f Secubit Garam: Biskut Coklat Chips.. again...

N3 Terkini

Wednesday, September 8, 2010

Biskut Coklat Chips.. again...

Again?? Betul la tu.. Kang dulu, awal bulan Ramadhan aritu dah buat. Ni 2nd time buat sbb yg 1st dulu tu utk diterbangkan ke Jordan.. Alhamdulillah.. dah selamat sampai ke tangan Along dan dah tinggal 1/2 balang kut hehe.. Kali ni buat utk raya kat rumah ni la pulak. Ni kukis raya wajib dibuat, pebret anak2. Lagi pun mudah aje kan, tak perlu mencanai, menerap pastu hias2. Scoop aje ke dlm loyang dan bakar. Senang aje kan.. Nak buat sambil baring? Kang kukis tak siap, belayar ntah ke mana.. haha.. Jgn main2 dlm bulan pose ni, pantang letak kepala... cepat jer lena..

Kali ni Biskut Coklat Chips K.Nor ni leper sket kan kalau nak dibandingkan dgn yg sebelum ni. Ni disebabkan K.Nor lebihkan sukatan tepung naik sendiri dan secara automatiknya kena la kurangkan tepung biasa tu. Jadi kukis ni lebih kembang dgn adanya baking powder dlm tepung naik sendiri tu. So terpulang la pd citarasa masing2, kalau nak kukis yg montok2 boleh guna resipi asal Biskut Coklat Chips dan kalau nak jenis yg leper sket lebihkan tepung naik sendiri tu ya.. boleh guna sukatan ni.. 260gm tepung naik sendiri & 100gm tepung gandum biasa.

Males nak mekup atas kukis dng choc chips, K.Nor cuma lebihkan sukatan choc chips ke dlm adunan.

No comments:

Post a Comment