f Secubit Garam: SIRA LABU ~ MALAYSIAN FOOD FEST (KELANTAN MONTH)

N3 Terkini

Tuesday, April 16, 2013

SIRA LABU ~ MALAYSIAN FOOD FEST (KELANTAN MONTH)

ASSALAMUALAIKUM...

Satu lg hidangan dr negeri Kelantan Darul Naim yg dibuat khas utk Gert bagi memeriahkan Malaysian Food Fest. Kalau Sira Labu ni selalunya dibuat atau dihidangkan masa kenduri kawin, samada dimakan dgn nasi minyak, nasi putih ataupun makan gitu aje sbg dessert. K.Nor mmg suka gak Sira Labu ni tp dgn syarat tak manis sgt la. Tapi kebiasaannya dessert Kelantan mmg manis2, so tak leh makan banyak la kalau yg kat kenduri tu. Tapi kalau yg kita buat sendiri, kita boleh ejjas sukatan gula yg digunakan.


Resipi Sira Labu ni K.Nor amik kat dapur Lina pg, mekasih ya Lina.Tak leh nak pot pet panjang, duk achummm achummmm jer dr pagi tadi. Hidung asyik tersumbat jer dr smlm, mula la tak leh nak lena mana. Ok.. Jumpa lagi.. Slmt mencuba Sira Labu bg yg berminat tu ya... ^ __ ^


SIRA LABU
resipi : Lina pg
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
1/2 biji labu
3 sb gula merah
3 sb gula perang/gula pasir
3 helai daun pandan
Air kapur

Cara-Cara:
Labu dikupas kulit dan direndam ke dalam air kapur selama 1-2jam
Cuci bersih dan toskan labu
Susun labu ke dalam periuk dan taburkan gula merah dan juga gula perang.Sukatan gula terpulang kepada citarasa.
Letakkan daun pandan yang disiat-siat.
Tutup periuk dan masak labu dengan api yang kecil selama 1 jam atau sehingga labu empuk

Note: Lina pg tidak meletakkan air dalam resepi ni sbb labu akan mengeluarkan air semasa proses memasak..Jika suka boleh letakkan 1-2 sb air selepas tabur gula

~ k.nor tak guna kedua2 gula spt yg dlm resipi di atas, sebaliknya k.nor guna gula nisan..



"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "


22 comments:

  1. Terima kasih kak nor sudi guna rcp saya untuk sira labu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kembali lina sudi berkongsi resipi ni ya.. :)

      Delete
  2. PH akan ratah gitu jer :) Nor kena banyak rehat, kalau tidak lambat sembuh. Get well soon :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq PH, dah g klinik smlm.. arini dah semakin ok :)

      Delete
  3. Thank you Nor. I memang suka labu tapi tak pernah makan ni. I will try some other time cos this month dah makan too much Kelantan food ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yw gert.. agaknya montel la u bulan ni ya.. :)

      Delete
  4. salam...
    nampak sedap nih..lama dah tak makan..klu kat kelantan kena tggu kenduri kawin baru ada sira labu nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. takyah tunggu kenduri la, resipi mudah jer ni.. boleh godek sendiri ya adda :)

      Delete
  5. Assalammualaikum kak

    pemanis mulut hasil air tgn akak yg manis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. kalau air tangan akak gerenti tak manis sbb akak kan kurang suka manis2 ./.... yg sedang2 aje gitu hehe

      Delete
    2. x kira,manis juge
      sebab penuh kasih sayang :)

      Delete
    3. mmuuuahh kat pia comel :)

      Delete
  6. sedapnya kak...nanti nak try gak la...=)

    ReplyDelete
  7. Wah! Banyak dah resepi Kak Noor hantar ke MFF ... buat lagi ye kak, bagi terus meriah MFF dengan menu dari Kelantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada la banyak sgt amie.. baru beberapa jer hehe

      Delete
  8. maaf kak nor sbb bnyk tanye...baru nak blajar ne..huhu... labu masak gitu je ke dlm periuk? xletak air ke? n nk tnye ape fungsi rendam dlm air kapur?
    tq....get well soon

    ReplyDelete
    Replies
    1. letak gak sket2 tp tak banyak, dlm sesudu dua jer.. tak perlu letak banyak sbb labu ni akan keluarkan airnya sendiri jd tak perlu la nak letak banyak. pastu jgn guna api besar, nanti hangit. guna api slow dan tutup periuk. nanti air labu akan keluar dan memasakkan labu tu.. kalau rasa nak lebih lembut walaupun air labu/gula dah hampir kering, masukkan jer sesudu dua air dan masak lg..

      bila direndam dlm air kapur, labu td tak mudah lembik. insyaallah akan lebih pejal isinya.. wallahua'lam

      alahmdulillah.. dah sihat.. mekasih :)

      Delete