f Secubit Garam: Kek Ubi Kayu

N3 Terkini

Monday, November 8, 2010

Kek Ubi Kayu

Rasanya tak ada peneka yg tepat apa nama kek yg lap u lap me smlm kan. Sekali imbas tengok mmg cam Kek Oren spt yg Wan@Kalam Hati teka. Dan jugak bukan Sicillian Orange Cake spt yg Yatie teka. Salah dua2.. Ni adalah Kek Ubi Kayu! Mesti tak terpikir kan.. hehe Dah pernah buat dolu2 tp tak pernah lg post kat blog sbb masa tu belum ada lg Secubit Garam ni.


Musim2 hujan ni banyak ubi kayu yg terdampar tepi2 jalan kan. Masa ni la nak beli ubi2 ni. Selain dibuat sira, ubi rebus, ubi bakar boleh gak dibuat beka (talam ubi), wat kek pun boleh ni.. Resipi ni AlongRoz post kat MyR katanya dia dpt dr Mesra.net. Adunan asal menghasilkan sebiji kek yg besar. Pada sapa nk cuba dlm saiz yg lebih kecil boleh la guna resipi yg dah diejjas oleh CMGebu.

Ni resipi asal yg AlongRoz post kat Myr...

KEK UBI KAYU by AlongRoz

Bahan-bahan ( 9 inchi persegi )
1½ cawan (375g) Mentega
1½ cawan Gula Halus ~ k.nor guna 1 1/4 cawan
5 biji Telur
1½ cawan Tepung
½ tin Susu manis
1 sudu makan Baking Powder
3 cawan Ubikayu (sagat & tapis)
1 sudu makan Vanilla

Cara-cara
Pukul Mentega & Gula sehingga kembang. Masukkan Telur satu-persatu sambil di pukul. Masukkan Tepung, Susu pekat, Baking Powder sambil di pukul. Masukkan Ubikayu & akhir sekali Vanilla. Sedikit pewarna kuning jika suka.
Bakar 175 Celcius, selama 45-50 minit sehingga masak.


Dan ni resipi yg diejjas oleh CMGebu..

Bahan-Bahannya :-)
190 g mentega
160 g gula halus
3 biji telur gred A
120 g tepung gandum*
1/2 camca besar baking powder*(*digaul rata dan diayak)
420 g parutan ubi kayu, diperah airnya
1/4 cawan susu sejat
1/2 camca besar esen vanilla
1/2 camca teh pewarna kuning

Cara membuatnya :-)
Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran (8x8x3) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga permukaan kertas dengan mentega. Ketepikan.
Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang. Kemudian masukkan ubi parut tadi dan gaul rata.
Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu sejat hingga habis. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan esen vanilla dan pewarna kuning. Kacau hingga semua sebati. Tuang ke dalam tin kek tadi dan ratakan. Bakar selama 25 - 30 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sepenuhnya atas jaringan...

7 comments:

  1. sempoi ni, tak pernah makan lagi kek ubi kayu...yang bentuk love tu cantikk la...tengah memikir ni macam mana rasanya....

    ReplyDelete
  2. salam kak

    waaa kak,kepelbagaian resipi kek

    ReplyDelete
  3. salam K.nor..i luv the cake..hu hu nak sepotong boleh...kat sini asyik makan kuih seri muka je..makcik kantin ni dah takda kuih lain kot nak buat....hik hik

    ReplyDelete
  4. akheerrrnyeee....kuar gak nama kek tu. puas dok pikir smpai tertido-tido,ngeh3....

    ReplyDelete
  5. kak nooorrrr.. kepala toing toing ni nak jugak jengah blog kak nor kejapp..oooooo ada okra jugak dlm peti ais, tak tau lagi nak korbankan dia jadi apa..buat goreg bertelur mcm hari tu sedap jugak tu.hihi.kek ubi kayu..mm jap nak imagine rasa dia.uishh tak terjangkau.yg terjangkaunya cam bingka je..ish..ish..ish. pas ke sini skit kak norrrr

    ReplyDelete
  6. Salam K.Nor,
    Geramnya salah teka....mmng tak terfikir langsung kak ubi jadi kek....mcmana rasanya ya...setahu Yatie boleh wat bingka je....rasanya lembut mcm kek oren atau padat ke atau.....uish buat terliur jek....

    ReplyDelete
  7. mas >> rasa cam kek la mas, tak ada beza pun, sedap dan lemak2 gitu :)

    pia >> salam pia.. yep.. sedap nih.. try la kalau tak caya :)

    kerull >> haha.. salin resipi ni dan bg kat makcik kantin tu, suruh dia buat dan jual kek ni pulak hehe

    mimiey >> salah kan teka smlm tu.. agak2 ngigau tak ttg kek ni smlm :)

    izah >> ish sianyer puan misi nih, patient tak sembuh lg ya..

    bendi bersambal tu mmg best! menjilat jari jemari.. tangan jer la.. kaki tak yah ler :)

    sedap kek ni izah, tak rasa pahit ubi ke, tak rasa tak sedap ke.. yg pastinya mcm makan kek biasa2 tu.. try la. buat dlm small portion jer cam dlm resipi CMG tu ya

    yatie >> hehehe.. kan dah kata salah teka tu.. tak terlintas pun kek ubi kayu kan.. boleh yatie, boleh sgt2 wat kek. lembut, moist.. tp bukan jenis ringan la, padat sket sbb ada ubi yg diparut dlm tu kan.. tp tak la cam bantat, tetap lembut walau dah sejuk

    fuhhhh.. akak dah tiup tu.. biar berjangkit kat yatie hehe

    ReplyDelete