f Secubit Garam: CHICKEN BOXING

N3 Terkini

Friday, April 27, 2012

CHICKEN BOXING

ETERNITY FOOD REVIEW 1

ASSALAMUALAIKUM...

Kita mulakan food review yg pertama utk masakan K.Nor yg telah keluar dlm Majalah Online ETERNITY edisi Mei 2012 spt yg telah K.Nor tayangkan kat entri INI iaitu CHICKEN BOXING. Bukan org jer pandai main boxing dan bukan kangaroo jer yg pandai main boxing tau, cik yam pun pandai gak hehe


Bagi yg tak tau cara nak membentuk chicken boxing ni bolehlah tengok cara2 yg ditunjukkan di SINI atau di SINI. Ada ditunjukkan cara 'melondehkan' isi ayam pada drummet tu.. hehe sori ya kalau bahasa yg kurang enak sket digunakan tu.. hehehe Selamat Mencuba ^___^

BOXING CHICKEN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
8 - 10 ketul kepak ayam
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar akar ketumbar yg ditumbuk
sedikit garam
1 biji telur ~ dikocok
serbuk roti secukupnya
minyak


Cara-cara:
Kepak ayam dipotong, ambil bahagian atasnya sahaja iaitu bahagian yg banyak isi (boleh juga dibeli bahagian drummet yg telah siap dipotong).
Hiris sedikit bahagian hujungnya dan tarik isinya ke bawah (jangan sampai putus). Ketepikan.
Tumbuk bawang putih hingga lumat dan campurkan dengan kesemua bahan lain kecuali telur, serbuk roti dan minyak.
Gaulkan hingga sebati.
Perapkan ayam bersama bahan-bahan tadi lebih kurang 30 minit.
Celupkan ayam ke dalam telur dan golekkan ayam pada serbuk roti hingga rata.
Kemaskan sambil mengepal isi ayam tersebut. Buat hingga habis.
Kemudian goreng ayam tadi dalam minyak yg telah dipanaskan.
Goreng hingga masak dan keemasan warnanya.
Angkat dan toskan.
Hidangkan Boxing Chicken ini bersama sos cili thai atau sos cili kegemaran masing-masing.

17 comments:

  1. kak nor..
    mas tak mo boxing2...
    nak ngendeng ayam tu..he3

    ReplyDelete
  2. mas >> hehe.. makyung tk leh boxing2 kang yg dlm tu boxing perut kang hehe

    ReplyDelete
  3. SAlam Kak Nor cayangg.. kenapa sedap na tu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. aloooolo Ds boxing2 tak mau ke heheeh best2 bila nak buat ni kena bayangkan muka orang yg nak kena boxing tu aci dok gitu

    ReplyDelete
  5. Perut ku tengah lapar.. tertiba macam nak makan ayam boxing ni pulak :o(

    ReplyDelete
  6. As'salam Nor

    ayat "melondehkan" tu macam seram aje erk..macam bunyi kain pelekat terlondeh aje..hahaha

    Tahniah dari ct ya Nor *wink*

    ReplyDelete
  7. sedapnya tgk boxing chicken tu...nk mintak la 2 ketuiii...hehehe

    ReplyDelete
  8. Err..kalau telondeh terus cemana nk lekat blk? Heee...xmola susah2...ai nk yg tu jelah dua ketoi...

    ReplyDelete
  9. Salam kak nor,
    Gigih nak melondeh ayam belum lagi la ekekele..
    Kak nor, ada lagi tak ayam tu?
    Ni dtg bwk pinggan kosong ni.

    ReplyDelete
  10. lodeh eh mak lodeh..
    lodeh anak pak saleh
    cucu osman janggut kaki lutut hingus meleleh!!..

    boleh Nor boleh tolak sampai boleh..
    kita naik semput lemah lutu kaki letih..

    hahahah meh ayam tinju 10 ketul..kita nak muay tahi dengan dia..hahaha

    ReplyDelete
  11. ahhhah salah buka tahi.lahh muay thai!!..tak senonoh betul kita ni kan..hahah

    ReplyDelete
  12. Liza bab nk melondehkan isi ayam tu yg fail terus....hihihihi
    best la tgk ayam tu dok posing...

    ReplyDelete
  13. faa penah buat ciken boxing ni...time blaja kat skola dulu..rase nk buat lg laa...hihi..sedapnyerrr

    ReplyDelete
  14. kak Nor, nak tumpang boxing juga ni...sedapnya kalau dapat meratah ni..:)

    ReplyDelete
  15. salam nor. Cik yam boxing orang lain yang kenyang hehe.. Cantik cikyam berposing.

    ReplyDelete
  16. memang cantik ayam boxing tu posing... nie nak cuba juga... anak2 pasti suka nie...

    ReplyDelete
  17. sha >> sedap? try la dulu baru tau sedap ke tak :)

    mimi >> boleh sgt2 gitu mimi.. hehhe

    rima >> kesian pulak, nak offer pun dah abis la rima :)

    ct >> hehee.. tang ke kain pelikat terlondeh la pulak!! :)

    tq kembali.. *wink* ^__^

    QH >> sori, hanya tinggal gambar jer :)

    chah >> kalau dah terlondeh terus, goreng jer la dlm bentuk bulat2 tu chah, jd la chicken ball :)

    TTM >> salam zana, dah abis la .. so tinggalkan aje piring tu kat sini utk k.nor buat koleksi ya.. :)

    ayu >> amboooiiiiiiiiii sakan nyanyi anita ehhhh ayu sarawak ni ya.. hehee

    hahahhaha.. tu la.. sakan sgt nyanyi tu.. sampai dah silap taip :)

    liza >> tak susah sgt pun, cuba tengok kat utube yg k.nor letak link tu ya.. :)

    faa >> slmt mencuba faa

    nieza >> mmg sedap.. sampai tak cukup anak beranak makan aritu :)

    ibundo >> w'salam.. hehe tu la.. sian cikyam kan :)

    diana >> yg k.nor ni versi simple jer D, tak mcm yg resipi D, lagi nampak menyelerakan :)

    ReplyDelete