f Secubit Garam: Ayam Masak Merah Beriani

N3 Terkini

Monday, November 1, 2010

Ayam Masak Merah Beriani

Smlm tengok Jun JC dah upload resipi Ayam Masak Merah Beriani ni, terus aje save sbb mmg dah teringin nak buat masa dia mula2 tayang menu ayam ni kat blog dia. Kebetulan bahan2 semua ada kecuali daun salam. Tak per la tak letak kan Jun tp kalau letak lg wangi kut.


Mesti nak tau camna rasa ayam ni kan.. Memang mabeles!! Best hingga menjilat jari, cuma tak sampai nak jilat kuali jer.. hihi tak sopan kan.. Try la buat Ayam Masak Merah Beriani ni.. insyaallah tak rugi mencuba.. Jun, tq sbb dah share resipi yg sangat sdp ni.. Boleh dibuat lg dan lg nanti.. insyaallah.. Akak kopipes kat sini lak ya.. tq..

AYAM MASAK MERAH BERIANI ~ Jun JC

1 ekor ayam- potong ikut suka dan gaul garam kunyit kemudian goreng lembap, ketepikan
2 helai daun pandan -simpul
1/2 cawan daun ketumbar dihiris
1 helai daun salam ~ k.nor tak letak
3 biji buah tomato- potong dadu besar2
1 btg kayu manis, 2 bunga lawang, 2 cengkih, 4 buah pelaga ( 4 sekawan)
Garam & gula secukupnya
1 cawan air ( kalu nk berkuah bole tambah air lagi)

Bahan kisar:
3 biji bawang besar
2 sudu besar pes bawang putih
2 sudu besar pes halia
4 sudu besar serbuk lada babas ( nk pedas letak lebih lagi)
2 batang serai
1/2 in lengkuas
2 sudu besar rempah briyani
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan kasar

Bahan sos:
1 cawan susu cair
1/4 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
6 ulas badam & 6 ulas gajus di kisar halus
2 sudu besar tomato puree
1 sudu besar madu

Hiasan:
Kacang peas ~ tak letak, tabur daun bawang jer


CARANYA:
Panaskan sikit minyak, tumis daun pandan, daun bay salam & empat sekawan hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar goreng hingga garing, masukkan buah tomato kacau rata, kemudian masukkan ayam gaul rata.

Masukkan bahan sos + dgn 1 cawan air ...juga masukkan garam dan gula gaul rata biarkan reneh hingga ayam betul2 masak. Akhir sekali masukkan kacang peas dan hirisan daun ketumbar gaul rata. siap.

* ralat: sebenarnya resipi ni bernama AYAM MASAK MERAH BERIANI, K.Nor dah tersilap letak nama masa mula2 publish n3 ni. Pada Jun JC tuan punya asal resipi ni, K.Nor susun 10 jari mohon ampun dan maaf atas kesilapan yg tak disengajakan ni. Mekasih..


4 comments:

  1. salam kak nor, tengok jer dah tahu mesti sedapp ayam beriani ni...masuk list...nanti nk buat gak...makan ngan nasi beriani sedap kan kak...

    ReplyDelete
  2. mas >> salam mas, mmg menjilat jari ni mas.. boleh gak kalau nak buat dgn nasi beriani

    ReplyDelete
  3. emm...sedapnyer set nasi ni kak...tambah2 ayam beriani tu...

    ReplyDelete
  4. ida >> alhamdulillah.. mmg sedap ni ida.. try la ya ;)

    ReplyDelete