f Secubit Garam: Roti Pintal

N3 Terkini

Wednesday, November 10, 2010

Roti Pintal



Wahhhhhhhhhh......... lama betul tak meroti! Mood meroti hilang terus sejak Ramadhan dan Syawal. Beraya sakan la tu ek.. sampai tak ingat nak balik! Utk menyeru mood, K.Nor sebelum ni beli la tepung roti. Tp tak balik2 gak mood ku itu. Tengok Ros meroti dtg sket mood tp sejuk balik. Tapi bila Che Mat tayang Stoberi Finger Bun dia, wahhhh kembali la itu mood. Cuma tunggu saat dan ketikanya aje. Tau aje la kan kat K.Trg ni kan musim hujan. Tak syok sket meroti time hujan ni, doh lambat naik. Tp kali ni saja peram dia dlm oven yg suhu panas sket2 jer. Utk buat doh tu naik lebih cepat. Alhamdulillah.. naik dgn elok doh kali ni. Bila dah dibakar, anak2 tak sabar nak ngap. Tp cam biasa la, kena la posing2 dulu baru leh ngap, kan :)

Spt biasa K.Nor guna resipi Basic Doh yg selalu dah duk buat tu. Alhamdulillah.. sedap. Dgn doh ni boleh la nak pelbagaikan bentuk roti atau bun. Slmt mencuba!


BASIC DOUGH my style
resipi : K.Nor@SecubitGaram

380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

water roux: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
50gm tepung gandum
250ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.

Roselle Finger Bun..
kurang montoks tp tetap lembut dan gebus :)

23 comments:

  1. salam kak nor....wah mood meroti dah dtg ye...mood ni kadang kala dia dtg & kadang kala dia terbang....gitu gak dgn mood lenda ni...tpg roti dah berkurun tapi xmeroti2 lagi nih....

    ReplyDelete
  2. kak nor,sama la saya pun dtg mood meroti masa tengok cikmat kuar finger bun tu..tapi doh kak nor yang ni memang lembut sakan.saya pun dah pernah try dulu..jakun betul masa tu dapat makan roti lembuutt gituuu

    ReplyDelete
  3. nak roti...nak roti....nak yg ade jem roselle jgk

    ReplyDelete
  4. salam k nor,
    saya amik resepi ni eh..
    nampak sangat menarikkkk!!

    ReplyDelete
  5. tgh tunggu mood meroti dtg kat rumah nih, tak sampai2 lagi... kak, npk lembutlah roti tu, geram saya tgk.

    ReplyDelete
  6. eh..lupa nak tanya, akak uli manual ke guna mesin jadi mcm tu punya gebusss?

    ReplyDelete
  7. nak roti kak nor yang gebusss tu...gerammm mas tengokk

    ReplyDelete
  8. kak nor, dh lama x meroti nampak lak ada water roux... apa tujuan letak menda alah tu erk??? almaklum la dh lama nau pencen meroti tu.. hehe.. citer sket kak???... ada beza ke kalo x letak... ;)

    ReplyDelete
  9. salam kak

    gebu roti nya...waa first time ni tah jem roselle

    ReplyDelete
  10. lenda >> tu la.. mmg bertuah sungguh mood meroti tu kan, beraya sakan! hihii

    izah >> ooo dah try ek.. sedap, lembut dan gebus jer kan :)

    mekasih sudi try :)

    mimiey >> nak amik 2 ketui, dah gi balik, masak lunch lak nun. nanti akak tumpang makan ya.. :)

    TTM >> silakan .. mekasih dr k.nor :)

    eliza >> dulu2 mmg guna kudrat tp sejak dah ada bibik melayu ni, guna aje la kan.. nanti org dah tak nak kasi hadiah, susah pulak kan..

    tp dr pemerhatian akak, uli by hand lagi lembut roti dan sedap dr uli guna BM. cuma kalau nak selembut cam by hand, uli 2x doh dlm BM tu. uli tangan ni tak payah kalau kena cara, cuma lambat sket la dan kelebihan guna BM ni, masa dia duk nguli tu kita boleh buat kerja lain..

    ReplyDelete
  11. mas >> mas, jom meroti kalau dah geram sgt.. hehe

    ana >> yer dinda ana.. dgn guna water roux ni roti lebih dan lebih gebus dr guna bread softener. dan kita pun tak was2 bila guna WR sbb kita tak tau apa kandungan BS tu kan..

    kalau ana uli tangan, kurangkan sket sukatan air tu, sbb doh ni mmg lembut .. try la ana, insyaallah puas hati sgt kalau buat roti guna WR.. lembut dan gebus jer roti..

    pia >> sedap pia jem roselle ni, wat makan dgn roti, dgn pancake sedap!

    ReplyDelete
  12. >>mood meroti hilang pasal buat ritu,xjadi gebu..jadi keras mcm batu!!!huhuhuhuhu....tp tgk kak nor buat..waser mcm datang balik..tp biler kah ianyamenjadi kenyataan??hehehehhe
    *rossele tu tak tahan nengok tuh...

    ReplyDelete
  13. waniey >> meh amik sket mood meroti akak.. tp tak leh bg banyak2 ya.. kang akak nak buat tak da mood lak :)

    lin >> kuat ke tusukan tu lin :)

    ReplyDelete
  14. Salam kak nor...nak tanya..kaknor di terengganu kan..katne selalu beli tepung roti ek? saya selalu cari di mydin dan giant tak ada..huhu..time kasih..

    ReplyDelete
  15. salam kak nor...lama x lepak sini..nak tnya kak klau takde BM camne nak wat roti ni?
    leh pakai ke resepi ni kak?
    nak try la buat..tp xde BM...:(

    ReplyDelete
  16. norul >> soriii tak perasan pertanyaan ni.. k.nor beli kat kedai mee soya.. ni kedai barang2 baking, kat jalan tok lam ya..

    aida >> boleh aje, no problem.. guna resipi yg sama tp kaedah jer lain.. tengok kat sini ya http://secubitgaramnor67.blogspot.com/2010/04/blueberry-finger-bun.html

    ReplyDelete
  17. Salam, shortening tu kalau takde ada optional lain ke? n berapa gm/sudu nak guna..mohon bantu..tq

    ReplyDelete
  18. anonymous >> boleh gunakan butter keseluruhannya jd lah sukatan butter tu 60gm

    ReplyDelete
  19. sis, nape x tnjuk cara2 nk pintal roti tu ;(

    ReplyDelete
  20. aulia >> k.nor dah pernah buat n3 cara2 nak buat roti pintal mungkin alia tak abis gali entri roti kut.. :)
    http://www.secubitgaramnor67.com/2009/08/roti-tocang-dgn-cheese.html

    ReplyDelete
  21. kak nor, kalau takde susu tepung, boleh ganti dengan apa ye?

    ReplyDelete
  22. F-H >> kalau tak ada susu tepung, air tu gantikan dgn susu fresh dan kurangkan sedikit tepung

    ReplyDelete