f Secubit Garam: Daging Goreng Jintan

N3 Terkini

Tuesday, November 2, 2010

Daging Goreng Jintan

Ayu,Nor buat lagi!! Haa... kan kata dah dulu pasti ada ulang tayang menu ni.. Masakan daging yg sangat mudah dibuat, rasa pulak enak sekali... Tak mo cakap banyak sbb pg tadi dah banyak bercakap kan, duk mengajar the making tu.. Jom layan Daging Goreng Jintan. Ayu, sekali lg mintak izin ya, nak kopipes resipi tu kat sini.. Maceh dear :)


DAGING GORENG JINTAN
sumber: Ayu Singapore

Ingredients A:-
300g daging dipotong nipis
1 sudu teh jitan manis ditumbuk-Ayu gunakn serbuk aje
1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk -Ayu gunakan serbuk aje
1 sudu teh serbuk jintan putih-Ayu tambah
1 sudu teh serbuk ketumbar-Ayu tambah
sedikit kunyit
air untuk merebus daging

Ingredients B:-
3 tangkai cili api dipotong-Ayu gunakan 5-6 tangkai
1 tangkai cili merah dipotong -Ayu xletak
1 biji bawang besar dipotong bulat-sorry terlupa type ni -just edited
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
2 sudu minyak menumis
sedikit cuka
sedikit kicap
garam + perasa secukupnya


Method:-
Daging digaul bersama Bahan A, Rebus sehingga empuk dan air telah kering. Didalam kuali yang sama masukkan minyak, tumiskan bawang besar, cili daun sup dan daun bawang. Masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan sedikit cuka dan kicap untuk membangkitkan aroma yang cukup menyelerakan.

* K.Nor guna daging batang pinang jd K.Nor skip part rebus daging tu. 

8 comments:

  1. saya!!!..kita datang dengan kain batik nak terlepas ni nor!!..hahaha..tedengar nor jerit kita datang lintang pukang ..haha..
    wah terharu kita nor buat lagi lauk ni ..glad juga kena dgn citarasa family nor ya...

    ReplyDelete
  2. ayu >> hahaha... pegang kemas2 kain tu, londeh mak londeh kang!! hihii

    tq juga sbb dah share resipi tu :)

    ReplyDelete
  3. hahahhah.... Ni peberet ni masak jintan... Tp version ni kompem lg sedap sbb ada cili padi... perghhhh sedap.... Kak Nor... tinggalkan saya sikit tau.....

    ReplyDelete
  4. salam k.nor...nampak sedap ler resepi ni...nak try ler hujung minggu ni.....mekasih kongsi resepi yg ringkas n nampak sedap ni....

    ReplyDelete
  5. masuk list....nanti beli daging mesti try daging goreng jintan pulak....k.nor dah buat lagi ni, gerenti sedappp...

    ReplyDelete
  6. sy pun nak masuk list...kena pi beli daging. tunggu pasar malamlah...kat pasar pagi tronoh takde daging segar...

    ReplyDelete
  7. wah...

    sungguh menyelerakan..ayu nak ubah pada ayam..maklumlah en zalie tak boleh makan daging lembu atau kambing

    ReplyDelete
  8. iza >> antu cili pd dah dtg ek.. try la iza, jgn letak cili pd sampai berasap tinge dah la ek :)

    shamiju >> salam.. sama2 .. slmt mencuba ya..

    opss.. salam perkenalan dr k.nor :)

    mas >> mesti la mas, dah ulang2 tu tanda sedap la :)

    suzi >> lg best guna daging segar, tak kisah la kalau nak guna yg biasa atau btg pinang

    ayu >> boleh gak tu ayu, slmt mencuba :)

    ReplyDelete