f Secubit Garam: Chocolate Filling (Versi Edit)

N3 Terkini

Thursday, May 12, 2011

Chocolate Filling (Versi Edit)

ASSALAMUALAIKUM...

Masih ingat lagi sebelum ni K.Nor dah pernah post n3 Chocolate Filling, resipi yg diambil dari dapur Anna Qawina? Rasanya dah 3x K.Nor buat filling ni. Luqman dan Naim suka sgt filling ni bila disapu pada roti. Haaa... nak beritau dulu ya.. Rasanya kalau ikut resipi asal tuan empunya filling ni, K.Nor rasa filling ni lebih sesuai digunakan sebagai sapuan/spread pada roti sbb ia tak pejal sangat. Kalau nak buat filling utk bun, roti ke mmg agak payah masa nak membentuk bun tu. Jadi masa bersembang dgn Mek Anna tu kat pesbuk kita org plan nak edit sket kat resipi utk memekatkan filling tu bagi memudahkan kerja membentuk bun. Tapi rasanya kalau nak buat filling utk apam ok jer kalau guna resipi asal ni. Cara yg mudah, letakkan dlm piping bag atau bag plastik bersih dan gunting bucu pastu paipkan aje masa letak filling kat apam tu. (Mengikut kata Anna, tuan asal resipi mmg gunakan filling ni sbg filling bagi apam, dgn kaedah letak dlm piping bag sbb tu tekstur filling ni agak cair la..)


Jadi sapa2 yg nak buat filling utk bun boleh lah try resipi yg dah K.Nor ejjas sket kat bawah ni.. Mekasih pada tuan asal resipi dan Anna Qawina..

CHOCOLATE FILLING (versi edit)
kredit pada tuan resipi asal : Puan Azlina Alias
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
250ml susu sejat
180ml air suam
180gm gula castor
60gram serbuk koko
60gram tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum (yg ni k.nor tambah)
60gram mentega
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :
Campurkan kesemua bahan kecuali vanila dan mentega.
Kacau dgn menggunakan handwisk hingga sebati atau boleh juga kalau diblend.
Panaskan atas dapur dan hendaklah sentiasa dikacau hingga pekat.
Masukkan mentega dan vanila.
Kacau lagi hingga sebati dan pekat.
Padamkan api dan sejukkan sebelum digunakan.


8 comments:

  1. kak nor.. yaya ambik resepi dulu ye .. nanti kalau dah merasa nak makan sangat baru buat ..hihi

    ReplyDelete
  2. Assalamulaikum Nor

    kalau nak sapu pada kek pun boleh kan, maksud ct untuk layer tengah kek bila kita potong dua kek tu, ibarat macam letak inti gak lah.. boleh juga ehh.. macehhh cikgu Nor bagi resipi yang sangat sedap ni :DD

    ReplyDelete
  3. Lupa pulak nak tanya.. kalau simpan dalam peri ais tu berapa lama boleh tahan erk Nor..

    ReplyDelete
  4. kak nor, mas pun dah banyak kali buat choc filling ni...
    best kan...

    ReplyDelete
  5. huhu..saya buat jugak utk kesekian kalinya tp malas tol nak boh lam blog..kihkih....mintak sikit kak nak makan dengan biskut..hehe

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikumn kak Nor..salam perkenalan ..selalu jenguk dapur akak..saya dah buat filling coklat ni memang sedap,anak2 pun suka..terima kasih kak berkongsi resepi..

    ReplyDelete
  7. Ambik masuk list..Heeeee..Thank's kak ....

    ReplyDelete
  8. nak try la, kak nor..
    tq sudi berkongsi..

    ReplyDelete