f Secubit Garam: Daging Masak Hitam Ala Mamak

N3 Terkini

Friday, May 20, 2011

Daging Masak Hitam Ala Mamak

ASSALAMUALAIKUM..

Salam di penghulu hari.. Hari ni tak leh pot pet banyak2.. ada banyak agenda yg bakal dilaksanakan petang ni. Bakal bermaraton sekejap lagi kat dapur. Layan Daging Masak Hitam Ala Mamak ya hari ni. Resipi dari dapur Zaliedana yg duk kat utara nun. Mekasih Siti (nama betulnya ni hehe), tak sia2 K.Nor save resipi ni aritu. Memang sedap! Boleh dibuat lagi lepas ni.. insyaallah..


Izinkan K.Nor share resipi tu kat sini pulak ya utk mudah dijadikan rujukan K.Nor di kemudian hari.. Mekasih.

DAGING MASAK HITAM ALA MAMAK
resipI: Zaliedana
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
Daging Dipotong nipis( dalam 400gm kot)
1Biji kentang di potong 6

Minyak Masak
Rempah 4Sekawan

Bahan bertanda* Dihiris nipis n digoreng hingga layu n baru diblend halus..
* 6tangkai Cili Kering Dibelah 2,buang biji n Direndam seketika supaya lembut(Nak Pedas,leh letak lebih)
* 2Ulas Bawang Putih Dihiris Nipis
* 6Ulas Bawang Merah Dihiris Nipis
* 1 Inci Halia Dihiris Nipis
* 1Sdt Jintan Manis(Biji)
* 1Sdt Ketumbar(Biji)

Bahan B
1Batang Serai Diketuk
2Sdb Tomato Soup Kimball
1Sdb Tomato Puree
6Sdb Kicap Masin Cap kipas Udang
5Sdb kicap Manis Cap Kipas Udang
1Sdb kicap ABC
Garam Gula n perasa jika perlu.tapi aku xletak dah..

Bahan C
1Sdb Minyak
2Ulas Bawang Merah Dihiris Nipis
1Ulas Bawang Putih Dihiris Nipis
Daun Kari


Cara-cara
Goreng bahan bertanda* dengan sedikit minyak hingga layu & naik bau kemudian blend hingga halus dengan menggunakan sedikit air & minyak gorengan tadi..
Dalam mangkuk@bekas yg sesuai, perapkan seketika bahan kisar & sedikit daun kari bersama daging yg dipotong nipis.
Panaskan kuali, masukkan daging yg diperap, kentang & semua bahan B.
Biarkan masak dalam api perlahan supaya pecah minyak.
Setelah daging & kentang empuk, perasakan dengan gula,garam.
Ttutup api, letakkan dalam pinggan yg sesuai dan ketepikan dahulu.
Dalam kuali yg lain masukkan minyak, tumis bawang merah, bawang putih hingga kekuningan.
Setelah itu, masukkan daun kari, kemudian tuang terus ke dalam pinggan daging tadi.
Bolehlah dihidangkan bersama nasi@roti..

* K.Nor tambah 2 sudu besar cili mesin


13 comments:

  1. sedap...sedap...sedap lg kalo antar sini skit..huhuuh

    ReplyDelete
  2. kak sedapkan dengan nasik panas2 pun dah cukup

    ReplyDelete
  3. hmmm nyummy hitam itu menawan...
    tgk daging hitam ala mamak nih..terus teringat kat Pelita hihih..

    ReplyDelete
  4. kat CB~ tun penah gi mkn kt Pelita. hehe.. (tu pun nk ckp jugak ke? ;p )
    nmpk sedap laa, walaupun tekak tun ni xberapa nk blh telan daging. hihi

    ReplyDelete
  5. ayoyoyo...antara bangga dan kecik hati si mamak bila kehitamannya di upgrade.wakakaka...

    ReplyDelete
  6. sedapnya kak...makan lak ngan nasik panas2...wah terangkat nih...ada pulak cili potong...slurrppp...=)

    ReplyDelete
  7. mas pantang tengok daging masak gini...
    maunya meleleh air liur......

    ReplyDelete
  8. as-salam kak nor
    wah..sedapnya daging masak hitam tu..on my list lah ni...

    ReplyDelete
  9. wahhh kak nor,ni memang my fav ni...saya pun suka msk gini...ala-ala lauk nasi kandaq gitu kak...alahai teringat lak nk blk mkn nasi kandaq..hehe

    ReplyDelete
  10. Assalam Kak nor,time kasih yer sudi try resepi nih..Ok ke ngan selera akak..Nmpk yg akaknyer lagi sedap la,hehe..

    ReplyDelete
  11. Nor....kak cek kalau daging masak cam gini...memang suka la sgtnya....

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum..

    buat semua yg baik hati yg dah mengomen kat sini.. maaf ya tak leh nak reply satu persatu.. masa amat mencemburui diri ku ni.. huhu.. nak lepas penat dulu.. dah tak larat rasanya ni..

    alhamdulillah.. masakan daging ni saaaaaangat sedap.. mmg menjilat jari.. cik abg k.nor dan anak2 mmg suka dgn rasanya tu.. try la bagi sapa2 yg suka masakan daging ala mamak gini.. mekasih siti@zaliedana yg sudi berkongsi resipi yg sedap ni.. :)

    ReplyDelete