f Secubit Garam: ANGEL HAIR BOLOGNESE

N3 Terkini

Friday, April 19, 2013

ANGEL HAIR BOLOGNESE

ASSALAMUALAIKUM...

Sepatutnya entri ni keluar pg semalam tp disebabkan kes email yahoo K.Nor kena hack tu, terus hilang mood nak update. Masa duk ngedit gambar dan nak mula ngarang entri ni la, K.Nor dpt panggilan dr Gert (tq so much for yr help Gert, really, really appreciate it) bagitau yg dia terima email mintak duit tu. Dalam keadaan panik, tak tau nak settle mcmana kes tu, cik abg pulak keluar dr awal pagi, mmg haru biru betul masa tu. Sambil online lg dgn Gert kat viber, dia juga bagi pendapat utk buat itu ini. Akhirnya dlm slow2 K.Nor cuba godek kat yahoo tu, bermula dgn tukar segala password (email dan jugak blog), hantar report kat yahoo yg acc dah kena hacked, submit req mintak dikembalikan segala email yg dlm simpanan (mmg banyak email yg dlm folder huhu) dan juga mintak dikembalikan contact list, pastu create new email acc.. pastu buat entri smlm, fuhhh... mmg betul2 haru biru.. Akhirnya semua settle, slow2.. sudahnya hanya sempat goreng nasi pukul 1.30ptg. Duk settle kes dari mula2 Gert call, lebih kurang pukul 10.40pg kut.. haishhh... satu pengalaman yg tak mungkin dilupakan.. Mudah2an tak terkena lagi lepas ni, insyaallah tak akan guna lg acc yahoo ni, K.Nor nak create acc gmail lak lps ni.. Akan K.Nor update new email kat sidebar tu bila dah settle semua ya.. K.Nor mohon maaf pd sapa2 yg terlibat, yg terima email mengarut tu.. 


Berbalik pd menu hari ni, ANGEL HAIR BOLOGNESE, biasanya org buat Spaghetti Bolognese kan. Tapi K.Nor lebih suka angel hair dr spaghetti, mungkin sbb ianya lebih halus dan lebih kepada mee kuning :) Resipi ni selalu K.Nor gunakan tiap kali buat spaghetti/pasta terutamanya time hari raya.. Alhamdulillah.. mmg laris dipasaran. maklum la, tekak melayu kan, nak kena ada rasa pedas2 gitu. kalau resipi bolognese biasa tu, lebih kepada rasa masam2 jer. 

Sos yg dihasilkan dr resipi kat bawah ni mmg agak banyak. Kalau ada lebihan tu boleh la simpan kat freezer. Time anak tekak terasa nak makan, atau kesuntukan masa nak masak masakan lain, boleh keluarkan sos dan panaskan. Sambil tu, boleh rebus pasta juga. So jimat masa dan tenaga kan.. Selamat mencuba resipi bolognese versi anak tekak Melayu ni.. ^____^


ANGEL HAIR BOLOGNESE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
angel hair secukupnya
sedikit minyak zaitun

Bahan utk sos bolognese:
400gm daging kisar
3 - 5 btg sosej ~ dihiris
1 labu bawang besar (holand) ~ dadukan
3 ulas bawang putih ~ dicincang
2 sudu besar cili mesin
1 cawan sos tomato
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 paket Perencah Sos Spaghetti Bolognese Maggi
1 batang celery ~ dadukan
1 - 2 batang lobak merah ~ dadukan
1 sudu besar dried oregano
garam dan sedikit gula
minyak (sebaiknya minyak zaitun)

Cara:
Rebus angel hair dan masukkan sedikit minyak zaitun hingga lembut.
Toskan. (simpan 2 cawan air rebusan utk digunakan dlm sos)
Panaskan minyak dan tumis bawang holland dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan goreng lagi sekejap.
Masukkan daging kisar, kacau dan biarkan hingga keluar air daging.
Masukkan sos tomato, serbuk lada hitam, perencah sos spaghetti, celery dan lobak merah.
Kacau sebati dan masukkan 2 cawan air rebusan pasta td. Kacau.
Biarkan merenih hingga sedikit pekat, kemudian masukkan dried oregano.
Perasakan dgn garam dan sedikit gula.
Masak sehingga kepekatan sos yg disukai.
Tuangkan sos atas pasta yg dihidangkan dlm pinggan.

*sos yg dihasilkan mmg agak banyak, boleh dimakan antara 1 -2 paket pasta angel hair. boleh juga dimakan dgn spaghetti atau makaroni.
** lebihan sos boleh disimpan dlm freezer, cuma panaskan balik bila nak makan.
*** utk rasa yg lebih sedap, boleh taburkan sedikit aun selasih masa menghidang.

13 comments:

  1. Assalammualaikum kak

    sian akak,jenuh fikir mcm mane nak selesai kan mslh email !@#$%^&* tu

    Alhamdulillah semua dah ok?


    btl la tu ni la spaghetti yg pia suka,hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. mmg panik gak masa mula2 kena tu pia.. pastu study kat instruction sket sket.. alhamdulillah.. settle..

      akak pong :)

      Delete
  2. Owhh baru tebaca pasal email k.nor tuh...mujur gert bgtau k.nor cuma mintak duit...kalo mintak yg lain..hukhuk...takoottt!!

    Kita suker angel hair ni sbb cepat lembutnya n x terasa sgt tepungnya esp cmfetuccini. Versi gini lah beh kak...versi omputis tu ckp je lebey...hegege...tekak melayu...tekak melayu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau selain duit, nak mintak apa lg ya chah? nak mintak rumah, rumah dah ada.. laki pun dah ada, anak2 pun ada.. mintak duit gak kut, nak buat pagar!! haha

      ehh apasal suka angel hair mcm k.nor gak? betul kan, sbb tak terasa sgt tepung , seiras mee kuning ... dan yg penting lembut dan cpt lembut bila direbus kan :)

      tu pasal ler.. ai kan tekak melayu gak hehe

      Delete
  3. mcm2 la dorang ni... suka nyusahkan hidup org..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la ratna.. tu dinamakan manusia yg suka amik jalan mudah

      Delete
  4. salam kak nor...sian kat akak pasal acc email tu...dpt rasakan sbb sy pun dah penah kena sebelum ni...huhuhu...sabaq ja lah! apa2 pun menu kak nor harini mmg best! nyumm2... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. oo yer ke.. mmg gabra kan.. bengang ada, sakit hati pun ada.. tp tu la.. kena buat slow2.. dah la buta IT.. duk sorang2 cuba settlekan masalah.. alhamdulillah.. dpt gak settle dgn baik dan cpt :)

      tq :)

      Delete
  5. assalamualaikum kak nor.....
    datang bawa pinggan kosong ni...
    meh ler sikit angel hair tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bak sini pinggan kosong tu.. gi balik sinun.. angel hair dah lama abis :)

      Delete
  6. Assalam

    Sedap nih...Like Like very much

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. alhamdulillah.. mmg sedap ..try la :)

      Delete