f Secubit Garam: Ayam Goreng Berempah

Saturday, November 6, 2010

Ayam Goreng Berempah

Dah banyak benar resipi Ayam Goreng Berempah kat dapur Secubit Garam ni. Lupa nak letak no kat belakang tu, biar boleh bezakan antara satu sama lain. Kali ni buat stail lain sket. Hasil main campak2 jer. Tak pasti la kut2 sama dgn resipi2 org lain yg pernah K.Nor cuba. Dah belek satu persatu resipi2 Ayam Goreng Berempah yg lain yg pernah dicuba, rasanya tak ada lagi yg sama kut. Atau K.Nor terlepas pandang tak tau la.. Kalau ada sama dgn resipi2 org lain sila beritau ya.. Masa masak td tak bukak lak tenet, tak check la kut2 ada persamaan dgn resipi org lain. Tau aje la kalau dah masuk opis lewat sket gak, mula la main nak cepat jer. Tambah pulak arini ada mission yg perlu diselesaikan. Kena godek 2 bj kek utk anak dara bawak ke jamuan sekolah esok. Penat sih.. ni baru jer boleh rehat. Start dr pg td, lepas ke pasar tani terus masuk dapur. Lepas masak lunch, solat pastu start membaking. Gi buat yg banyak kerenah pulak tu.. adehhhh.. Nak memarut benda alah tu yg tension. Lenguh tangan ku.. K.Nor lak jenis kalau buat kek tak suka guna mixer time bancuh tepung dlm adunan. Suka main kaup balik jer. Mula la lenguh tangan dan bahu.. hu hu... Ni pun baru jer boleh masukkan n3 lunch hari ni.. manyak penat sih....


Ok la balik pd resipi Ayam Goreng Berempah ni ya.. Ni menu ringkas yg senang nak sediakan. Anak2 pasti suka tambah lagi dpt makan panas2. Memang laju jer makan nasi pastu mula la nak meratah lebihan ayam. Jom tengok resipi....


AYAM GORENG BEREMPAH My Style

Bahan:
1/2 ekor ayam
1 sudu besar cili mesin ~ boleh ganti dgn 1/2 sudu besar cili serbuk
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecik serbuk kunyit
1 sudu besar tepung jagung
garam
1 sudu kecil cuka atau perahan jus limau nipis
2 tangkai daun kari
minyak

Cara:
Gaul semua bahan dgn ayam dan perap lebih kurang 1/2 jam.
Goreng ayam dlm minyak panas hingga garing.
Angkat dan toskan.
Hidangkan panas2.