f Secubit Garam: Bunga Daun Bawang ~ The Making..

Tuesday, November 2, 2010

Bunga Daun Bawang ~ The Making..

Salam...

Apa kabar anak murid, dah ready utk kelas 'the making..' utk kali ni? Duduk elok2 ya.. perati betul2. Kang ada yg tak faham pastu fail lak dlm exam. Cikgu tak nak ulang dah ni ya... hehe.. Pembelajaran kita hari ni cara nak buat bunga dr daun bawang. Pernah tengok kat n3 cikgu sebelum ni tak? Meh nak recall balik..

Ni la dia bunga daun bawang. Ada kat n3 Jom Ke Bali bg menu Ayam Masak Bali.

Hari tu Deliah ada mintak K.Nor tunjuk cara buat bunga daun bawang ni. Seperti yg dijanjikan, kali ni pembelajaran cara nak buat bunga dr daun bawang. Mudah aje, tak susah mana pun. Kalau yg mana2 rasa tangan keras kejung tu, cuba rendam dulu dlm Softlan ke Petals ke, Daia pun boleh..Biar semalaman, esok lembut la tu hihihiii...

Ok.. kita mulakan ya murid2.. :)

Bahan2 yg diperlukan, pisau tajam, cutting board, mangkuk berisi air (air paip biasa jer) dan semestinya daun bawang. Potong daun bawang sepanjang 1in, bahagian yg putih aje ya..

Potong spt dlm gambar, lebih kurang 1/3 jer (ingat, pisau kena betul2 tajam)

Nak potong secara baringkan daun bawang pun boleh.

Potong dlm bentuk bulatan yg dibahagi 8.
(spt sebiji kek bulat yg dipotong kpd 8 bahagian)

Potong bahagian bawah pulak tp jgn sampai terkena potongan yg dibawahnya tu.
Lebih kurang 1/3 jer dr panjang daun bawang.

Masukkan kedalam mangkuk berisi air.

Kalau nak buat bentuk gini, potong disebelah atas aje.

Buat sehingga habis dan biarkan ia kembang di dlm mangkuk berisi air tu.
Lagi lama duk dlm air lagi cantik kelopaknya terbuka.

Taraaaaaaaaa... siap!!! :)

Haa.... ada yg melopong tak? Tutup mulut tu ya, kang masuk che lat.. hehe.. Tu aje pembelajaran hari ni ya murid2. Kepada yg berminat boleh la mencuba. Biasanya org dulu2 guna cara ni utk buat hiasan kat meja pengantin. Simple aje kan.. Slmt mencuba.. Del, semoga puas hati ya.. Hutang dah berbayar :)

**Tak lama lg cuti sekolah kan, mesti banyak kenduri kawin. Ada yg bakal dpt menantu, ada yg bakal dpt adik ipar, biras ke.. boleh la guna kaedah ni utk nak menghias lauk pengantin. Buat yg simple2 jer, cam biasa yg K.Nor buat tu. Guna vegie/cookies cutter utk potong carrot dlm pelbagai bentuk, boleh buat bentuk anyaman pd timun dan jugak guna kaedah bunga daun bawang ni. Pastu guna la daun salad sebagai alas lauk pauk tu. Boleh tabur dgn daun bawang yg dihiris2. Selitkan sket daun sup kat tepi2 pinggan.. Tak perlu buat banyak2 pesen, nanti membazir gak. Jarang org makan hiasan2 ni walaupun sebenarnya boleh dimakan, kan. Dan dgn tu jugak, tak perlu la tempah org buat hias2 lauk pengantin, kita sendiri boleh buat. Lagi puas hati kan bila tengok hasil tangan kita tu. Insyaallah semua boleh buat benda2 gini. Mudah aje kan. **