f Secubit Garam: Rendang Ayam Hancur

N3 Terkini

Monday, February 14, 2011

Rendang Ayam Hancur

Assalamualaikum..

Tak semestinya time perayaan jer baru nak buat rendang kan. Bagi K.Nor rendang boleh dan sesuai dimasak bila2 masa tp yg pastinya tukang masak tu dlm mood ghajen la.. Sebab bukan amik masa yg kejap kalau nak merendang. Tak leh bukak api besar2 utk cepat masak bila merendang ni, rendang jd kurang best. Kena la masak dgn api sederhana jer. Baru lah rempah ratus tu masak dgn sempurna, insyaallah.


Resipi Rendang Ayam Hancur ni milik Izah bini Daud nun. hehee... Mekasih Izah dah share resipi rendang ayam yg hancur gini. Tak pernah tengok pulak selama ni org buat rendang versi ayam hancur. Selalunya K.Nor suka masak rendang daging, senang nak makan. Bila buat versi hancur gini pun mudah time nak makan. Rasanya menu ni boleh masuk list utk juadah hari raya nak2 kalau ada lemang dan ketupat palas. Makan dgn nasi himpit pun best gak ni kan.. Mintak izin ya Izah, K.Nor nak share resipi tu kat sini pulak ya..

RENDANG AYAM HANCUR
sumber: Izahdaut
sumber : K.Nor@SecubitGaram

bahan-bahan:
setengah ekor ayam kerat 2
1/2 kiub ayam

bahan tumis:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
seinci halia
sedikit lengkuas
3 batang serai
15 tangkai cili kering
rempah 4 sekawan
1 sudu makan rempah kurma
2 sudu makan rempah kari
2 cawan santan
2 sudu makan kerisik
daun kunyit @ limau purut
gula&garam

caranya:
Ayam yang telah dibersihkan direbus sebentar bersama kiub ayam.
Siapkan bahan tumis dan blend kesemuanya kecuali rempah-rempah.
Panaskan 2 senduk minyak. Masukkan 4 sekawan dan bahan tumi yang diblend tadi.
Tumis hingga naik bau dan masukkan rempah kurma dan kari. Tumis lagi hingga garing.
Kemudian masukkan ayam yang direbus bersama airnya sekali.
Kacau hingga sedikit kering dan wangi kemudian masukkan santan.
Kacau lagi hingga isinya keluar dari tulang dan hancurkan sedikit menggunakan sudip.
Masukkan kerisik dan seterusnya perasakan gula dan garam dan daun kunyit atau limau purut yang dihiris halus.
Setelah kering boleh hidangkan.

13 comments:

  1. tumpangggggg!! cam sedap jer kak nr.. makan ngan ketupat palas sedap nighh!!

    ReplyDelete
  2. sedap jer nampak..cam nak kena tanak pulut kuning lagi jer gayanya ni..hhheh

    ReplyDelete
  3. kak Nor ni rasa2 makan dgn roti pon sodap ni....

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak... lawan ngan pulut kuning pun masyukkk ni........ adulaa... terliur sesaja masuk blog akak ni...

    ReplyDelete
  5. sedappnya...
    mas pun nk tumpang makan sepinggan boleh..he..he...

    ReplyDelete
  6. tuan resepi dah sampai dah ni..derhaka tak derhaka tak?hahaha.. kak nor tanpa derhaka tak best rasanya lauk tu..ikikiki..ampoonn..

    luqman..sedapkan kan kan?hmm tau pun..buat jual jual mahal lak dia..biaseee dia..hehehhe

    ReplyDelete
  7. K.Nor lieza nak tumpang makan juga...mengiurkan betul..

    ReplyDelete
  8. K.Nor..bestnya,..makan ngan lemang..petang ni cari lemang Kijal.hihi

    ReplyDelete
  9. jiya >> mmg sedap, bukan mcm sedap :)

    sally >> haaa.. betul2 makan dgn pulut kuning pun best gak :)

    ita >> kalau nak makan dgn roti kena buat kering sket la, sbb yg ni basah2 gitu

    madiha >> tu la, bila sally sebut makan dgn pulut kuning baru teringat.. betul2 mmg sedap :)

    ReplyDelete
  10. mas >> mas, meh la bawak donut labu, tukar suka sama suka :)

    izah >> derhaka? mmg biasa la tu.. tu la itu budak mmg banyak songehnyer :)

    lieza >> jom, join dgn mas sekali ya :)

    wan >> mmg makan dgn lemang gak ni, cik abg beli masa on the way balik dr KL :)

    ReplyDelete
  11. kak nor,rempah 4 sekawan tu nama rempah tu ker..

    ReplyDelete
  12. zila >> tu rempah penumis. kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang. ada yg panggil rempah 4 sekawan, ada yg panggil rempah 4 beradik..

    ReplyDelete
  13. Assalam kak Nor, byk hari x singgah dapur akak ni...abis dh tertinggal menu best2 dh ni..hehe sedapnya nengok rendang ni..:)

    ReplyDelete