f Secubit Garam: Chocolate Bread Cake

Wednesday, May 11, 2011

Chocolate Bread Cake

ASSALAMUALAIKUM..

Ramai gak yg berminat dgn Chocolate Bread Cake ni ya.. Maaf lah tak leh nak post resipi awal2 tadi, maklum ler sibuk melayan mak daras duk sembang kat pesbuk.. Pastu sambung masuk opis pulak. Ni baru jer free sket.

Resipi asal Chocolate Bread Cake (CBC) dari buku DIY Home Bread. K.Nor ada buku ni tapi dah lama tak belek2 hehe.. Mek Siam pun ada rasanya. Disebabkan males nak menyalin aka menaip resipi tu kat sini, K.Nor kopipes jer dari rumah Hana.

Utk makluman, K.Nor tak ikut 100% resipi Chef Khoo. B
iasalah.. tak derhaka tak sah kan.. Ni yg K.Nor buat:
1. doh roti tu K.Nor guna Basic Doh
- K.Nor buat 1 adunan Basic Doh tapi tak guna semua, hanya guna 240gm jer doh tu. Lebihan doh tu bolehlah dibuat bun atau roti lain..
- berat doh ni bergantung pada saiz loaf pan yg digunakan, tak leh guna banyak sbb nanti doh tu akan mengembang dan kalau kita bakar nanti, adunan kek akan melimpah ruah.
- seeloknya doh tu hanya 1/5 dr tinggi loaf pan yg digunakan.


- doh biasanya akan dibiarkan mengembang 2x ganda, pastu time bakar nanti akan naik lagi kan sbb tu JANGAN letak lebih dr 1/5 tinggi loaf pan melainkan loaf pan anda tu jenis yg tinggi.
- terpulang pd citarasa masing2 nak bentukkan doh ni sebelum diletakkan dlm pan tapi sebolehnya biarlah doh tu memenuhi ruang bawah pan bila ia dah cukup mengembang, sebelum dituangkan adunan kek dan dibakar supaya adunan kek tak turun ke bawah atau celah2 adunan roti.

2. Untuk adunan kek
- K.Nor edit sket jer tang sukatan tu. Dlm resipi perlukan 2 biji telur A. Kebetulan tak ada stok telur A kat rumah yg ada telur B jer. Jadi K.Nor kurangkan sket sukatan tepung kek@sponge mix (dlm warna merah kat resipi).
- terpulang la pada kerajinan masing2, nak guna sponge mix yg readymade kat kedai baking atau nak godek sendiri cam yg Hana buat tu. (resipi yg Hana buat ada kat bawah). Rasanya banyak adunan kek yg terhasil kalau guna resipi tu sbb 5 bj telur tu.. :) Rasanya kek yg bakal dihasilkan akan lebih banyak sbb tu adunan utk sebiji kek spt yg Sweet postkan kat MyResipi.

3. Dengan menggunakan loaf pan saiz 9 1/2" x 5 1/4", adunan doh seberat 240gm yg digunakan dan adunan kek yg K.Nor buat tu, ngam2 jer hasilnya. Adunan kek pun just nice, tak melimpah ruah. Adalah digalakkan menggunakan loaf pan yg tinggi sket, kalau rendah, kurang cun :) Ingat tau, JANGAN letak doh roti lebih dr 1/5 dr tinggi loaf pan supaya kek tak membuak2 muntah dr loyang hehe Cam IKA dan UMMI kena tu :)

Harap2 dapat faham la ya apa yg K.Nor terangkan ni, kalau tak faham gak, sila tanya kat ruangan komen ya... Slmt mencuba CHOCOLATE BREAD CAKE yg sangat sedap ni... :)


CHOCOLATE BREAD CAKE
Resipi : Chef Khoo See Yew of DIY Home Bread
Sumber : Hana & K.Nor

(utk adunan roti K.Nor guna Basic Doh + 1 sudu besar chocolate emulco)

BAHAN A :
300gm high protein flour
5gm susu tepung
3gm bread improver
10gm serbuk koko

BAHAN B :
50gm gula castor
1/2 tsp garam halus
1/2 biji telur
180gm air sejuk
7.5gm yis segera
1/2 tsp choc emulco


BAHAN C :
15gm butter
15gm shortening

ADUNAN KEK :
2 butir telur gred A ~ k.nor guna telur B
150gm sponge mix perisa vanilla ~ 130gm
30gm air
2.5gm esen pandan
60gm minyak jagung/minyak masak ~ k.nor guna butter cair
**Putar kesemua bahan adunan kek dengan kelajuan tinggi selama 8 minit sehingga kembang dan gebu.

CARA-CARA:
1. Dalam mangkuk pengadun, campurkan semua Bahan A. Gaul seketika.
2. Masukkan semua Bahan B ke dalam Bahan A. Adun sehingga menjadi doh. Masukkan Bahan C dan terus putar hingga menjadi doh yang lembut dan elastik. Boleh uli guna tangan atau bread maker.
3. Bulatkan doh, tutup dengan plastik dan perap selama 30 minit.
4. Tumbuk doh untuk membuang udara. Bahagikan doh kepada dua bahagian.
5. Gelek leper dan gulung pada dua bahagian yang bertentangan.
6. Lengserkan dengan butter 2 tin loaf berukuran 4" x 4" x 6". Masukkan satu doh yang telah digulung tadi. Biarkan doh naik dua kali ganda.
7. Tuang adunan kek ke atas doh roti yang telah kembang tadi.
8. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25min - 30min.

~~~~~ *** ~~~~~

KEK SPONGE
resipi asal : Sweet4ever MyR

Bahan-bahan
150g tepong super fine (boleh guna tepung gandum)
150g gula kastor
5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalette
80ml air
80ml minyak / mentega cair
1 sudu teh choc emulco
1 sudu teh serbuk penaik
sedikit pewarna coklat

satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.