f Secubit Garam: Sosej Bersambal

N3 Terkini

Saturday, November 13, 2010

Sosej Bersambal

Minggu lepas K.Nor dah publishkan N3 Bendi Bersambal kan. Bagi K.Nor sambal tu sangat sedap kat anak tekak ni. Pastu duk pikir la nak partnerkan dgn benda lain selain bendi. Sbb rasanya sambal tu mmg boleh dipartnerkan dgn perbagai benda spt telur rebus, sayur2 lain pun boleh. Baru2 ni Zarin pun buat gak. Selain guna bendi dia juga makan sambal ni dgn tauhu lembut. Mekasih Zarin sbb sudi try resipi ni ya..


Kali ni K.Nor rasa nak gandingkan dgn sosej sebagai menu lunch utk hari ni. Hari ni kena masak yg ringkas2 sbb ptg nanti cik abg ajak ke Rantau Abang. Ada projek pelepasan lebih kurang 2600 ekor anak penyu ke laut. Syok tu.. beribu2!! bukan beratus ya.. hehe.. Sapa2 yg duk area berdekatan jom kita meriahkan acara yg dijangkakan  pelepasan anak penyu terbanyak di seluruh dunia. Ayu, jom pakat gi boleh kita jumpa di sana.. di sana!!

Eh... Melencong ke lain lak.. Balik pd Sosej Bersambal ni.. (Lieza, K.Nor tak nak guna ayat mahal tu arini ... hehehehe) K.Nor guna resipi hasil gabungan resipi Gert dan CMGebu. Mekasih utk dua org ni.. kalau tak, tak terhasil resipi Bendi Bersambal K.Nor tu. Jom tengok resipi..


SOSEJ BERSAMBAL
(K.Nor Style)

Bahan:
6 btg sosej ayam ~ k.nor guna RAMLY brand
1 sudu besar cili mesin
2 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
garam
gula
minyak

Bahan diblend:
2 bj cili merah
5 bj bawang merah
3 ulas bawang putih
1 bj tomato
1 sudu besar udang kering ~ direndam

Cara:
Rebus sosej dan toskan. Hiris ikut selera masing2.
Panaskan minyak dan tumis cili mesin hingga garing.
Masukkan bahan2 yg diblend dan goreng lg hingga kering sedikit.
Masukkan kicap dan sos tiram dan air.
Masak hingga pecah minyak dan masukkan garam dan gula secukup rasa. Hati2 bila masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr udang kering, kicap dan sos tiram.
Masak hingga garing dan hidangkan atas sosej yg dah disusun atas piring.
Hidangkan panas2.

~~~~~~~~~ X ~~~~~~~~~


Untuk menu sayur, K.Nor selongkar peti ais dan jumpa sebiji terung. Masih elok, dan belum menopos lg. Baik guna, kalau tak nanti kena humban kat cik tong jer. Terung ni K.Nor potong dan rendamkan kejap. Pastu panaskan frying pan dan masak terung ni. K.Nor masukkan 1 sudu minyak bunga. Dan masak hingga terung lembut. Susun atas piring dan letakkan sambal atasnya. Siap satu lg hidangan segera.. Senang kan :) Lepas ni kena buat sambal tu lebih2 sket dan simpan kat freezer. Time nak cepat atau tak ada idea nak masak, boleh aje guna sambal ni. Senang kerja akak.. hehe

10 comments:

  1. kak nor..saya kat opiz la... keje sampai pagi sok.. hehehe.. lapo la pulok kak...

    ReplyDelete
  2. kak nor, mas selalu buat sambal sosej...masak macam ni tak pernah lagi, nnti bleh try buat...nmpak sedapp betulll...

    ReplyDelete
  3. salam kak

    oo tidakkk,sedap nya saya suka mkn sosej

    sambal akak mesti world class kan? :)

    ReplyDelete
  4. nor..terima kasih..nak cuba juga..terung bulat ada kat peti ais tu..ari ni dah masak..untuk esok la pulak..tima kasih nor..

    ReplyDelete
  5. salam perkenalan ya nama ku melor dan selamat hati raya. sedapnya....

    ReplyDelete
  6. errkk..sosej? hurmm.. IM gemarnya kureng..

    ReplyDelete
  7. Salam Nor...
    Akak mmg suke klu terung bersambal tu.. errmm mmg sedap..

    ReplyDelete
  8. I like this, masuk list!!! :D

    Hi KakNor, hru doing there???? ;)

    ReplyDelete
  9. Kak Nor....apa khabar? OOO guna ramly sausage yer....gud...kita guna hak tu gak? Simple but still tempting recipe....

    ReplyDelete
  10. shah >> syian dia asyik lapo jer ya.. :)

    mas >> try la mas, sambal ni boleh dipelbagaikan..

    pia >> salam pia

    world class?? hahah.. tinggi sgt tu pia.. :)

    k.erna >> silakan k.erna, mudah2an kena dgn selera ya

    melor >> salam perkenalan gak dari k.nor :)

    IM >> tak suka sosej, boleh partnerkan dgn telur, dgn terung, bendi.. mcm2 boleh .. kita yg buat dia :)

    love >> love!!! beraya sakan ya.. miss u :)

    tq sudi masukkan dlm list, try la ya :)

    ayu >> yep, simple jer tp alhamdulillah.. sedap :)

    ReplyDelete