f Secubit Garam: Tenggiri Goreng Bersambal Istimewa

N3 Terkini

Friday, November 19, 2010

Tenggiri Goreng Bersambal Istimewa

Sebelum ni K.Nor dah pernah buat menu yg boleh dikatakan agak simple tp menyelerakan ni. Masa tu guna ikan selar dan kali ni pulak K.Nor guna ikan tenggiri. Asalnya beli ikan tenggiri tu nak buat lauk lain tp tak jadi. Selongkar dapur sendiri nak cari menu yg ringkas, nampak menu ni. Buat aje la yg ni sbb anak2 dan cik abg mmg suka dgn sambalnya tu.

ikan tenggiri bersambal istimewa

Resipi oleh AlongRoz yg dah diberi sedikit pengubahsuaian atau dlm kata lain dah diderhaka kan sket mengikut selera anak tekak tukang masak hehe.. Mekasih Along ya.. dan mintak izin sekali lg nak share resipi tu sekali lg kat sini.

ikan tenggiri bersambal istimewa 2



IKAN GORENG BERSAMBAL ISTIMEWA by AlongRoz

3 ekor ikan
garam
serbuk kunyit

utk sambal:
4 bj cili hijau
1 bj cili merah
beberapa bj cili padi
1 btg serai
1/2 kuntum bunga kantan
5 bj bawah merah
4 ulas bawang putih
daun ketumbar ~ dihiris halus
garam

tambahan oleh k.nor:
2 sudu besar sos ikan
sedikit gula
1 sudu besar perahan limau nipis

1. Lumurkan ikan dgn garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng hingga garing dan ketepikan.
3. Blend kesemua bahan2 utk sambal kecuali daun ketumbar dan garam.
4. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yg diblend.
5. Goreng hingga garing dan pecah minyak.
6. Masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Padamkan api dan masukkan jus limau nipis.
9. Kacau rata dan tuangkan sambal atas ikan yg dah siap digoreng.

4 comments:

  1. Laporrrr...sedapnya...Ikan goreng kalau dicurah sambal macam tu sedap..Pedas ka..semua tolak tepi..Mkan dgn nasi panas..fuhh!!!memang meletop..wink..wink..heeee

    ReplyDelete
  2. mesti harum ngn bga kantan tuh ek...

    ReplyDelete
  3. pia >> yep, mmg lazat sekali :)

    sue >> mmg syok sue, nasi boleh bertambah2 jer nih :)

    eliyaezlinalias >> yep, daun ketumbar pun buat sambal tu wangi jer

    ReplyDelete