f Secubit Garam: Sotong Goreng Breadcrumb

N3 Terkini

Sunday, November 21, 2010

Sotong Goreng Breadcrumb

Saja mencuba kaedah lain goreng sotong. Sebelum ni ada tertengok kat rumah sapa ntah yg buat sotong goreng stail gini tp masa tu lupa nak copy dan save. Pastu duk mencari la bila time nak buat, langsung tak jumpa. Dah la tak save, tuan blog pun lupa. Kalau ingat sapa tuan blog boleh jer gi geledah dapur dia kan. Last2 godek jer sendiri bahan2 salutan tu. Hasilnya not bad gak la, crunchy jer rasa sbb adanya breadcrumb yg disalut kat luar sotong. Kalau nak goreng pun tak perlu lama, nanti sotong jd liat. Pastikan dulu sotong tu ditos sampai kering air. Atau lap2kan sket supaya airnya kering.

sotong goreng breadcrumb

K.Nor letak aje la resipi ni utk jd rujukan K.Nor dikemudian hari.

sotong goreng breadcrumb 2

SOTONG GORENG BREADCRUMB

3 ekor sotong sederhana besar
1 cawan breadcrumb (putih)
1 sudu besar serbuk cili kasar
1/2 cawan tepung
1 - 2 bj telur
sedikit garam
minyak

Potong sotong dan toskan hingga kering airnya.
Masukkan breadcrumbs, serbuk cili kasar, tepung dan sedikit garam ke dalam sebuah bekas.
Gaul rata.
Pecahkan telur dan kocok dgn garfu.
Celup sotong dlm telur, angkat dan gaulkan dlm bancuhan breadcrumbs.
Goreng dlm minyak yg dah dipanaskan dgn menjarakkan sket sotong tu antara satu sama lain.
Goreng hingga breadcrumbs menjadi golden brown.
Angkat dan toskan.
Hidangkan dgn sos cili kegemaran.


6 comments:

  1. salam kak nor...nmpk sedap la sotong tu...nnti nk try gak la..hubby suka sotong goreng...

    ReplyDelete
  2. sedapnyeeee... kak, masa goreng ni die meletop2 tak?

    ReplyDelete
  3. hehehe..jadi jugak sotong bredcrum versi kak norrr... baking powder tak letak ekk..kak norr...kak nor biasa beli bredcrum kat ner?tak nah terjumpa kat supar

    ReplyDelete
  4. salam k.nor..
    huhu menggoda jiwakuuuu

    ReplyDelete
  5. mas >> slmt mencuba.. mudah2an kena dgn selera dia ya :)

    siti >> ada gak yg meletup, sket jer la..kalau siti tak nak kasi meletup, celur sotong dlm air panas dulu kejap pastu toskan hingga kering

    izah >> tu la, duk cari mlm tu sampai sudah tak jumpa kan izah.. last2 godek jer la versi sendiri.. nanti kalau izah jumpa yg k.nor cakap tu, beritau ya :)

    breadcrumb biasa duk kat barang2 baking tak pun gi kedai baking yg izah baru jumpa tu, yg duk tepi hidung tu.. hehhee

    wan >> haha.. sabo2.. :)

    ReplyDelete
  6. hurmm.. nampaknya IM beli kat kedai je lah..

    ReplyDelete