f Secubit Garam: Agar-Agar Karamel

N3 Terkini

Monday, May 9, 2011

Agar-Agar Karamel

ASSALAMUALAIKUM...

Satu lagi adegan malam pertama bagi silicon mould, hadiah pemberian sorang adik yg nun jauh di mata tapi dekat di hati. Dah biasa dgn Puding Karamel kan.. Kali ni K.Nor buat Agar-Agar Karamel.. eh... dah pernah posting.. 2x dah rasanya.. Nak buat Agar-agar Karamel ni mudah jer, tak perlukan sebiji telur pun. Yg digunakan adalah serbuk agar2. Sebab tu dinamakan agar2.


Resipi ni K.Nor ambil kat dapur TiffinBiru. Ada sedikit edit memandangkan Che Mat buat guna serbuk jelly dan K.Nor guna serbuk agar2. Jadi K.Nor perlu lebihkan air sbb kalau guna serbuk agar2 ni tekstur puding kita lebih pejal daripada menggunakan jelly.


AGAR-AGAR KARAMEL
sumber : CMG
sumber: K.Nor@SecubitGaram

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 g serbuk jelly ~ k.nor guna serbuk agar2 10gm
600 ml air ~ k.nor lebihkan 120ml
300 ml susu cair
120 g gula halus ~ k.nor letak 5 sudu besar aje
1 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla
1 cawan gula pasir * ~ k.nor guna 3/4 cawan
3 camca besar air*(*untuk karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)
Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati2 tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar2.

Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. Satukan gula, air dan sebuk jelly/serbuk agar2, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.

Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar2 dan isi dalam piring, hidangkan dingin...

# bila guna serbuk agar2 kena lebihkan air, sbb tekstur puding jd keras sket
## dlm adunan puding k.nor kurangkan sukatan gula sbb dah ada rasa manis dr karamel
### kalau masak guna serbuk agar2 tak perlu masak lama bila dah letak adunan susu + kastad sbb serbuk agar2 tu akan buat adunan akan pejal tak seperti kalau guna jelly


19 comments:

  1. waduh..kok baru jenguk ayam kasmir..udah bertukar agar2.. panas2 gini yg best layan puding2 sejuk kan..

    ReplyDelete
  2. Comelnya guna mould baru tu...makan sejuk2 pasti nyaman ni...

    ReplyDelete
  3. nor,akak tak dapat buat ni nor sebab takde silicon mould tu.hahaha
    mlm2 ni sakat2 nor baru best..kan nor kan?..kan?..
    takde telur ya..mmmm..leh simpan resepi ni..

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum kak


    sesuai utk pia yg x ckp toys ni,hihi

    ReplyDelete
  5. adus nyaman jer terasa..harus dicoba ni..tanpa telur tu lagi bagus

    ReplyDelete
  6. Assalam kak nor,masuk umah akak jer semua terliur..Kak leh dpt gelaran RATU DESSERT lah..Mmg semua dessert akak sempoi..

    ReplyDelete
  7. k.nor ..meh ler suapkan puding yg lembut2 tu ke mulut org yg sakit niii...;p

    ReplyDelete
  8. wah sedap nya agar2 karamel tu akak....

    ReplyDelete
  9. uh!sedap nyer! =0).
    terliur nengok...bila la saya ada masa nak buat agar2 karamel ni...asyik tak sempat...kesempitan masa sejak dua menjak ni..

    ReplyDelete
  10. serbuk agar-agar...serbuk jelly...tak sama ehh??? kompiuss..

    ReplyDelete
  11. sedapnya makan time panas-panas ni

    ReplyDelete
  12. Musiam2 panas ni memang sesuai kan makan agar2....

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum...

    izah >> dari yg panas2 kita tukar ke yg sejuk2 la pulak.. baru syok :)

    naz >> mmg best guna SM ni.. senang nak keluarkan dessert dlmnya.. licin jer :)

    k.nim >> yer la tu.. seru dan seru la k.nim, kut2 ada yg terseru nak hadiahkan k.nim gak SM tu.. hehe

    pia >> meh la pia, kita tambahkan toys.. bukan anak2 jer nak ada toys.. org tua pun suka apa collect toys gini hehe

    ReplyDelete
  14. lina >> yep, tanpa telur .. rasa pun cam agar2 tapi sedap :)

    zaliedana >> uishhh rasanya belum layak tu.. org lain lagi terror buat dessert :)

    k.nor mmg suka buat yg simple aka sempoi..kalau yg leceh2 ni, sesekali tak per :)

    pia >> sian dia.. minum air kosong banyak2 ya.. panas dalaman tu.. JGN minum yg berais! :)

    diana >> meh la cuba diana :)

    vivi lim >> bz sgt ya.. cool down sket :)

    anounymous >> pls, letak nama lepas komen ya.. senang nak tau sapa yg komen..

    serbuk agar2 dgn serbuk jelly mmg lain.. serbuk jelly lebih kenyal2 gitu

    che mat >> betul2.. mmg sesuai! meh che mat, tukar dgn agar2 santan gula melaka :)

    ReplyDelete
  15. kak nor...macam mana mas tak perasan n3 akak ni..he..he..
    wahhh..cantik la puding tu....
    lama dah mas tak buat puding caramel..sedappnya tengok...

    ReplyDelete
  16. mas >> ni versi agar2 bukan yg puding karamel biasa yg guna telur tu..

    wanieyra >> sori2 terlepas pandang komen ira td..

    meh la ira, ada seketul dua jer lagi ni :)

    ReplyDelete
  17. uishhhhhhh pekena agar2 masa tak berselera pun boleh berselera jadinya

    ReplyDelete
  18. cute nya.. dpt makan tu mesti best.. sejuk je rasa kan k.nor.

    Pelakon Aimi Jarr Meninggal Dunia

    ReplyDelete
  19. Suka laa tengok agar2 karamel ni..comel!

    ReplyDelete