f Secubit Garam: Bendi Bersambal

N3 Terkini

Sunday, November 7, 2010

Bendi Bersambal

Semalam tengok Gert post BLANCHED OKRA with SPICY SAMBAL atau dalam kata lain Bendi Bersambal gak la kan.Terus aje plan nak buat sbg salah satu menu utk lunch hari ni sbb kebetulan baru aje beli bendi masa ke pasar tani pg tu. Terus copy dan save resipi dia.. opss dah mintak izin pun ya.. Pastu ke rumah Che Mat sbb pernah nampak dia buat gak Bendi Bersambal ni. Bila ditilik2 mmg ada perbezaan sket dr segi bahan2 yg digunakan dlm ke dua2 resipi tu. Jadi K.Nor amik jalan mudah, combinekan aje kedua2 resipi yg nampak menyelerakan tu. Ikhlas cakap ni tau, tak main tipu.. tak nak ngaku yg resipi ni hasil idea sendiri sebaliknya hasil dr gabungan dua resipi tu. Hopefully Gert dan Che Mat tak marah ya.. kalau marah jugak, ampun patik beribu2 ampun :)


Yg ni resipi Gert manakala yg kat bawah tu resipi Che Mat. Terpulang la pd masing2 nak guna yg mana satu sbb bg K.Nor dua2 nampak sedap dan ada keistimewaannya. 

BLANCHED OKRA with SPICY SAMBAL by Gert

Ingredients:
10 okras – cut the ends off

Sambal – blended into paste
4 red chilies
2 shallots
2 cloves garlic
1 ripe tomato – cut into chunks
2 tbsp dried shrimps – soak for 15 minutes
Sugar and salt to taste.

1. Blanch okra in boiling water for 1 minute, drain well and set it aside.
2. Heat up frying pan with 2 tbsp of oil. Stir fry blended ingredients until fragrant and dry. Add in sugar and salt to taste. Continue to stir-fry until you see oil started to appears. Dish out and serve with the blanch okras.

~~~~~~ * * * ~~~~~~

Yg ni resipi Che Mat. Mintak izin ya Che Mat, nak kopipes resipi tu kat sini..

BENDI BERSAMBAL by CMGebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 biji bendi muda, cuci tos dan buang sedikit pangkalnya
1 biji bawang besar*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk lumat)
2 1/2 camca besar cili kisar
1 camca teh gula
2 camca besar kicap cair
1 camca besar sos tiram
1 biji limau nipis, perah jusnya
Bawang goreng sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Didihkan air, masukkan sedikit garam dan 1/2 camca teh minyak masak. Masukkan bendi dan celur hingga lembut sedikit. Angkat dan terus masukkan bendi ke dalam bekas berisi air ais. Biar hingga bendi sejuk. (Tujuan untuk memberhentikan proses memasak dan bendi akan kekal rangup walaupun lembut). Angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga wangi, masukkan cili kisar, sos tiram dan kicap cair, masak hingga terbit minyak. Tambah gula dan juga sedikit air jika perlu. Masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan jus limau nipis, gaul rata dan matikan api.
Susun bendi tadi dalam pinggan sesuai, sudukan sambal tadi atas bendi, hias dengan taburan bawang goreng dan hirisan limau nipis jika suka. Hidangkan segera....

~~~~~~ * * * ~~~~~~


Haaaaaa... yg ni pulak resipi gabungan dr si tukang masak. Kalau nak cuba yg ni pun boleh.. silakan..

BENDI BERSAMBAL
(K.Nor Style)

Bahan:
13 bj bendi
1 sudu besar cili mesin
2 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
garam
gula
minyak

Bahan diblend:
2 bj cili merah
5 bj bawang merah
3 ulas bawang putih
1 bj tomato
1 sudu besar udang kering ~ direndam

Cara:
Celur seketika bendi dlm air yg dididihkan (masukkan beberapa titik minyak dlm air)
Angkat dan rendam dlm air utk memberhentikan proses masak), kemudian toskan.
Panaskan minyak dan tumis cili mesin hingga garing.
Masukkan bahan2 yg diblend dan goreng lg hingga kering sedikit.
Masukkan kicap dan sos tiram dan air.
Masak hingga pecah minyak dan masukkan garam dan gula secukup rasa. Hati2 bila masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr udang kering, kicap dan sos tiram.
Masak hingga garing dan hidangkan atas bendi yg dah disusun atas piring.
Hidangkan panas2.

* Sekiranya ada sambal yg lebih boleh makan dgn telur rebus atau pun daun salad. Potong dua telur dan letakkan sambal atasnya. Kalau utk makan dgn daun salad, masukkan sedikit sambal ke dlm daun, lipatkan dan boleh lah di ngap! Shedapppp!! :)

13 comments:

  1. manyak sedap itu sayur!!! dh msk list... tp nk g mkn umah kak nor dulu,blh ye.....

    ReplyDelete
  2. mimiey >> tak boley... udah abis ku ratah :)

    ReplyDelete
  3. laaa dah habis ke kak nor? baru ingat nk rasa sikit...baru tadi beli bendi tp hari ni tk masak pulak...hmmm nampak gaya kena masak jugakla esok :D

    ReplyDelete
  4. sedapnya bendir nie dimakan panas2..
    memang selera untuk orang yang demam dan salsema pun agak kena gitu...

    ReplyDelete
  5. Kak norrr...tolong buatkan seminggu 2x..nak wat selusuhhh..hihih..menggoda tul sambalnya..iskh2

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Nor... sedap bendi ni..that day pi kuliah, ust cakap bendi baik utk daya ingatan

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Nor... sedap bendi ni..that day pi kuliah, ust cakap bendi baik utk daya ingatan

    ReplyDelete
  8. Hello K. Nor...I love this okra sambal. And your sambal looks like a guarantee tiga pingan nasi for sure, ha ha.
    When you cook fish head curry or salt fish, send me telegram.

    Have fun and keep well, Lee.

    ReplyDelete
  9. kak nor, kalau mas masak macam ni, tambah ngan ikan goreng dan nasi panassss jer....bertambah nasi..he..he..

    ReplyDelete
  10. Salam KNor...Sedap...Lin Mmg Suka Ulam Bendir Ni...Boleh Cuba....

    ReplyDelete
  11. salam kak

    simple itu pembuka selera :)

    ReplyDelete
  12. zarin >> dah abes la zarin, tu pun tak puas meratah... hehe

    ayu >> jgn lupa makan ubat ya ayu, rest pun perlu gak.. banyakkan minum air kosong ya..

    hasue >> haha.. nak dtg sini naik apa? naik belon? belon mana nak ajak org peknen tu.. gi godek sendiri ya..

    cakap bab selusuh makan bendi ni teringat masa mek jepun peknen last year hehe

    ReplyDelete
  13. fuzids >> salam .. yer ke.. alhamdulillah.. insyaallah boleh diamalkan sokmo kan .. mekasih atas info tu

    unclee lee >> morning uncle..wahhh 3 pinggan!! hebat la ... tp this dish mmg mabeles tau.. hehe

    mas >> nanti kalau mas masak , mas beritau k.nor ya.. nak tumpang makan sorang hehehe

    lin >> salam lin.. try la.. mudah2an kena dgn selera lin sekeluarga

    pia >> salam pia.. betul2.. ada ikan goreng dng lauk ni pun dah cukup.. sedap!

    ReplyDelete