f Secubit Garam: POT AU CHOCOLAT

N3 Terkini

Thursday, April 4, 2013

POT AU CHOCOLAT

ASSALAMUALAIKUM...

Kaedah nak menggunakan kuning telur lebihan masa buat RAINBOW CAKE utk Fiza tempohari. Dah lama K.Nor save resipi ni tp tak terbuat. Bila tengok perlu guna 6 kuning telur, hasrat nak membuat terbantut jer. Duk tunggu2 bila nak buat something yg hanya menggunakan putih telur. Kalau saja2 nak pecahkan telur nak guna kuningnya saja, rasa cam membazir lak sbb tak tau lak nak guna putih telur tu utk apa. Jgn suruh la K.Nor buat maccaron, sbb K.Nor tak minat dek kemanisannya tu. Pavlova pun sampai hari ni tak dtg seru nak buat sbb mmg dah tau benda tu manis. Kalau bab manis2 ni mmg K.Nor tak leh gi :)


Alhamdulillah.. tak sia2 percubaan membuat POT AU CHOCOLAT ni. Memang sedap!! Lemak2 berkrim, penuh dgn rasa cokolat nyer tu.. Pada sapa2 yg ada lebihan kuning telur meh la menerai resipi dr blog Suziethefoodie ni.. K.Nor dah translate resipinya. Kalau nak yg versi asal atau kaedah step by step boleh klik kat SINI.


POT AU CHOCOLAT
sumber : suziethefoodie
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 1/2 cawan non dairy whipping cream
1/2 cawan susu segar/full cream
90gm coklat masakan ~ dipotong kecil
6 bj kuning telur
3 sudu besar gula perang
sedikit serbuk lada ~ optional

Cara:
Pananskan oven dgn suhu 150C
Panaskan whipping cream dan susu dlm periuk dgn api sederhana.
Bila ia hampir mendidih, padamkan api dan masukkan potongan coklat masakan.
Kacau sehingga semua coklat larut.
Dalam mangkuk berasingan, kacau kuning telur, gula perang dan serbuk lada hingga sebati.
Masukkan sedikit demi sedikit adunan coklat tadi ke dalam adunan telur dan hendaklah sentiasa dikacau (jgn masuk banyak2 sekaligus nanti adunan telur akan menjadi berketul2 spt scramble egg/telur hancur)
Masukkan adunan ke dalam mangkuk ramekin/souffle dan tutup dgn aluminium foil. Cucuk bahagian atasnya dgn garfu utk membuat lubang udara.
Letakkan dlm dulang yg berisi air panas mendidih (kaedah bain marie/waterbath) lebih kurang 1/2 ketinggian mangkuk ramekin yg digunakan.
Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 35 min atau sehingga masak.
Keluarkan dr oven dan biarkan sejuk seketika (lebih kurang 1/2 jam)
Sejukkan dlm peti ais lebih kurang 3 jam dan boleh lah dihidangkan.
* masa simpan dlm peti ais, jgn lupa utk tutupkan balik ramekin dgn aluminium foil supaya bahagian atas puding tidak berkeping.


19 comments:

  1. terima kasih kak nor sebab share resepi
    selama ni kalau ada kuning telur..asyik2 puding karamel jer...
    lepas ni leh try yg ni pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan sally, mmg banyak ler lebih telur kuning nak2 kalau buat mac atau kek pelangi kan :)

      Delete
  2. TQ kak nor...
    nak try nnti... in shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorang lg tokey kek.. sila cuba mas :)

      Delete
  3. Ini PH tahu mesti best! Resipi asal ada pakai serbuk lada, tak pernah rasa puding coklat yang pedas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah tengok dlm US masterchef kalau tak silap, ada sorang chef tu letak serbuk cili gak rasanya dlm puding gini.. mmg juri kata sedap.. bila makan yg manis2 tu, terkena part rasa pedas sket2 tu.. satu kelainan :)

      tp nor buat ni tak letak banyak la.. takut tak kena dgn selera lak :)

      Delete
  4. boleh cuba gak nanti.. thanks shared..

    ReplyDelete
  5. Tq kak Nor ...
    nanti boleh saya cuba resepi ni...

    ReplyDelete
  6. hai kak noor...byk resepi ni dalam simpanan nikee cumer lum berpeluang memasaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi... takper pelan2 kayuh.. mudah2n berjaya buat semua yg dilistkan ya.. :)

      Delete
  7. Hebak! Ni ala2 choc mousse ye bhn2 nye kan kak nor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hebak kat mana la mek.. nak banding dgn org tu kan. propnya lg cun.. ai punya biasa2 jer :)

      yep.. try la chah.. sedap woo :)

      Delete
  8. rasa mcm x mampu nk buat jer...hehehe...sbb x minat masak kut..

    ReplyDelete
  9. boleh tnya?mcamana nk tau dah masak ke blom?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba masak ikut masa yg dinyatakan dlm resipi

      Delete
  10. satu lg nak tnya..adunan naik ke?takut melimpah kalau adunan letak penuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah adunan tak naik/kembang..

      Delete