f Secubit Garam: CREAM PUFF WITH CUSTARD FILLING

N3 Terkini

Thursday, April 25, 2013

CREAM PUFF WITH CUSTARD FILLING

ASSALAMUALAIKUM...

Tak ingat dah, bila buat Cream Puff ni, 2 minggu lepas atau 3 minggu lepas.. hehe. punya la lama peram gambar dlm folder. Takper.. gambar tak basi kan.. 


Resipi ni K.Nor amik kat fb, masa tu keluar kat wall, resipi dr Deanna. K.Nor cuba salin gitu2 jer dlm kertas  dan bila nak share kat sini, gi la cari kat album D, tak jumpa la pulak. Takper lah.. K.Nor dah mssg kat inbox, mintak D copy resipi tu balik .. insyaallah bila dah dapat nanti, K.Nor akan share kat sini ya.. Harap bersabar :)


Alhamdulillah.. belum sempat publish, D dah pun inbox resipinya.Kata D, resipi asalnya dari Chef Kamarul. Mekasih banyak2 ya D, mmg sedap Cream Puff ni. menjadi dgn elok jer. Kalau nak tau, last sekali K.Nor buat cream puff masa Aisyah 6 tahun. Masih tadikan lg masa tu. Punya la banyak buat (sekali dgn bagi kat cikgu2 dia di tadika) sampaikan jd muak nak buat lepas tu.. Ni baru timbul balik rasa nak buat.. heeeee... dah 10 tahun tu.. punya la lama kan hehehe


CREAM PUFF WITH CUSTARD FILLING
resipi : Chef Kamarul
sumber : Deanna  & K.Nor@SecubitGaram

Bahan2 Cream Puff
250ml air
100g Mentega
1sdk Gula Kastor
125gm Tepung Gandum
3 biji telur ~ k.nor guna gred B
1/2 sdt garam

Cara Membuat Cream puff
1. Campur gula,air dan mentega. Masak hingga mendidih. Masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga sebati dan tak melekatpada periuk. Sejukkan sebentar.
2. Masukkan telur 1 per 1 dan kacau sebati. Paipkan ke atas dulang pembakaryg telah disapukan mentega.
3. Bakar 15 min pada suhu 180 darjah.

Custard Filling
Bahan-bahan
500ml Susu Segar
1 biji telur
25gm tepung Kastad
30gm tepung Jagung
100gm gula kastor
1 sdk esen vanilla

Cara Membuatnya:-
1. Campur dan gaul sebati telur,gula kastor, tepung kastad, teung jagung dan esen vanilla.
2. Kemudian, tuangkan susu yang telah dipanaskan sedikit dan masak hingga kastad likat. Sejukkan sebentar.
3. Masukkan ke dlm piping bag, paipkan ke dlm belahan cream puff. Kemudian, ayak gula ising ke atas creampuff.


29 comments:

  1. time hujan ni kak nor menggoda la..

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam kak nor..
    cantek2 belaka cream puff kak nor ni..
    anak nani dah mula cakap.. yg dia lama tak makan creme puff..
    hmmmm nak kena membaking gak lepas ni..

    ReplyDelete
  3. Kak Nor. . Cantik kejadiaannya. Tringin nak bwt lg. Tp bila x menjadi dl tu. Trus x terbuat2 lg. Ingat2 lp la tips yg akk bg hr tu. Heee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau terasa nak buat, cuit la kat biasa ya.. :)

      Delete
  4. faveret ni...ada gak teringin nk buat...x buat2 pun lagi...mmg sedap benda alah ni.. :)

    ReplyDelete
  5. Acabei de conhecer o seu blog e achei maravilhoso. Me visite:http://algodaotaodoce.blogspot.com.br/
    Siga-me e pegue o meu selinho!!!

    Obrigada.

    Beijos Marie.

    ReplyDelete
  6. salam.susah x nk buat cream puff ni?i mean leceh x?sy suka sangat cream puff tp xreti btolla nk buat.hu3.nk save resepi boleh?tq.
    feel free to visit my blog jugak yea :-) http://vitaminsite.blogspot.com/ or my fanpage: https://www.facebook.com/breastfeedingworld. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. tak susah mana pun, cuma ikut step tu betul, insyaallah menjadi

      - seeloknya masukkan telur bila adunan dah sejuk. kacau hingga sebati baru masukkan telur seterusnya
      - cream perlu dibakar hingga betul2 masak. kalau belum cukup masak , bila dikeluarkan dr oven ia akan lepek..

      Delete
    2. askum k.nor...nak tny nape ek ble puff da mask die jatuh??
      nak kate xckup mask puff da smpi perang...

      Delete
  7. salam. kak nor, boleh x bgtau nozel apa yg boleh diguna untuk buat cream puff ni? saya dah banyak kali pegi kedai yg jual alat baking, tapi x reti nak beli nozel..maklum la, baru nk berjinak2 membaking :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam arirada.. k.nor guna noozle yg wilton rasanya kalau g kedai baking biasa mmg tak jual. tp arirada boleh tanya penjual tu, nak noozle 'open star'. nak yg saiz besar. biasanya noozle ada 2 saiz, kecik dn besar. amik yg besar. open star ni biasanya org guna utk buat icing/deco bentuk swirl..

      Delete
  8. Assalam,kak nor..sy dh try buat dh cream puff kak nor ni.cuma bentuknya x cantik.sy pakai nozzle wilton 1M,tp bila swirl tu x cantik jdnya.seeloknya nk swirl dr dlm ke luar atau dr luar ke dlm,kak nor?tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. k.nor pun guna tip 1M wilton gak tu.. jgn paip sampai jd lonjong sgt.. biar hala ke membulat sket. k.nor buat swirl dr luar ke dalam. bila dah siap, tekan sket dgn hujung jari kat tmpt muncung/hujung swirl tu (kena slow2 jer)

      Delete
  9. Kak Nor ,..leen copy paste hah...hahaa...leen pun lama x buat kelamkabut cari resipi bila ada ctmer nak..hee...thanks kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan leen.. sharing is caring kan :)

      Delete
  10. kalu kukus gane kak????x bakor...

    ReplyDelete
  11. Sy ni suke mncuba bnda bru. . baru2 ni my BFF ad bg sy rse cream puff. . dn dia suh sy mncuba ny. . m0h0n pinjm resepi akak wat percubaan pertama sy. . mekasih. .

    ReplyDelete
  12. Sy ni suke mncuba bnda bru. . baru2 ni my BFF ad bg sy rse cream puff. . dn dia suh sy mncuba ny. . m0h0n pinjm resepi akak wat percubaan pertama sy. . mekasih. .

    ReplyDelete
  13. Nampak sedap je.. balik ni nat buat lah.. tq kak bg resipi dgn gambar skali.

    Feel free to visit my blog
    supermommy2u.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Sy dh try dh, menjadi,, hehe~ gebu, sedap.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Kak Nor,
    Resepi akak ni blh dpt berapa biji creampuff ye?
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adam dah try... dapat 26 biji kalau ikut resepi ni..

      http://sabdapelangi.blogspot.com/

      Delete
  16. Bleh bantu sy....sy tgh buat tp adunan jadi cair...4 bj telur or kuning sahaja?sy try kurang telur tp bila masak mcm lebih butter plak

    ReplyDelete
  17. adunan jd cair sbb dimasukkan telur ketika adunan masih panas. kena biarkan adunan tpg tu sejuk dulu..k.nor tak guna 4bj telur tp 3 sahaja.. baca resipi betul2 ya..adalah penting utk study betul2 resipi sebelum memulakan..

    ReplyDelete