f Secubit Garam: Puding Coklat Sos Kastard

N3 Terkini

Monday, November 15, 2010

Puding Coklat Sos Kastard

Dah lama tak memuding, maklum lah kat Trg skrg ni musim hujan. (3 - 4 hari lepas tak hujan ptg ni jer start balik hujan) Tapi anak tekak tuan rumah rasa nak makan benda sejuk2 tambah lg kalau utk berbuka. Cik abg pun ikut sama berpuasa hari ni, lagi la terasa nak memuding. Dia mmg suka layan puding kalau time berbuka.


Ni kalau ke2 buat puding Dayang Jack ni. Puding yg mabeles tambah lg dimakan sejuk2 terutamanya time berbuka. Memang sedap bangat.. Balik dr hantar sister K.Nor ke Kuala Berang td sempat menggodek kejap puding padahal kepala masa tu berdenyut sakan. Lepas dah siap puding, terus layan mata kejap, bila bangun baru terasa segar sket.. alhamdulillah..

Balik pd dessert ni, kali ni tak banyak derhaka cuma K.Nor lebihkan sket air kat bahagian coklat sbb K.Nor lebih suka tekstur puding yg lembut dan tak pejal sgt dan bila makan dlm cup/mangkuk kecik gini mmg sesuai bila kita scoop dgn sudu. Dayang, mintak izin ya, nak kopipes sekali lg resipi tu kat sini.. Tq..



PUDING COKLAT SOS KASTARD by Dayang Jack

Bahan-bahan : 5-7 orang makan
Puding Coklat :
10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
500 ml susu segar
250 ml susu cair
100 ml air
3/4 cawan gula pasir
2 sb susu pekat
2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
1 sb tepung kastard + 2 sb air
1 sb mentega
1 sk esen vanilla

Cara-cara :
Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan Sos :
2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
2 sb tepung kastard
4 sb gula pasir
1 sk esen vanilla

Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.


** utk peringatan K.Nor di lain hari
1.tambah susu segar 100ml dlm aduanan puding coklat

3 comments:

  1. akak manissssss kita pun nak ler mamam puding tu,heheheh selamat hari raya aidiladha buat akak sekeluarga ye

    ReplyDelete
  2. emm means susu tu jd 600 la ek...

    K kak salam aidiladha...

    ReplyDelete