f Secubit Garam: Daging Hitam Manis Berempah

N3 Terkini

Thursday, November 11, 2010

Daging Hitam Manis Berempah



Masakan daging lak arini ya.. K.Nor suka ratah aje daging ni dgn letakkan sekeping daging ni dalam daun salad. Pastu ngap... wahhh manyak sedap wooo.... Tak makan nasi pun tak per. Jom tengok resipi menu ulangtayang ni ....

psst!!! pendek aje karangan arini kan.. sbb smlm dah mengarang panjang sangat.. haha..  layan aje la ek... :)

DAGING HITAM MANIS BEREMPAH
K.Nor style


300gm daging batang pinang ~dihiris nipis dan toskan

bahan A
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu teh serbuk lada hitam ~ lebihkan jika nk lebih pedas
~~~~~~~~~

2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1/2 in halia ~ ditumbuk
1 labu bawang besar ~ dipotong bucu/wedges
1 bj cili merah ~ dihiris
1 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8
minyak
~~~~~~~~~

bahan B
1 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh cuka atau perahan limau nipis


Gaul daging dgn bahan A dan perap lebih kurang 1/2 jam.
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia.
Tumis hingga wangi dan masukkan 1/2 dr bawang besar dan cili merah.
Goreng seketika hingga wangi dan masukkan daging yg dah diperap tadi.
Kacau2 daging dan goreng lebih kurang 10 min hingga air daging keluar.
(Jika guna daging batang pinang tak perlu ditambah air tp kalau guna daging biasa bolehlah dimasukkan 1/2 cawan air utk mengempukkan daging)
Masukkan bahan B dan biarkan masak hingga kuah hampir kering. (bolehlah dimasukkan garam dan gula secukup rasa jika perlu)
Masukkan lebihan bawang besar dan cili merah serta tomato.
Kacau sekejap dan boleh lah dihidangkan panas2.

9 comments:

  1. salam kak

    empuk tak daging nya nanti?saya msk stail mcm ni kurang menjadi he2

    ReplyDelete
  2. pia >> salam.. kalau kita guna daging batang pinang, insyaallah empuk. tp kalau guna bahagian daging lain, pia rebuskan dulu dgn bahan2 A sampai daging empuk. pastu guna balik air rebusan daging tu ya..

    ReplyDelete
  3. wah kak nor, terliurnya tengok daging tu....sedapp ni..

    ReplyDelete
  4. Wahhh....terliur doh lieza nih k.nor...ni ler masakan daging tu yer...pas ni bule ler buat ni pulak..bahan2 pun senang jer tu..nyumnyumnyum....

    uishh dasat k.nor ratah mkn dgn daun salad tuuu...cam mkn sireh lak...ni mesti diet lg nih k.nor..mkn lauk jer..

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Nor, wah!...sadapnya daging akak masak ni...kalau saya tak nampak nasi dah ni...hehe

    ReplyDelete
  6. mas >> salam mas, try la.. insyaallah sedap :)

    lieza >> haa... yg ni la yg k.nor kata aritu.. try la ya..

    hehe mmg k.nor dah jarang makan nasi.. suka ratah2 lauk jer pastu buat mee, pasta gitu2 la..

    nieza >> salam nieza, mesti suka meratah ni ya.. cam akak gak :)

    ReplyDelete
  7. pehhh terliur tengok. kak nor sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  8. lela >> try la lela, syedap nih :)

    mimi >> manyak betul tu :)

    ReplyDelete