f Secubit Garam: Muffin Pisang Berkeju

N3 Terkini

Wednesday, November 24, 2010

Muffin Pisang Berkeju

Berprojek awal sket arini utk minum petang sbb petang sket nanti ada misi yg perlu diselesaikan. Berdebar jer rasa.. ish.. Mudah2an selamat semuanya dan dipermudahkan.. amiin..


Berbalik pd muffin ni, haihhhh silap betul gi buat 1/2 adunan jer. Utk 1/2 adunan ngam2 dpt 8 bj muffin. Cukup2 utk 2 ketul sorang. Kalau tau sesedap ni, sudah pastinya K.Nor godek 1 adunan penuh. Tak per la, lain kali lak buat. Resipi yg diceduk kat rumah Ina Jepun yg dah start kena demam puff. Hahhh! kang dah kena sama tu la asyik nak sindir akak ya.. hehe.. Resipi muffin pisang mabeles ni dr buku kan Ina. Dia derhaka gak tu sbb letak crumble. Versi akak no derhaka. Erkkk.. ada gak sket, sket jer.. disebabkan tak ada cheddar cheese yg dlm bentuk bar, K.Nor guna yg slice cheese jer. Pisang tu K.Nor guna 3bj saiz sedang, rasanya lebih dr 150gm kut. Ada la dlm 200gm kalau tak silap. Lebih pisang tak per, nanti lebih moist. Tp jgn over sgt lebih tu, kang lembik lak muffin tu ya..


Alhamdulillah.. enak sungguh muffin ni. Kena pulak serve dgn sedikit creamcheese topping lebihan dr buat Devil FCC aritu. Soooooooo yummy!! Thanks Ina sbb share resipi tu ya.. Nih akak nak share lak kat sini, kita pjg2kan resipi yg mabeles ni.

MUFFIN PISANG BERKEJU
sumber: Hanamemories

Bahan-bahan
250g tepung gandum
100g gula custor
50g gula perang
1/2 sk soda bikarbonat
11/2 sk baking powder
1/4 sk garam
75g keju cheddar - cincang kasar
300g pisang ambon atau apa2 pisang yg sesuai
2 biji telur
100g mentega - cairkan (hana kurangkan sket sbb agak oily)
1/2 sk esen vanila

Untuk Crumb ~ k.nor tak buat
50g gula perang
50g tepung gandum - ayak
50 butter tanpa garam sejuk - potong dadu
1/4 garam - jika menggunakan butter bergaram tak payah letak
1/2 sk serbuk cinnamon

Cara-cara
Untuk Crumb - Campur gula perang, tepung, garam dan kayu manis. Kacau rata. Masukkan butter dan gentel2kan sehingga jadik serbuk crumbs. Simpan dalam esbok sehingga masa hendak dgunakan.
Panaskan oven suhu 200 selama 20min. Dalam mangkuk campur tepung, baking powder, garam, keju, gula custor dan gula perang. gaul rata dan ketepikan.

Mangkuk lain, lenyek pisang. Kemudian masukkan mentega cair, telur dan esen vanila. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
Tuang ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata menggunakan senduk kayu/spatula. Tak perlu over mix. Kacau asal sebati.
Tuang adunan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh. Taburkan crumbs dr peti sejuk tadi.
Bakar selama 25min. Keluarkan dr oven, biarkan 5 min baru keluarkan dari loyang/muffin tray.
Letak atas redai. Boleh hiaskan dengan hirisan pisang dan parutan coklat putih.
Hidangkan hangat dengan secawan kopi.


Utk 1/2 adunan:
*k.nor letak butter 40 gm jer
** utk cheese k.nor guna 2 keping slice cheese

12 comments:

  1. cantik muffin nor tu..macam buterfly toppg kat atas tu..

    ReplyDelete
  2. lawo nyerrr muffin!! saya pun dah buat neh, memang sedappp..wangii gitu...apa yg mendebarkan tu? berdebar jugak!!

    ReplyDelete
  3. Salam kak
    Amin... :)

    adoi..sedapnya..saya suke keju

    ReplyDelete
  4. kak, boleh tak sya nak cakap perkataan lain dalam komen box selain - sedapnyaaa!

    Love,
    PojiePooh Abdullah

    ReplyDelete
  5. k.nor..sy tgh membelek resepi kek pisang dari smlm sbb nak menghabiskan pisang2 yg mil kirim..tgh konfius nak pilih yg mana satu alih2 nampak resepi muffin ni...esok pulak ada order kek cheezy weezy..mmg molek sgt laa tu..zasss..jap lg nak g cari cheddar cheese dulu...heheheh

    ReplyDelete
  6. Goshhhhhh!!! Temptingnye muffin pisang tu kak! Cantik, cantik...nakkkk! Ooops akak buat 1/2 adunan je ker? Nanti bila buat lagi, jgn lupa Love ya!!! Ni dah booking awal awal!!! :D

    ReplyDelete
  7. argh..perut berdenyut kencang...
    air liur bagaikan hujan !
    sedappp !!

    ReplyDelete
  8. ayu >> hehe buterfly hinggap di muffin pisang :)

    izah >> mmg best kan, silap ler gi buat 1/2 adunan tu :)

    pia >> salam pia, mmg best tau letak creamcheese topping atas muffin pisang tu..

    pojie >> rasanya pojie dah sebut pun tu sedap haha...

    naemah >> sedang elok la ya.. try la naemah, mudah sgt2, just godek2 gitu jer dan hasilnya pulak boleh bg 5* bila gandingkan dgn cc topping tu

    ReplyDelete
  9. love >> tu la mistake nyer, buat 1/2 adunan jer.. ingat nak test jer dulu.. ok2.. noted.. lain kali k.nor bg love seketul ya.. hehe

    pelangi >> wahhh hujan lebat sampai ke k.trg! :)

    ReplyDelete
  10. Cantiknya muffin pisang ni.. mesti sedapkan.. Pandai kak Nor menghias..

    ReplyDelete
  11. salam kak Nor..
    wah cantiknya topping muffin tu... :)

    ReplyDelete