f Secubit Garam: Cendawan Goreng Tepung

N3 Terkini

Saturday, November 20, 2010

Cendawan Goreng Tepung

Bila buat projek ni ya? Rasanya minggu lepas kut! haha.. Lama duk terperap dlm fail, lupa nak ngedit tu yg jd lupa nak publish. Tak per la Izah ya, gambo tak basi kan.. Mana2 yg nak ngendeng tu, maaf la ya. Semua dah selamat jd baja ^____^

cendawan goreng

Izah, mintak izin ya nak share resipi tu kat sini pulak. Tapi kan.. kan.. cam biasa la kalau tak derhaka tak sah kan.. hehe.. K.Nor tambah dgn serbuk cili kasar utk kasi pedas2 sket. Ampun yaa… hehe

cendawan goreng 2

CENDAWAN GORENG TEPUNG by Izah 

250 gm cendawan tiram
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan rempah kari
2 sudu kecil garam
1 @ 2 biji telur

Caranya:
Cendawan dibersihkan dan disiat-siat mengikut saiz yang diingini. Toskan sehingga kering atau lapkan dengan towel bersih.
Satukan kesemua tepung, rempah kari dan garam ke dalam mangkuk besar dan gaul sebati.
Kocokkan telur ke dalam mangkuk yang lain.
Panaskan minyak. Celupkan cendawan ke dalam telur, kemudian ratakan ke dalam campuran tepung tadi dan goreng.
Goreng sehingga warna keperangan dan rangup. Siap dihidang.

** K.Nor tambah 1 sudu besar serbuk cili kasar

3 comments:

  1. kak nooorrrr.. mekasih sudi mencuba resepi cendawan goreng simple2 ni..resepi biasa2 lepas ke tangn luar biasa nmpk sangt sedap n menarik..cemana? famly kak nor suke ke tak..

    ReplyDelete
  2. izah >> apa lak yg jd luarbiasanya.. hehe.. alhamdulillah.. suka dia org izah nak2 bila ada rasa pedas dan rangup tu.. mekasih ya... :)

    ReplyDelete
  3. peberet anak2 nih...cepat jek habis kalau wat yg nih...nanti boleh guna resepi ni lak...tq kak noor!

    ReplyDelete