f Secubit Garam: Kerutuk Ayam & Telur

Tuesday, May 31, 2011

Kerutuk Ayam & Telur

ASSALAMUALAIKUM...

Bersiaran lagi di petang yang mendung. Dari awal pagi gelap jer cuaca cam nak hujan. Plannya nak meroti, terbantut la pulak bila tengok cuaca gini. Tak per la.. meh layan Kerutuk Ayam & Telur. Masih lagi menggunakan telur kenduri kawin ni.. Hari ni dah abis dah.. esok tukar menu ikan la pulak. Tak leh makan telur manyak2, kan.. Ikan hari2 tak per.. Ayam? K.Nor kurang minat la ayam tp tetap masak sbb semua ahli dlm rumah ni minat ayam.


Semalam mmg plan nak buat kerutuk arini pastu Dayang bg idea buat Kurma Telur. Ok gak tu.. Pastu bila tanya Cik Abg nak makan kerutuk ke kurma, dia terus jawab nak kerutuk. Memang antu kerutuk tu, sama dgn si bongsu. Siap menambah2 nasi kalau pekena lauk kerutuk.

Kerutuk ni ada yg taip ejaan tu kerutuk, ada yg guna kerutup. Mana2 aje la ya, dua2 tu sama jer cuma berbeza dr segi ejaan hujung tu jer :)


KERUTUK AYAM K.Nor Style
resipi : K.Nor@SecubitGaram

1 ekor ayam ~ dipotong 4(nak potong kecik2 pun boleh)
3 sudu besar rempah kerutuk/gulai ~ bancuh dgn sedikit air panas
1 cawan santan fresh
1 cawan air
2 keping asam keping
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar kerisik
2 helai daun pandan
1 bj bawang besar ~ potong 4
2 bj cili merah ~ belah 2
nisan/gula melaka
garam
minyak

bahan penumis (rempah 4 beradik):
1 btg kulit kayu manis (dlm 2 in panjang)
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

bahan yg diblend:
1 labu bawang besar
3 bj bawang merah
5 ulas bawang putih
1in halia
1in lengkuas
1in kunyit hidup

Panaskan minyak dan tumis bahan penumis/rempah 4 beradik hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga sedikit garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng lagi dan masukkan rempah yg dibancuh dgn sedikit air panas.
Bila tumisan dah pecah minyak masukkan daun pandan, garam dan asam keping.
Masukkan ayam dan gaul sebati.
Biarkan rempah mesra kat ayam dlm 10minit baru la dimasukkan 1 cawan air.
Biarkan hingga mendidih.
Pastu masukkan santan fresh, nisan/gula melaka.
Masak hingga hampir pekat dan masukkan kerisik.
Masukkan bawang besar yg dipotong 4 dan cili merah yg dibelah 2.
Masaklah hingga ayam masak dan kepekatan yg disukai.
Hidangkan panas2.

* Jika nak letak telur dlm kerutuk:
kupas kulit telur yg dah direbus, belah sedikit telur (2 atau 3 belahan - hanya kena putih telur jer)
kemudian goreng dalam minyak yg panas hingga kekuningan
angkat dan toskan.
(telur perlu dibelah supaya tidak meletup semasa proses menggoreng)


# Kerutup ayam ni selain dimakan dgn nasi putih, sedap sgt dimakan dgn pulut kuning.
Selain tu best gak makan dgn roti.
Selain penggunaan ayam, boleh tukar kepada daging.