f Secubit Garam: Projek Hari Guru

Monday, May 16, 2011

Projek Hari Guru

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. dapat gak memenuhi hajat anak2 (Aisyah dan Luqman) yg inginkan si emak menyediakan juadah/buah tangan buat dijadikan hadiah kepada cikgu2 dia org hari ni. Utk si Luqman ada extra sket, dia nak bawak kuih utk jamuan di kelasnya.


Ni lah hasil projek yg bermula dari pukul 5 petang dan siap packing hampir2 pukul 12 tgh mlm. K.Nor stop pun utk solat Maghrib jer.. dinner mmg tak yah cakap ler.. sambil2 tu jer duk minum air.. Dengan cuaca yg agak panas skrg ni.. perut kenyang dgn minum air bergelas2.. Peluh..... hummm... basah lencun baju dan kain batik.. hehee...


Pagi smlm K.Nor ke kedai mencari bekas yg diperlukan. Kalau ikutkan ada satu bekas yg ngam2 saiz dgn bronis yg akan letakkan tu tapi bekas tu rendah. Tak boleh nak letak 2 layer. Nak tak nak terpaksa amik yg besar sket ni.. Nampak ler janggalnya bila bronis tu kecik, K.Nor potong tu ngam2 satu loyang 10" x10" dpt 16 kpg bronis dan 16 keping CB. Kalau potong 3" setiap satu bronis tu cuma dapat 9 kpg jer nanti, tak cukup pulak nak hasilkan 20 gift semuanya.. Nak bakar 1 loyang lagi CB dah tak larat rasanya, lagi pun dah agak lewat, nanti CB tak cukup sejuk, bila dipotong, berderai pulak jadinya.


Semua bekas K.Nor beli 20 kotak, 12 utk Aisyah dan 8 utk Luqman. Memang dia org dah set nak banyak tu. Utk Aisyah, semuanya spt dlm gambar tu.. 1 kpg bronis dan 1 kpg CB. Utk Luqman pulak, 1 kpg bronis + 2 bj apam dan satu jenis lagi 1 kpg CB dan 2bj apam. Ngam2 cukup 20 kotak.. legaaaaaa... Lepas dah masukkan dlm kotak dan stapler, masukkan pulak dlm paperbag.. oppsss... lupa nak shoot gambar paper bag!

Ni lah dia bronis yg K.Nor buat.. 2 adunan utk bronis ni..


Yg ni pulak hasil godekan si anak dara. K.Nor cuma pantau jer tengok dia sukat bahan2 dan membancuh adunan.. cantik tak? Ada yg nak booking? hehehehe...



Ni pulak tempahan si Luqman dari mula2 K.Nor buat Apam Yogurt aritu. Awal2 dah cakap, kalau ada jamuan kat sekolah, dia nak K.Nor buatkan apam ni utk dia.. nak banyak2... Mulanya plan nak buat 2 adunan jer bila tanya dia nak bawak berapa biji, dia cakap nak 50 biji! wahhh anakku.. mau pingsan si emak dengar! Nasib baik ada 4 bekas yogurt dlm esbok. Telur no hal sbb mmg beli lebih.. Terus aje godek apam lepas solat Maghrib. Nak buat awal2 boleh aje, tapi dah dia nak buat jamuan kan pagi ni, takut tak elok jer apam tu lama2. Tapi skrg ni dah pukul 11pg lebih ok jer apam tu.. masih lembut dan sedap! Apam ni K.Nor buat 3 adunan, setiap satu adunan lain perisa. Batch pertama, perisa coklat, masuk aje apam dlm kukusan utk 2nd trip mengukus, terus godek batch kedua perisa strawberi. Pastu batch ke 3 perisa blueberi. Semua sedap! Cukup puas hati mengapam semalam.. semuanya tersenyum lebor... merekah berjambak2... Alhamdulillah.. Utk makluman sapa2 yg nak tau, satu adunan Apam Yogurt ni boleh menghasilkan 28 bj apam dlm saiz cup yg mcm dlm gambar tu ya (cup sedang)

Ok lah.. dah penat mengarang ni.. penat marathon smlm pun terasa lagi. Masuk tidur pukul 1pg.. tersangat lah letih.. berdenyut betis ku.. Tidur pun lena sungguh, org Ganu kata tidur dok ketek! hehe.. Opsss sebelum tu nak tayang hasil tangan si anak dara K.Nor ni.. Aisyah ni mmg kreatif orgnya.. bakatnya mengalir dr si ayah yg mmg dlm bidang seni reka (Art & Design) Tiap kali hari jadi K.Nor dan ayahnya, dia selalu reka kad hari jadi. Cantik2 jer dia buat.. Kad utk K.Nor tahun ni mmg sangat sweet.. Lupa nak snap aritu.. hehe..


Kad2 ni dia buat khas utk cikgu2nya. Memang lah tak sehebat kad siap kat kedai tapi hasiltangan sendiri tu yg lebih berharga kan.. Macam gift utk cikgu2 yg K.Nor buat ni jugak. Rasanya tiap2 tahun cikgu2 pastu bawak balik 1 - 2 beg plastik besar yg disikan hadiah/cenderamata dari anak2 murid. Ada yg berupa mug, pen, perhiasan, kad dan paling banyak bunga kan. K.Nor kurang suka bagi hadiah gini sbb dah majoriti anak2 bg hadiah gitu kan... Sebab tu K.Nor buat gift yg boleh dimakan.. janji lain dari yang lain .. ^___^

Sebelum berundur, K.Nor amik kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru2 terutamanya pada Aziemas, Hana, Wan@KalamHati, Shida, Teratai, Zana, Jaja'z, Nieda ....................... ermmm sapa lagi ek.. Nanti beritau sapa lagi, K.Nor masukkan namanya dlm ni. Selamat Hari Guru jugak buat semua ibu2 kerana kita adalah guru pertama buat anak2 dan sentiasa menjadi guru walau dia org dah balik dr sekolah dan juga tamat persekolahan.. betul kan..


Jutaan terima kasih buat semua guru2 yg telah mengajar K.Nor serta anak2 K.Nor sehingga dia org mencapai kejayaan yg cemerlang dlm pelajaran dan terutamanya yg mengambil berat tentang pelajaran anak2 K.Nor. Semoga Allah membalas segala jasa baik dan pengorbanan yg telah dicurahkan buat kami semua. Andai ada lagi ibu K.Nor di ketika ini, tentu dia bangga ramai anak2 muridnya yg telah berjaya dlm hidup masing2 kerana arwah juga seorang guru.. Alfatihah buat emak tersayang..