ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdulillah... Pagi ni dah keluar balik 2 n3 terakhir yg kena telan semalam. Pastu terus sign in dan dapat masuk. Ni yg amik peluang mengupdate dgn Puding Roti yg dah jadi baja. Akan ada banyak lagi n3 tertangguh selepas ni. Rasanya bukan K.Nor sorang tapi majoriti blogger yg akan buat gitu sbb masing2 alami masalah dgn Blogger.com yg sedang upgrade maintenance ke upgrade sistem ke.. Ni pun tak pastilah Blogger.com dah benar2 pulih, takut wat hal lagi lepas ni. Harap2 dah betul2 pulih la ya...
Meh cuci mata dgn Puding Roti yg dibuat gara2 terliur tengok Hani buat Puding Rotinya beberapa hari sebelum ni. Sebelum Hani tayang Puding Roti tu mmg dah pasang niat nak buat tapi asyik tak sempat jer. Roti cepat habis lately disebabkan adanya Chocolate Filling yg jadi kegemaran Naim dan Luqman.
BUTTER BREAD PUDING Dgn SOS KASTARD
resipi : K.Nor@SecubitGaram
10 - 12 kpg roti
butter secukupnya
500ml susu fresh
4 sudu besar gula halus
3 bj telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung
sedikit kismis dan choc chip
Sapu roti dgn butter dan potong .
Susun ke dlm loyang yg dah digriskan.
Masukkan susu, gula, telur, vanila dan tepung jagung ke dalam sebuah bekas dan kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan ni ke atas roti yg dah disusun td dan biarkan meresap lebih kurang 10 minit.
Taburkan kismis dan choc chip ke atas roti td. (kalau nk letak kismis dan choc chip ni selapis demi selapis masa menyusun roti pun boleh jugak.. terpulang la ya)
Bakar puding roti dm oven yg dah dipanaskan (175 -180C) lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.
Sejukkan seketika baru lah di potong dan dihidangkan begitu saja atau dgn sos kastard.
SOS KASTARD
resipi : K.Nor@SecubitGaram
1/2 tin susu cair
1 tin air (guna tin susu cair)
3 - 5 sudu besar gula ~ ikut kemanisan sendiri
1 sudu tepung kastard
1 sudu tepung jagung
1 helai daun pandan/1/2 sudu esen vanila
secubit garam
Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masak lah sehingga sedikit pekat.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
Sejukkan dan bolehlah dihidangkan bersama Puding Roti.
Makan dgn eskrim pun sedap! ^__^


Assalam kak nor,pagi2 dah nmpk puding roti,sedapnya..
ReplyDeleteSalam K Nor,
ReplyDeleteWahhh...ni pekena morning tea best ni. Padahal baru je breakfast dah pikir morning tea hehe
kaknor.. dah boleh log in ye? saya tak leh.. punah la blog saya tu dah gamak nya..huuhuh.. meh bagi semangkuk puding ni. eskrim lebih ye kak nor.. stresss
ReplyDeleteSalam Kak Nor..
ReplyDeleteAlhamdulillah dah bleh log masuk..lega rasanya...Sue Nak mintak puding roti ni pun..tentu dah habis kan...Tak pa..bg eskrim tu tuk sue pun ok gak...hehehheee
Salam kak nor
ReplyDeletehemm sdp ni lama juga x wat puding casted roti ..ada gak terpikir dua tiga hari..tup tup pg ni kak nor dah tayang ...
ingat ptg ni leh le buat uk sarapan ptg kan time cuti ni..try resepi akk pulak leeee
Assalammualaikum kak
ReplyDeleteAlhamdulillah dh dpt log in,n3 yg hilang pon muncul blk..sedih kejap
ni dah ok
sedapnya mkn dgn sos kastard :)
kak nor...mas pun dah lama tak buat puding roti ni..
ReplyDeletesedappnya tengok.....
letak sos kaastard tu yg best kan....
aduhai..sedapnya resepi ni..mia pun nk kena buat nie..
ReplyDeleteklik all nuffnang
sos kastard??? waahhhh sya mmg antu sos kastard hihihi... amboiiii! tak baik mkn sekrim dgn puding nanti batuk2 :D wakakaka.. kasi lebih2 sekrimnyer ya kita tunggu nii :D
ReplyDeletewaaahhhh sedapnyerrrrrrrrr...nakbuat, nakbuat
ReplyDelete