f Secubit Garam: Talapia Masak Laprik

N3 Terkini

Friday, November 12, 2010

Talapia Masak Laprik

Menu lunch hari ni, Talapia Masak Laprik. Resipi asal oleh Anis tp K.Nor amik kat rumah Ummi. Rasanya masakan ni masakan Thai kan Anis, jd K.Nor tambah sket sos ikan dan daun2 tu K.Nor ganti dgn daun ketumbar utk berikan lebih harum bau masakan ni. Thanks Anis dan Ummi ya.. mintak izin nak kopipes resipi tu kat sini..


TALAPIA MASAK LAPRIK by Anis Dairy
sumber: Ummi

Bahan-bahan:-
2 ekor ikan tilapia ( dilumur dengan garam kunyit dan digoreng garing ikut suka )
2 sudu besar cili kering dikisar
5 biji cili api hijau ( kalau hendak pedas banyak pun boleh )*
5 biji bawang putih *
3 biji limau kasturi saiz besar diambil jusnya
3 biji bawang merah dijadikan bawang goreng
setangkai daun bawang dihiris
setangkai daun sup dihiris
garam dan gula secukup rasa
sedikit air


Cara-cara menyediakannya:
Tumbuk lumat bahan bertanda *.
Tumis cili kering yang dikisar hingga terbit minyak diikuti bahan yang ditumbuk. Gaul mesra.
Masukkan jus limau kasturi diikuti sedikit air untuk dijadikan kuah kalau suka tetapi saya lupa hendak memasukkan semasa masak jadi hasil masakan saya agak garing.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Masukkan pula hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
Akhir sekali masukkan ikan tilapia yang telah digoreng tadi. Lumurkan dengan bahan tumisan dan biarkan di atas api seketika.

4 comments:

  1. Salam nor,
    boleh lah masuk list recipe ni..
    kita minta izin c&p ya nanti kalau dicuba..thanks ya nor..

    ReplyDelete
  2. salam knor.,waaah rajin nya me laprik ikan tu ya.hehe

    psst2..hari ni kan.saya masak chicken pie guna puff pastry tu.ni ada bawak satu ketui ni..cuba lah.:)

    ReplyDelete
  3. alamak....lama dah x rasa talapia ^_^'

    ReplyDelete
  4. ayu >> w'salam ayu.. boleh aje buk.. silakan.. eh.. dtg tu tak bawak ke bingka ubi sekali.. hehe

    anim >> dah tengok td, rajin anim buat chicken pie dgn puff tu ya..

    ada utk k.nor? maceh!! :)

    saiful >> meh la nak merasa :)

    ReplyDelete