f Secubit Garam: Mee Kari

N3 Terkini

Thursday, November 4, 2010

Mee Kari

Wahhhhh... tak sangka sungguh!! N3 menu yg paling sempoi, yg awalnya K.Nor ingat tak ada sambutan... rupa2nya HANGAT gak weh... Tak sangka pulak ramai gak yg makan Nasi dgn Kuah Singgang berladung gitu.. hebat.. hebat! sampaikan org Singapore pun makan gitu gak ek.. hehe.. caya la Yat :) Dah la tu, jom kita ke n3 arini ya.. ^___^

Lamanyer tak makan Mee Kari. Sejak dua menjak ni mmg jarang2 sgt masak lauk2 bersantan. Kalau nak masak Mee Kari kena masak time Naim tak ada kat rumah. Dia kureng kalau lauk2 bersantan. Dia lebih gemar lauk air2, cam singgang, tumis air, sayur pedas dll. Kalau buat time dia ada, dia makan gak.. tapi tak bersungguh la. Kesian tengok dia kena perhabiskan mee kari tu, padahal dia kuat makan. Sbb tu kalau K.Nor dan yg lain2 nak makan mee kari kena time dia kat asrama. Rindu anak ku itu ...


Mee Kari ni K.Nor buat semalam. Siap ke pasar Chabang 3 pg semalam nak cari kerang. K.Nor suka kerang yg fresh dr beli kerang yg dah siap kopek yg beku tu. Rasa semacam jer kalau makan yg jenis gitu. Tak leh lalu kat anak tekak..

Mee ditimbusi gheter karun yg menimbun . ^___^

Mulanya ada 'sorang' tu, kata nak dtg rumah arini tp ntah camna tak sampai2 hihi.. Tak ada rezeki dia la nak menjamah Mee Kari K.Nor ni. Alhamdulillah.. ada sorang kawan rapat cik abg yg singgah rumah td, jd la rezeki dia. 

updated : special for Cik Tom@Tomato Gurl's Life & Ainonymous yg request resipi Mee Kari K.Nor ni. Slmt mencuba, semoga kena dgn taste masing2 ya.. *sukatan yg K.Nor buat ni agak banyak sbb K.Nor suka buat kuah banyak2 dan simpan 1/2 darinya dlm freezer. Next time nak makan, just panaskan balik, masukkan  ayam, udang, kerang dan sediakan bahan2 sampingan dan sedia utk disantap. Kuah yg nak disimpan tu tak perlu dimasukkan ayam/udang sebaliknya asingkan kuah sahaja sebelum masukkan bahan2 lain. Pastu 1/2 bahagian lg tu baru la dimasukkan isi ayam dll dan diteruskan proses masak.

MEE KARI K.Nor Style

Bahan2:
isi ayam, udang, isi kerang
fish/chicken ball
4 - 5 sudu cili mesin
5 - 6 sudu besar rempah kari
5 tangkai daun kari
3 sudu besar kicap
4 liter air
1 - 1 1/2 cawan santan pekat
air asam jawa
1 kiub pati ayam
sawi
garam secukupnya
1/2 sudu besar gula
minyak

bahan dikisar:
3 bj bawang besar
5 ulas bawang putih
1in halia

bahan sampingan:
mee kuning secukupnya
telur rebus
tauhu ~ digoreng dan dipotong
taugeh ~ rendam sekejap dgn air panas dan toskan (jgn lama2 nanti lecur)
daun saderi ~ dihiris
bawang goreng ~ jika suka
cili merah/cili padi ~ dihiris
limau kasturi/nipis

Cara2:
Panaskan minyak dan masukkan cili mesin. Tumis hingga garing.
Masukkan bahan2 yg dikisar dan goreng lg.
Bila hampir garing, masukkan serbuk kari yg dibancuh dgn sedikit air hingga menjadi paste.
Masak seketika.
Masukkan 1 cawan dr sukatan air dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan daun kari dan kicap.
Bila rempah dah pecah minyak dgn elok, masukkan air.
Masak hingga mendidih baru lah dimasukkan santan pekat.
Perlahankan api dan masak lg hingga mendidih.
Masukkan air asam jawa, kiub pati ayam serta garam dan gula.
Renihkan kuah lebih kurang 1/2 jam.
Asingkan 1/2 dr kuah utk disimpan dlm freezer (biarkan betul2 sejuk dulu).
Baki kuah yg 1/2 lg tu hendaklah diteruskan memasak dgn masukkan isi ayam.
Bila ayam dah empuk, masukkan udang, isi kerang, fish/chicken ball dan sawi.
Masak seketika lg hingga udang masak. (kaedah nak tau udang masak bila bahagian kepala dan ekor hampir nak bercantum)
Padamkan api.
Masukkan mee kuning kedalam mangkuk dan tuang kuah keatasnya.
Letakkan bahan2 sampingan dan mee kari sedia utk dimakan :)

* utk lebih sedap lagi, amik kepala udang dan rebus. toskan dan boleh la digunakan air tu. Kalau nak blend kepala udang dgn air tu pun boleh, lagi umph rasanya nanti :)
* k.nor lebih suka masukkan sawi kedalam kuah sbb kalau dicelur saja cam taugeh dan hidang asing2 gitu, biasanya anak2 tak makan. sekurang2nya kalau masukkan dlm kuah, zat sayur akan masuk dlm kuah :)



13 comments:

  1. chabang 3??org trg ke kak nor ni??cik tom selalu pergi sana..hihi..k.nor ade x resepi nak buat mee kari ni?cik tom nak belajar jugak..nmpk sedap..

    ReplyDelete
  2. mewahnya mee kari kak nor..rasa nak angkat jer mangkukk tu.....lepas tu cabutttt lari.....sambil bawa mee kari tu...he..he..

    ReplyDelete
  3. salam kak

    sedap nya mee kari :)

    kerang dah siap tu kadang2 bau kan kak...

    ReplyDelete
  4. che tom >> yep sy duk k.trg, kat pdg hiliran :)

    sori, mmg tak catit resipi sbb tiap kali buat mesti buat banyak kuah dan main campak2 jer. buat utk 2x makan, yg lebih tu simpan beku. lain kali nak makan, panaskan balik, masuk ayam/udang/kerang dan bahan2 sampingan jer.. senang dan cpt :)

    mas >> haha.. amik la mas, mangkuk tu pun mangkuk murah jer :)

    pia >> yep, berbau dan rasa semacam, tak fresh..

    ReplyDelete
  5. Salam K.Nor,
    Sedapnya tngk set mee kari akak tu....ada kerang tu yg buat Yatie kecur sangat...akak, ni Yatie bawakan set nasi serai...sedap kak resepi ayam beriani tu..terima kasih berkongsi resepi....lain kali Yatie dtng lagi cari menu2 yg mmng mabeles kat sini....

    ReplyDelete
  6. yatie >> salam yatie, alhamdulillah dah buat ya.. sedap kan ayam tu... ooo partnerkan dgn nasi serai gak ya.. tq2.. meh tukar2 dgn mee kari :)

    ReplyDelete
  7. oh akak..bestnya ada tmpt carik kerang fresh..kat srwk nih susah beno ler nak jumpa kerang fresh2 nih..kdg2 ada jual kat pasar ikan kat miri nun..harga cekik drh ok lg,tp kdg2 x fresh..huhu..
    sedap mi kariii..aritu nak buat x terbuat2 gak..huhu..bila nak buat nehh..

    ReplyDelete
  8. salam akak...

    lamenyeee x mkn mee kari...huhuhuu
    byk gheter pulok kt atas tuuu...

    ReplyDelete
  9. mee kari nak 6 set ya..
    marsya tak payah dia tak makan..
    nanti kita datang ambik..

    ReplyDelete
  10. kak noor x mo letak resipi ke? letak laaaaa...pleaseeeeeeeee.. :)

    ReplyDelete
  11. sue >> meh kita tukar2 dgn laksa sarawak nak :) teringin betul nak makan lagi laksa sarawak tu huhu

    cun >> salam liza, gheter menimbun baru best :)

    ayu >> wahhh 6 set!! ok.. jap ek nak packing.. kuah mesti nak lebeh2 kan.. jgn tak amik pulak, kang basi jer duk gitu hihi

    ainonymous >> aduss dek.. bukan tak mo tp akak main campak2 jer tuh.. insyaallah..nanti mlm k, akak try recall balik apa sukatan dan bahan2.. tp tak secara detail sgt la ya.. :)

    ReplyDelete
  12. Akak nak sepinggan mee kari kak... kuah ada lagi kan....

    ReplyDelete