secara papan gini lebih jimat dr beli secara loose (satu2). Kalau tak silap jimat dlm 3.00 lebih gak la kalau beli sepapan tu.
Selain dr tu, kalau sapa2 (yg ada di area K.Trg) yg nak beli secara sikit2, atau tak jumpa kedai ni, boleh la beli kat Sabasun. Sabasun ada jual satu2 gitu. Cari kat area barang2 baking, tepi2 kotak jelly dan tepi2 kotak tepung kek yg ready mix.