f Secubit Garam: Mee Sanggul Goreng Kari

N3 Terkini

Tuesday, November 16, 2010

Mee Sanggul Goreng Kari

Menu berbuka semalam, sempoi jer. Saja2 bereksperimen dgn Mee Sanggul Melayu tu. Hasilnya cukup menyelerakan kat anak tekak K.Nor sekeluarga. Tambah lg dimakan panas2 masa berbuka. Sejak dah berkenalan dgn Mee Sanggul Melayu tu, mmg dah jarang buat mee guna mee kuning. Bila ada stok mee sanggul ni kat dapur, anytime rasa nak makan mee terus aje godek dgn apa2 jer bahan yg ada kat dlm esbok. Cik abg pun mmg suka sgt dgn rasa mee sanggul ni. Bila terasa lapar dan tak ada benda nak dingap, syok aje dia order, tak kira la dibuat stail hailam ke, sizzling ke.. Skrg ni dah tambah lg satu menu dia, Mee Sanggul Goreng Kari. Memang berbaloi buat stok mee sanggul ni kat dapur.


MEE SANGGUL GORENG KARI
~ K.Nor style

Bahan :
3 kpg mee sanggul melayu
udang (atau boleh guna isi ayam)
1 labu bawang besar ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 tangkai daun kari
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar rempah kari
5 bj cili padi ~ dihiris (lebihkan jika suka pedas)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis

kobis/sawi
1 bj tomato
1 bj telur
garam dan gula secukup rasa
sedikit air
minyak
daun saderi ~ dihiris
limau kasturi/limau nipis


Cara :
Rendamkan sekejap mee sanggul dan toskan.
Panaskan 1 sudu minyak dlm kuali dan pecahkan telur dlmnya.
Kacau goreng hingga menjadi scramble egg. Angkat dan ketepikan.
Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga layu.
Masukkan bawang putih dan daun kari, goreng lg hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan rempah kari dan cili padi.
Lepas tu bolehlah dimasukkan sos tiram, kicap manis, garam, gula dan sedikit air.
Masak hingga pecah minyak dan masukkan udang, kobis dan tomato.
Bila udang hampir masak masukkan pula mee yg dah ditoskan serta scramble egg.
Kacau dan goreng hingga mee masak.
Angkat dan hidangkan. Tabur hirisan daun saderi dan perahkan limau sebelum dimakan.
Selamat mencuba..

4 comments:

  1. akak manissss selamat hari raya nak tiru deh mee kari ni hehehe

    ReplyDelete
  2. Selamat Menyambut Aidiladha!!!~ ^_^

    ReplyDelete
  3. salam kak

    adoi,udang tu panggil saya hihi

    ReplyDelete
  4. mimi >> tiru jgn tak tiru adik manisss :)

    saiful >> slmt hari raya gak buat saiful dan isteri ya.. syok beraya tahun ni sejak jd sorang ayah? :)

    pia >> salam pia...

    wahhhh telinga pia super sonic ke? hihihi

    ReplyDelete