f Secubit Garam: Puding Kiwi

Saturday, November 20, 2010

Puding Kiwi

Geram jer tengok Che Mat duk tayang puding dia akhir2 ni. Ada Puding Mangga, ada Puding Buah Naga. Dua2 puding tu hasil olahan dr resipi Puding Laici yg sedap tu. Dah beranak pinak pun resipi Puding Laici yg resipi asalnya dr K.Liza .. hehe.. Ni la part yg paling best, dr satu resipi boleh melahirkan pelbagai resipi2 lain. Tak la terhad pd satu2 resipi tu aje kan. Tu jugak tanda kreatifnya sorang tukang masak! Mcm Che Mat tu, bukan K.Nor ya.. K.Nor sekadar main2 masak jer, tak sampai lagi tahap tinggi2 gitu :)

puding kiwi

Kali ni K.Nor ‘beranakkan’ lagi resipi Puding Laici tu dgn menggunakan buah kiwi (anak dara K.Nor kata cikgu dia panggil buah kiwi ni buah ciku bulu.. haha.. tp betul kan. rupanya mmg mcm buah ciku tp berbulu lak.. ) Alhamdulillah.. eksperimen menjadi.. sedap! Kalau nak tau camna rasa Puding Kiwi ni, sila la godek sendiri ya.. Yg tuan rumah punya dah abis sbb bukan dibuat hari ni tp ptg semalam punya ni. Ingat nak publish ptg smlm tp tiba2 jer blackout. Sampai ke malam pulak tu. Masa K.Nor dan famili keluar dr rumah lepas Maghrib utk hantar sister K.Nor ke airport, still blackout lg. Bila balik rumah pkl 9.30mlm, alhamdulillah letrik dah ada balik. Pastu males ler nak ngedit gambo tu yg ptg ni baru leh hapdet. Jom la layan mata Puding Kiwi ni..

puding kiwi 2

PUDING KIWI
versi asal Puding Laici by K.Liza

Bahan:
5 gm agar2 serbuk
2 1/2 cawan air
5 sudu besar gula (tambahkan jika suka lebih manis)
1/2 tin susu cair
2 biji kiwi (blend dgn 1/2 cawan air)
sedikit pewarna hijau
sedikit hirisan buah kiwi utk hiasan

Cara:
Masukkan air, gula dan agar2 serbuk ke dalam periuk. Masak lah hingga mendidih.
Masukkan susu cair dan kiwi yg diblend tadi serta pewarna hijau. Padamkan api.
Kacau hingga sebati.
Tuangkan ke dalam acuan yg dah dibasahkan dgn air.
Bila puding dah sejuk, masukkan dlm peti ais.
Biarkan sejuk, baru lah dihidangkan dgn hirisan buah kiwi.