f Secubit Garam: KUZI HATI ~ MALAYSIAN FOOD FEST (KELANTAN MONTH)

N3 Terkini

Friday, April 5, 2013

KUZI HATI ~ MALAYSIAN FOOD FEST (KELANTAN MONTH)

ASSALAMUALAIKUM....

Salam Jumaat buat semua, semoga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat di hari mulia ni. Perbanyakkan selawat pd Nabi Muhammad s.a.w pada hari Jumaat ya.. mudah2an kita mendapat syafaatnya pada hari perhitungan nanti.. amiin...


Kebetulan dlm freezer ada sedikit hati lembu, lebihan buat HATI PALEMBANG tempohari, jadi K.Nor terfikir nak perhabiskan la.. Duk pikir2 nak masak apa dgn hati yg tak sampai 400gm ni, teringat kat lauk Kuzi Daging yg ada dlm buku 50 HIDANGAN PENAMBAT SELERA, buku masakan K.HANIELIZA. Kalau K.Liza masak guna daging, K.Nor nak derhakakan sket dgn menggunakan hati. Tak salah pun kan, kita yg masak dia..  K.Nor dah banyak gugel resipi kuzi tp K.Nor lebih tertarik nak guna resipi K.Liza ni, sbb ianya lebih mudah dan bahan2 yg digunakan agak simple dan insyaallah ada kat dapur. Sesetengah resipi kuzi lain memerlukan lebih banyak bahan utk digunakan dlm masakan kuzi. K.Nor lebih suka try resipi yg simple dan dlm blog ni pun kebanyakkannya resipi simple2 jer.. Kebanyakkan email yg K.Nor terima suka SG sbb memaparkan resipi yg mudah dan simple bahan2nya. Kalau yg cerewet ni org lain terutamanya yg baru nak belajar masak pun rasa kurang rajin dan tak berminat nak buat melainkan yg betul2 punya kerajinan lebih dan masa terluang yg lebih.. tak gitu hehe


Alhamdulillah... mmg best sungguh KUZI HATI ni.. gravy dia tu, enak sih.... 2 thumbs up tau! menjilat jari jemari.. jari kanan jer la, jari kiri nak jilat watper.. kan.. hehehhehe.. Meh la menerai resipi kuzi K.Liza ni.. insyaallah sedap tau.. Mekasih K.Liza, Nor nak kongsikan resipi kat sini ya..

Dan, bila sebut kuzi, masakan ni dtgnya dr Kelantan kan. Jadi K.Nor amik peluang utk masukkan sekali entri/masakan ni ke MALAYSIAN FOOD FEST ~ Kelantan Month yg dihoskan oleh Gert. Gert, u should try this, makan dgn nasi minyak pun best tau ^___^

KUZI (HATI) DAGING
resipi : K.Hanieliza @ 50 Hidangan Penambat Selera
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A:
500 gm daging ~ k.nor guna hati lembu
3 sudu makan rempah kuzi
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan susu cair
1 cawan air
5 bj cili merah ~ dibelah 2
2 biji tomato ~ dibelah 4
1 labu bawang besar ~ dibelah 4
1/2 cawan kismis
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

Bahan B ~ dikisar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 in halia
1 cawan bawang goreng
5 biji cili merah

Cara:
Daging/hati dipotong kecil.
Gaulkan daging dgn rempah kuzi dan sos tomato.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan B dan daging yg digaul tadi hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan susu cair, kismis, tomato, bawang besar dan cili merah.
Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak lagi dan pekat.
Hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih ataupun roti.

* k.nor kurangkan bilangan cili merah (dlm bahan B) dan masukkan 1 sudu besar cili mesin.
* k.nor juga tumis dulu sedikit rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang)


Bagi yg tak ada rempah kuzi boleh cuba resipi rempah yg dibawah ni...


RESIPI REMPAH KUZI by Zaliana MyResipi

Bahan2:
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam
6 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga-sila buang kulit dan ambil bijinya sahaja
1 kuntum caber
2 kuntum bunga lawang

Cara:
Basuh bersih kesemua bahan didalam tapis.Kemudian goreng kering/sangai di dalam kuali.
Kisar rempah tadi dalam pengisar kering.Boleh juga ditumbuk hingga halus. Sebagai panduan berat rempah yang dapat ialah anggaran sebanyak 10 gram.

(k.nor rasa kalau tak ada caber rasanya boleh skip aje)

REMPAH KUZI by Chef Hafiza
sumber : Yatie Memories

Bahan2:
2 sudu makan ketumbar*
1 sudu makan jintan manis*
1 sudu makan jintan putih* (* di sangai dan kisar kering)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 btng kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 tangkai bunga cengkih


(k.nor rasa kesemua rempah dihendaklah disangai dan dikisar utk menghasilkan rempah kuzi.. spt yg dibuat oleh Zaliana)




"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "



30 comments:

  1. Nor, Kuzi memang best! Best! PH pernah masak Kuzi ayam. Nantilah next week nak tayang kuzi ayam hee..hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nor pun dah buat kuzi ayam tu yg buat kuzi hati lak.. (padahal kebetulan ada stok hati lembu dlm freezer hehe)

      Delete
  2. err...kita selalu jilat tangan kiri kak! sukanya kuzi..tapi macam sangat bertuahnya badan dapat mini rajin sangat cam ai, kalo tgh2 minggu gini saya masak kuzi. takpelah, saya tumpah enak sih kat sini boley? arrr boley khann????

    ReplyDelete
    Replies
    1. haipppp! apa kes yg jilat tangan kiri? makan nasi dgn tangan kiri ke mek? hehe

      hek elleh.. dia tu mmg rajin, kalau tak rajin takkan berderet entri sejak balik mekah ni hehe

      Delete
  3. Nor, rempah Kuzi boleh beli kat KT? Nak mintak my mother beli dan ekspot kat PH :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nor beli kat pasar payang (kat kedai pok leh kak jah, kalau kita masuk melalui pintu dpn/besar pasar yg ada tangga dpn tu.. kedai dia belah kanan yg jual barang runcit dan rempah ratus tu)

      kalau kat sabasun pun rasanya ada jual rempah2 pok leh ni.. try la cari

      eh u duk obersi mana ni hahahhahaha

      Delete
    2. Anything outside Terengganu kite tu kira obersi lah hee..hee...TQ for the maklumat :)

      Delete
  4. mak aii.. sedapnye meleleh2 air liur mama

    ReplyDelete
  5. sedapnyer nampak kak nor.... aritu ada beli gak rempah kuzi kat pasar payang... tp tak pasti kedai siapa.. tp mmg byk rempah ratus kat kedai dia.. rempah timbang.. geram je tengok mcm nak borong semua.. hehe..

    nnt boleh la try kuzi versi mudah resepi kak liza ni.... aritu sy try resepi kuzi pior kelantan dari sahabat cyber (org kelate).. katanya bahan penting mesti letak saffron... baru bangkit aroma kuzi.. hehe.. tp mmg best pun.. lain dr yg lain.. bau saffron tu mmg lain sgt dari rempah2 yg biasa... wangi yg lembut.. tp kalau takde safron boleh je skip.. tetaplah boleh dimakan kan kak.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kedai pok leh kak jah tu mmg banyak jual rempah ratus ratna.. mcm2 ada. yg dah pack, yg timbang semua ada .. :)

      yep, dah study mmg kebanyakkan resipi kuzi guna safron. ada yg perap ayam dgn safron tu kan.. k.nor mmg ada safron tp duk pk kalau buat versi yg ada safron, tak semua org ada safron ni.. so k.nor rasa baik buat versi yg simple yg tak perlukan safron supaya lebih mudah utk org lain ikut buat .. :)

      Delete
  6. akak suka makan kuzi ni..org kelantan panggil Gulai Kuzi hehe.Selalunya kat Kg akak dorang masak semasa cukur jambul bayi baru lahir atau aqiqah.Kuzi Kambing di cicah roti benggali.Itu zaman dulu..sekarang dihidangkan bersama nasi dan geng gengnya.Sedap sungguh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nor mmg ada plan nak buat kuzi kamben tp lately mcm dah tak boleh makan kamben la kak, selalu jer sakit kepala walau makan seketul dua yg kecik jer :(

      Delete
  7. Kak Nor, sedap ni dengan nasi minyak.. meleleh dah ni, but I kuis tepi hati tu, ya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep mmg ngam sgt kalau buat gandingkan dgn nasi minyak .. alaa. u boleh try dgn daging lembu or kamben.. dgn ayam pun boleh .. part hati tu boleh kuis dlm pinggan k.nor ya.. :)

      Delete
  8. rasa macam nak cubalah kak nor.. ganti dengan ayam boleh tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh aje.. terpulang pd citarasa masing2 ya... :)

      Delete
  9. Assalam kak nor, sedapnya kuzi hati, biasanya letak santan kan kuzi, yg ni baik utk kesihatan. Selalu mkn masa akenduri je daging kuzi. Kalo kat pasar klate mmg byk rempah kuzi ni, blk ari tu beli rempah kerutub pulak,terliur sudah tgk kuzi kaknor ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. setakat yg k.nor duk study kat banyak resipi, dia org guna susu cair la liza.. jarang2 sgt jumpa yg guna santan ..

      Delete
  10. Nor, I actually ada plan nak buat ni for the event but I don't think I will have the time lah. I dah bookmarked this and cook it later on. Thanks for your support my dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takper.. just take ur time.. but one day u kena buat dish ni.. mmg best tau :)

      yw :)

      Delete
  11. Erk!!!..lapooo balikkk...
    Kak Nor, tq invite sue join sekali. Tp ntah bila nak msak menu kelantannya ntah. Heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. takper .. k.nor saja invite geng2 blogger, kut2 nak join .. tak ada paksaan ok :)

      Delete
  12. Replies
    1. mmg sedap ni sonia.. u boleh try this version or phong hong's version :)

      Delete
  13. Aduh mak ai...!! dh berderet entri MFF nampak... heeee...
    Nor... nk kuzi sepiring nk cicah lempeng nyior....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa baru dua gee.. tak berderet mana pun.. slow jer ni :)

      Delete
  14. salam knor..mohon share resepi ya..terima kasih..

    kalau ada sesiapa nk beli pelbagai jenis rempah boleh Like FB pages Kedai Warisan Ibu :-)

    ReplyDelete