f Secubit Garam: KUIH BUTIR NANGKA ~ MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (KELANTAN MONTH)

N3 Terkini

Wednesday, April 10, 2013

KUIH BUTIR NANGKA ~ MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (KELANTAN MONTH)

ASSALAMUALAIKUM....

Masih lg dlm mood MALAYSIAN FOOD FESTIVAL yg mana Gert menjadi tuan rumah utk kali ni. Sebelum event ni berlangsung, K.Nor dah save beberapa resipi yg nak dicuba bagi memeriahkan acara MFF ni setelah dimaklumkan oleh Gert pd K.Nor. Masih belum dapat mencuri masa utk membuatnya maklum la, yg nak makan tu tak ramai, jd mood nak membuat pun lemau sket la. Nak kata bz sgt2 tak jugak, buat2 bz jer yg lebih kut.. hehe


Kalau org Kelantan pasti tau dessert yg pemes di bulan puasa ni kan. KUIH BUTIR NANGKA, salah satu menu yg laris di bulan puasa biasanya. Memang sedap pekena kuih muih yg berkuah gini time berbuka nak2 kalau dibiarkan sejuk dulu dlm peti ais. Hasil bertanyakan pada pakcik gugel, K.Nor ditemukan dgn resipi KUIH BUTIR NANGKA di AZIE KITCHEN. Resiipi yg mudah dan sukatannya pun tak banyak. Kalau utk yg baru nak mencuba buat tu elok sgt la kan.. Kang kalau buat yg dlm sukatan banyak, tak abis makan pulak. 

ku lihat ijauuuuuuuu ^___^

Mekasih Azie, sudi berkongsi resipi Kuih Butir Nangka ni ya.. Kalau diletakkan hirsan nangka pun best gak ni rasanya. Macam Kuih Sagupal versi moden skrg ni dah diletakkan hirisan nangka fresh.. perghhh mmg syok abis... :) 

KUIH BUTIR NANGKA
resipi : Azie Kitchen
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan kuah:
Santan pekat
2 helai daun pandan - disimpul
Gula dan garam – secukup rasa
1/2 sudu kecil Halba

Cara memasak:
Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan menggunakan api yang sederhana. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. Saya masukkan juga lebihan air daun pandan tadi ke dalam kuah. Rasakan garam dan gula. Kacau sampai menggelegak. Tutup api…

Bahan-bahan biji nangka:
1 cawan tepung beras pulut
Air daun pandan – kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya
Pewarna hijau
Sedikit air kapur
Garam

Cara membuat:
Sebelum menguli, panaskan dahulu air di dalam periuk (air separuh periuk). Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sampai sebati.
Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sampai tepung tidak melekat pada tangan.
Kemudian bentukkan seperti biji nangka (lebih kurang sebesar gula-gula). Terus masukkan doh itu ke dalam periuk dengan air yang sedang menggelegak.
Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air. Bolehlah angkat dan masukkannya dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak, jika kuah belum siap.



"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "

22 comments:

  1. butir nangka ni mmg sedap... suka makan gak... hari tu time ngandung mmg suka yg manis belaka.. so banyak desert2 stok dlm peti ais termasuk butir nangka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sib baik tak kena penyakit KM kan.. :)

      Delete
    2. agak2 gula secukuo rasa tu brape sudu kak?? kalau guna gula merah boleh x?

      Delete
    3. terpulang pd kadar kemanisan yg disukai.. dan jugak depend pd sukatan santan yg digunakn..kalau rasa suka kuah yg manis2, lebih kan.. letak la sesudu besar, kacau pastu rasa, kalau rasa nak lebih manis, tambah.. :)

      Delete
  2. kak nor tau tak,atie tak pandai makan kuih ni.. kalau atie makan, telan gitu je haha tak leh nak gigit2

    ReplyDelete
    Replies
    1. dok tergeliok ke tekok telan gitu jer ati.. kunyah jer dia chewwy gitu :)

      Delete
  3. Assalammualaikum kak :)

    dessert kesukaan abah pia,terutamanya bln ramadhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam pia... pia try la buatkan utk abah pia, nanti seronok la dia :)

      Delete
  4. Asalamualaikum kak nor biasanya dapat makan kuih ni masa bulan Ramadhan jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. kalau godek sendiri, anytime azmatun nak makan boleh.. try la buat, mudah sgt2

      Delete
  5. Shiok habis kalau makan sejuk-sejuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg! tp nor suka yg suam2 gitu :)

      Delete
  6. as salam kak Nor....nanti singgah umah kita amik award...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam .. mekasih utk award tu ya.. :)

      Delete
  7. dah nak dekat bulan puasa dah ni ..beberapa bulan lagi.Menu butir nangka ni menu wajib.Tetapi hati hati bila makan tu jangan gelojoh nanti tercekik hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tu atie kat atas tu, dia main telan jer kak.. kalau butir nangka tu kecik tak per , kang kalau besar ibu jari kaki mau tercekik gak kan hehe

      Delete
  8. Kalo dah teringin baru beli. Tu pun time bulan puasa ja senang nak jumpa. Tau pun tunggu dah betul2 teringin baru buat. Ya la kat rumah ni berdua ja. Tu yg malas tu nak buat apa2...kang balik2 muka ni ja yg perabiskan..Hancusss..mana tak bam2.heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak yah tunggu bulan pose la sue.. resipi mudah jer ni, godek2 sendiri jer :)

      Delete
  9. Errrr.....sebab ai lmbat sampai ke nangkanya da yilek. Tinggal butir jer....kita suka kuih ni...kt phg cara getey dia lain sikit...tp rasa sama....ahhh sedapnya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik kak, yg ada kulit nangka aje.. nak? hehe

      Delete
  10. Sedapnya butir nangka..memang dah lama teringin nak buat sebab hubby suke sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la buat awien.. mudah jer ni.. :)

      Delete