f Secubit Garam: Majlis Pernikahan Hajar

N3 Terkini

Sunday, May 22, 2011

Majlis Pernikahan Hajar

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. Segala yg dirancangkan telah berjalan dengan baik. Semalam adalah Majlis Akad Nikah Hajar, SIL K.Nor yg pernah K.Nor tayang Majlis Pertunangannya dulu. Majlis diadakan secara sederhana namun meriah dgn kehadiran keluarga terdekat ke dua2 belah pihak. 

Acara akad nikah dilangsungkan di Masjid Manir, Kuala Terengganu pada pukul 3ptg. Setelah selesai akad nikah, tetamu dihidangkan dgn juadah yg ditempah dari Shita Catering (mekasih banyak2 Shita dari K.Nor dan keluarga mertua K.Nor) dan laksa penang yg disediakan oleh MIL K.Nor. K.Nor cuma amik bahagian dlm penyediaan dessert (Puding Balqis, Agar2 Santan Gula Melaka dan Red Velvet Cupcakes).


Tak banyak gambar2 yg ditembak semalam sbb cameraman menjadi wali pada pengantin perempuan. Layan jer ya sedikit gambar sekitar Majlis Akad Nikah yg telah berlangsung di Masjid Manir ya... Nak mengarang pun otak dah blurr semacam jer.. Badan masih penat tapi masih ada projek yg perlu dilaksanakan kejap lagi ni..


Nak enterpreme Red Velvet Cupcake yg deconya hentah apa2.. Kes nak cepat, tak sempat dah nak buat rossette. Nak shoot gambar RV CC ni atas cupcake stand tun tak sempat sbb balik dr masjid tetamu dah nak start makan. Gambar puding2 pun tak sempat shoot gak. Gambar cupcake ni pun shoot masa tengah duk deco2 sebelum bertolak ke rumah MIL.

7 comments:

  1. Tahniah nor..dan selamat pengantin baru buat hajar dan pasangan.

    ReplyDelete
  2. Tahniah dan selamat pengantin baru utk SIL K.Nor..patutla rushing sgt kNor semlm:)

    ReplyDelete
  3. alhamdudillah...semuanya berjalan lancar...
    selamat pengantin baru buat SIL kak nor tu....

    ReplyDelete
  4. apa ye tudung budak budak tu pakai dah macam sister tiru yunalah tu sensitiflah sikit

    ReplyDelete
  5. kek tu serius comelll hee.

    selamat pengantin baru anywaysss :))

    ReplyDelete
  6. Tahniah kak nor - cake tu tetap nampak cantik :)

    ReplyDelete