f Secubit Garam: Sup Ikan Pedas

N3 Terkini

Thursday, November 4, 2010

Sup Ikan Pedas

Kebetulan ikan merah ada belen sekeping dlm esbok, tak tau nak masak apa. Pernah tengok org duk buat sup ikan merah. Nak buat tp resipi tak ada. Terus amik tiket flight terbang ke Sedenak, rumah yg ada mangkuk tingkat biru yg kiut tu. Selongkar dapur Tiffin Biru terjumpa Sup Ikan Pedas yg juga guna ikan merah sbg bahan utama sup tu. Tengok bahan2 semua ada terus jer salin resipi dan buat. Harum bau sup ni, rasa tak tau lagi. Kena tunggu Maghrib karang. Masak ni pun utk anak2 balik dr sekolah nanti. Pastu goreng ayam berempah 2 ketul sorang, cukup la lauk lunch utk 2 beradik tu.


Che Mat, mintak izin ya nak kopipes resipi Sup Ikan Pedas tu kat sini. Mekasih daun keladi... lain kali nak mengopi lagi ya.. :)


SUP IKAN PEDAS by CMGebu

BAHAN-BAHANNYA:-)
5 keping daging ikan merah
2 batang serai. dititik
1 batang "leek", dibersihkan dan potong serong  ~ tak letak, no stock
1 genggam daun ketumbar,
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
5 kuntum bunga cengkih*(*rempah tumis)
1 kiub pati ikan bilis "Maggi"
1 camca teh serbuk kunyit ~ k.nor guna kunyit hidup dan blend sekali dgn bahan kat bawah
2 - 3 keping asam gelugor
Garam dan secubit gula
1000 ml air atau secukupnya

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
10 - 15 biji cili padi (boleh kurang atau ditambah)
1/2 camca besar lada hitam biji
1 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan halus


CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan diperap dengan jus limau dan garam selama 5 minit, cuci dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah tumis dan bahan2 tumbuk lumat hingga harum, masukkan serbuk kunyit, kacau rata dan tuangkan air. Gunakan api sederhan..
Masukkan asam keping dan tambah sedikit garam. Masak hingga mendidih dan kecilkan sedikit api. Masukkan ikan dan kuib ikan bilis Maggi. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, sedikit gula dan masak hingga ikan masak.
Rasa dan jika perlu tambah garam. Hidangkan panas bersama nasi. Jika suka boleh tabur hirisan daun sup/bawang dan bawang goreng..

6 comments:

  1. wah kak...sedapnya sup ikan...kuah biar banjir yerr..he..he...

    ReplyDelete
  2. salam kak

    menarik la pedas,selama ni sup putih/jernih je ;)

    tiba2 rindukan sup ikn umi saya

    ReplyDelete
  3. saya kalau buat sup ikan pun mesti nak yg pedas2 knor..bagi banjir
    perggh..setap..setap..

    ReplyDelete
  4. Aik kak?lom rasa lagik..woh akak posa ek..meh sini sue angkut semangkuk gi sarawak..hihi..
    tapi kak,terasa2 dah kat tekak nih bila tgk rupa sup akak tu..yumm

    ReplyDelete
  5. nor..tiba2 pulak rasa teringin sangat nak makan sup ikan..
    kakak ipar akak pandai buat sup ikan ni..kalau dia buat..memang sedap..
    nk cuba juga resepi ni ye nor..

    ReplyDelete
  6. mas >> kuah tak per banjir jgn hujan jer menyebabkan banjir :)

    pia >> psstt!! nak tau citer tak, ni 1st time k.nor masak sup ikan hehe

    anim >> mmg syok layan sup kalau pedas2 kan .. berselera jer

    sue >> kalau dah betul2 ngidam buat ya, kang meleleh yg kat dlm tu :)

    k.erna >> buat la kak, tp ni resipi che mat bukan nor punya ya.. :)

    ReplyDelete