f Secubit Garam: Puding Coklat Sos Kastard

Sunday, May 29, 2011

Puding Coklat Sos Kastard

ASSALAMUALAIKUM...

Haishhhhh... bila dah lama tak menghapdet, mood dah melayang betul.. Masuk opis pun masak2 yg ala kadar jer. Untuk entry malam ni K.Nor nak tayang dessert yg K.Nor buat utk Makan Beradap masa Majlis Perkahwinan Hajar baru2 ni. Untuk hidangan makan beradap yg lain K.Nor tak terlibat pun sbb K.Nor banyak duk uruskan bahagian jamuan tetamu. Yg dessert ni pun last minute diminta oleh MIL utk sediakan. Pagi Khamis tu sambil duk sembang dgn Izah mencari idea utk buat dessert yg mudah disediakan dgn bahan2 yg sedia ada kat dapur. Nak buat Lychee Panna Cotta mulanya tapi tak ada stok laici. Nak ke kedai (walaupun gergasi duk sebelah pagar jer) mmg terasa kurang rajin sungguh, letih traveling (mlm tu baru balik dr Puchong) belum hilang lagi rasanya. Akhirnya decide buat Puding Coklat Sos Kastard by Dayang. Nak sediakan puding ni mudah jer lagi pun hasilnya sangat memuaskan selera. Anak2 K.Nor pun suka dgn rasa puding yg enak ni tambah lagi bila dimakan sejuk2.


Thanks Dayang, dgn resipi ni dapat lah K.Nor buat dessert utk Makan Beradap tu.. :)

PUDING COKLAT SOS KASTARD
resipi : Dayang Jack
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Puding Coklat :
10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
500 ml susu segar (k.nor lebihkan 100ml)
250 ml susu cair
100 ml air
3/4 cawan gula pasir
2 sb susu pekat
2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
1 sb tepung kastard + 2 sb air
1 sb mentega
1 sk esen vanilla

Cara-cara :
Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan Sos :
2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
2 sb tepung kastard
4 sb gula pasir
1 sk esen vanilla

Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.

Yg ni utk santapan anak2 ^__^