f Secubit Garam: anak2 ku
Showing posts with label anak2 ku. Show all posts
Showing posts with label anak2 ku. Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

MAJLIS GRAD @ JUST (Jordan University of Science & Technology) 5 JUN 2012

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. dapat kembali bersiaran secara live setelah 12 hari berada di perantauan. Yg sebenarnya entri2 sepanjang 2 minggu lepas adalah entri berjadual, yg telah K.Nor siapkan sebelum berangkat ke Jordan dan ada gak yg dibuat semasa berada di Jordan. hehe jangan marah ya.. sengaja K.Nor buat gitu supaya tak ketara sgt ketiadaan K.Nor sepanjang berada bersama2 anakanda di Jordan. Nanti kalau tak ada entri, org duk tertanya2 kemana menghilangnya empunya diri, kang duk tayang menu yg sama jer sepanjang 12 hari tu. Sajalah tak nak heboh2kan yg K.Nor akan ke luar negara, kang ada yg meluat pulak, lagipun K.Nor lebih suka low profile gitu kan.. hehe.. Jadi K.Nor tak cakap dgn sapa2 kecuali famili terdekat yg tau dan selain dr tu hanya 3 geng blogger yg tau.. u know who u are :) Adalah sebab2 kenapa K.Nor beritau dia org ni.. So yg lain2 jgn jeles ya.. :)


Seperti yg dah ramai tau, anakanda sulong K.Nor, Mohd Shukri Tolahah telah mengambil pengajian dlm bidang pergigian di Jordan dan telah berjaya dlm final examnya pada akhir Mei baru2 ni setelah 5 tahun bergelut dlm pelajaran dan kehidupan di bumi Jordan.. ALHAMDULILLAH.. Terbayar sudah pengorbanan yg dilakukannya selama 5 tahun di sana dgn kejayaan yg dimiliki. Syukur dipanjatkan pada ILAHI atas segala  rahmat dan keberkatan yg dilimpahkan pd anakanda dan K.Nor sekeluarga.. Lepas ni adalah DR. pada pangkal nama anakanda ku itu .. hehee Si ibu cuma tumpang happy jer kan .. Insyaallah lepas ni dia akan pulang berkhidmat pd negara dan mula kerja pada awal bulan September. Posting tu jgn tanya la ya sbb tak confirm lagi kat mana... Semoga dpt berkhidmat di negeri sendiri .. aminn... (tak boleh nak buka klinik sendiri lg sbb terikat dgn kontrak selama 10 tahun.. biasalah kalau pengajian ditanggung sepenuhnya oleh JPA ni kan.. )


K.Nor mulakan entri sepanjang ke Jordan ni dgn Majlis Grad anakanda dulu ya.. Insyaallah akan menyusul gambar2 yg diambil sepanjang lawatan ke bumi Jordan spt Makam Nabi Yusyak, Makam Nabi Shuaib, Kubu Salahudin al Ayubi, Laut Mati, Petra dan pelbagai tempat lagi.. Terlalu banyak gambar2 utk dipilih, diedit dan pastu nak upload dan dijadikan entri pun makan masa gak. Dengan badan yg baru nak pulih dr keletihan dan sakit urat2 serta kemengantukan yg menjadi2 (biasalah tu kan kena jet lag kalau dah travel yg jauh dan makan masa yg lama serta perjalanan dari satu tempat ke satu tempat tu yg amat jauh dan dilambung dlm mpv yg agak uzur.. ) Sabar menunggu ya.... :)

Anak mak yg sentiasa encem ^___^

Parents yg sabar menanti saat majlis dimulakan..

Majlis diadakan secara open air di stadium JUST

Majlis bermula pukul 7ptg tp matahari masih hebat menyinar

Majlis selesai.. kemudian berjalan keluar dr stadium...
 Tak leh nak shoot gambar terima ijazah sbb jauh sgt, ni pun amik guna hp jer :)


 Bersama teman seperjuangan...


 Bersama teman2 dan lecturer2


 Para lecturer...

 Bersama lecturer yg baik hati dan peramah :)

 Anak2 dara yg kini bergelar DR. :)

 Para graduate dr Malaysia

 Close up sket :)

 Kegembiraan yg terpancar di wajah masing2 membayar segala penat lelah mengharungi kehidupan selama 5 tahun sebagai pelajar dan perantau di negara asing.. 


Mengabdikan kenangan bersama salah sorang peminat SECUBITGARAM, ULYA HUSAMUDIN
(special utk tatapan Ulya .. mekasih banyak2 ya.. )


Monday, January 30, 2012

KEMBALI TERPISAH...

ASSALAMUALAIKUM...

Sekejap jer masa berlalu, kini dia pergi lagi setelah menghabiskan cuti winter bersama keluarga di tanahair. Semalam hantar Along ke airport Sultan Mahmud, hanya K.Nor dan suami jer yg ada bersamanya. Adik2nya semua kat skolah dan kolej. Terasa sayu gak kali ni, sbb biasanya kesemua adik2 ada ikut gi hantar dia naik flight. Sampai K.Nor tak bagi cik abg bawak kamera spt biasa. Yer la dah gi bertiga jer kan.. Lagipun smlm agak sesak gak la kat balai berlepas. Kita org sampai pun ngam2 jer utk amik tiket dan cakap2 kejap terus dia masuk balai berlepas. Hati mana tak sedih kan.. Tapi tak per, insyaallah tak lama lg dah. Tinggal 4 - 5 bulan jer lagi utk dia menamatkan pengajiannya kat Jordan. Semoga Along pulang membawa kejayaan yg cemerlang dan menjadi pendorong buat adik2 nanti.. amin.... 


Dah agak berisi badan dia tp mungkin dlm gambar tak nampak sgt. (eh.. si emak pun dah makin gebus gak tu.. hehe) Target dia utk naikkan berat badan sebanyak 7kg bila berada kat rumah ni dah pun tercapai. Pernah gak sekali tu dia timbang, terlebih lak 1kg tp dgn usaha hari2 duk workout, dia boleh maintainkan berat badan yg dia idam2kan. OK lah... tuan rumah tak leh nak pot pet banyak2.. Tuan rumah kurang sihat sket sejak dua tiga hari ni, agaknya terlebih kerja dan ditambah lagi dgn cuaca yg tak menentu ni. (campur demam sepi dan rindu kat anak2 kut hehe)

Gambar yg sempat dirakamkan sebelum ke airport. Balik dr airport, rumah ku sunyi dan sepi jer.. Hanya tinggal berdua jer la skrg ni.. Hanimun? ermmmm... hanimun yg sepi dan tak ada maknanya tu.. Hanya kedengaran ketukan keyboard dan klikkan mouse.. hehe.. Lepas ni akan berkurangan lah entri yg dihapdetkan, mood masak2 pastinya akan berkurangan dgn drastik. Kalau masak pun secara ala kadar jer, cukuplah utk dua mulut utk disuap :)  Nanti kalau ada entri2 yg diposkan mungkin yg dah duk terperam dlm folder hehe.. Jumpa lagi...........

Asyik tayang gambar hero dgn emak jer kan, meh layan gambar hero dgn si ayah lak.. hehee....

Tuesday, December 27, 2011

WORDLESS TUESDAY ^_____^

ASSALAMUALAIKUM...


Hai.. I'm back!! ^__________________^





Thursday, December 22, 2011

SYUKUR.. KEJAYAAN BERGANDA...

ASSALAMUALAIKUM...

Syukur.. Segala puji hanya layak untuk Mu Ya Rabb.. Syukur di atas segala limpah rahmat dan di atas kejayaan yg telah diperolehi oleh anak2 ku yg tersayang.. 

Sijil di belakang slip tu adalah Persijilan I'dadi yg mana dia mendapat keputusan Mumtaz

Alhamdulillah.. kejayaan berganda bagi tahun 2011 buat anak2 K.Nor. Setelah Luqman mendapat kejayaan yg cemerlang dalam UPSR baru2 ni, kali ni anak dara nan satu juga menempah kejayaan yg membanggakan dalam PMR. Alhamdulillah.. dia mendapat 9A atau dgn kata lain straight As.. Gembira dan terharu bila dia juga mengikut jejak langkah Alongnya yg mendapat staright As dlm PMR. Akhirnya segala usaha dan penat lelahnya terbayar dgn kejayaan yg dimiliki hari ni. Dah boleh melepaskan nafas kelegaan bila dua2 keputusan peperiksaan dah tau ni kan.. hehe Hati emak mana lah tak dup dap dup dap.. Mengalahkan anak2.. hehe Tapi.. dalam suka ada duka... tak lama lagi dua2 akan masuk asrama.. Luqman dapat tawaran ke Sek Men Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan dan Aisyah pun akan masuk asrama bila buka sekolah nanti. Tinggal lah emak dan ayah berdua2an jer.. :(



Semoga Allah melimpahkan keberkatan dan rahmat, dan memberikan kejayaan berterusan dlm pelajaran, kehidupan di dunia dan di akhirat buat semua anak2 mak yg mak sayang... amin.. ya rabbal a'lamin...

Friday, November 18, 2011

5A JUGA UTK LUQMAN HAKIM ^__^

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah ya Allah.. Segala rasa syukur dipanjatkan padaMu, hanya Engkau yg selayaknya dipuji. Engkau maha berkuasa atas segala sesuatu. Berakhirnya satu debaran pagi semalam (masih ada satu lagi debaran yg lebih kuat menunggu bulan Dec nanti heeee) bila Luqman mengikuti jejak langkah abang2 dan kakaknya yg menempa kejayaan dalam Peperiksaan UPSR. Alhamdulillah.. Memang dia agak konsisten dlm setiap ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun dan juga peperiksaan percubaan sebelum ni. Tapi hati ibu tetap berdebar (mmg sentiasa berdebar tiap2 kali anak2 nak amik result.. sesuatu yg tak boleh nak elak tuh.. hehe) walaupun dia nampak relaks dan yakin jer bila habis peperiksaan UPSR hari tu. Bukan bimbang dia tak leh jawab dgn baik cuma bimbang berlaku kecuaian dlm menjawab soalan. Syukurlah tak berlaku semua tu.. akhirnya dia berjaya mendapat 5A spt yg diidamkan.. Tahniah buat anak mak, hero bongsu mak MUHAMMAD LUQMAN HAKIM.. semoga akan terus mencapai kejayaan demi kejayaan di masa akan datang juga berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat.. amin....


Tak lupa juga nak ucapkan tahniah buat Hasue dan hero sulongnya serta Azita (Lestari Kehidupanku) dan heronya jugak.. eemmm K.Ida (1001 Resipi) dan hero bongsu nya... (sapa lagi yg anaknya pun amik UPSR? maaf lah kalau K.Nor tertinggal/terlupa ya..) wahh semua hero ni ya...  semoga hero2 kita ni akan terus menempa kejayaan di peringkat lebih tinggi nanti.. insyaallah...


Jom layan gambar2 sekitar acara pengumuman keputusan Peperiksaan UPSR 2011 yg diadakan di Sek Keb. Chabang 3 semalam. Di kesempatan ni jugak nak ucapkan tahniah kepada pihak sekolah terutamanya guru2 tahun 6 yg terlibat dalam mendidik anak2 murid hingga mencapai kejayaan terbaik pada tahun ni dgn 50 org pelajar telah mendapat 5A. Pencapaian tertinggi setakat ini utk Sekolah Chabang 3. Ke empat2 org anak K.Nor menduduki UPSR di sekolah ni dan Luqman adalah yg terakhir belajar di SKPCT. Dah tak ada lagi murid yg dipanggil Tolahah di sekolah tu nanti (anak2 K.Nor lebih dikenali dgn nama ayah sbb jarang2 org ada nama tu, cikgu2 pun lebih senang panggil nama ayah dr nama anak hehehe) Jutaan terima kasih juga para guru2 SKPCT yg dah mendidik kesemua anak2 K.Nor hingga masing2 menggenggam kejayaan yg cemerlang. Semoga Allah juga yg membalas budi dan jasa guru2 semua. 

Before (gambar atas.. tengah berdebar tu hehe) & After (gambar bawah) the result ^___^

Friday, November 11, 2011

MY HERO IN YOUTUBE ! ^__^

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. Pagi tadi tengok kat wall K.Nor di fb ternampak Along K.Nor share satu link dr youtube. Tak tau pulak hal ni dari awal sbb dia tak mention apa2 pun pada K.Nor. Lagipun sekarang ni dia berada di Mesir, menghabiskan cuti raya haji seminggu kat sana (insyaallah esok balik semula ke Jordan) Kalau ikutkan plan asal dia nak mengerjakan haji pada tahun ni, tahun terakhir pengajian kat Jordan tp dek kerajaan Jordan tak bagi visa utk student bawah 30 jadi tak tercapai hajatnya tu..Memang K.Nor dan Along agak sedih dan terkilan dlm hal ni tapi bila pegang yg Allah tak mengizinkan lagi, takper lah.. Alhamdulillah semua dah ketentuan Dia kan..


Berbalik pada video yg ditayangkan ni, rupanya rancagan Kampus Dunia menayangkan proses pembelajaran di   U yg Along study, Jordan University of Science & Technology (JUST). Di tayangkan camana proses pembelajaran pelajar2 Malaysia dalam jurusan Pergigian dan salah sorang yg terlibat adalah anak sulong K.Nor Mohd Shukri Tolahah atau lebih mesra dgn panggilan Along di kalangan famili K.Nor. Insyaallah ni adalah tahun terakhir pengajiannya dan akan tamat pada bulan Jun tahun depan. Alhamdulillah.. sekejap jer masa 5 tahun hampir berlalu. Tak sabar gak menunggu kepulangannya kepangkuan kami semua.


Kalau nak tengok yg mana satu Along K.Nor ni, cuba tengok kat minit 6.38 -6.56. Anak muda yg berkaca mata tu la My Along! hehe.. Tak terucap dng kata2, berbaur rasa perasaan. Sebak, terharu, bangga dan rindu pun ada pada anak yg sorang ni... Sebelum ni hanya tengok gambar2 still jer dia dgn uniform doc tu. Tapi kali ni bila tengok secara 'life' dia duk 'bertugas'.. ermmm...hebatnya anak mak! Tahniah Along dan semoga Along teruskan kecemerlangan bila balik bertugas di tanahair ya...

Terima kasih buat yg sudi melayan video tu.. Saja la K.Nor letak kat sini utk kenang kenangan kami seisi keluarga di masa akan datang. Dan rasanya kena letak gambar still gak, mana tau suatu hari nanti video tu terpadam atau dideletekan.. kan..

Along... mak, ayah dan adik2, sangat2 bangga dgn Along.. We all luv u ^___^

Dan tak lupa, sekalung ucapan tahniah juga buat semua pelajar2 lain iaitu rakan2 seperjuagan anak K.Nor yg sama2 menuntut di JUST.. Semoga terus sukses dlm bidang yg diceburi... amin... 





Monday, May 16, 2011

Projek Hari Guru

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. dapat gak memenuhi hajat anak2 (Aisyah dan Luqman) yg inginkan si emak menyediakan juadah/buah tangan buat dijadikan hadiah kepada cikgu2 dia org hari ni. Utk si Luqman ada extra sket, dia nak bawak kuih utk jamuan di kelasnya.


Ni lah hasil projek yg bermula dari pukul 5 petang dan siap packing hampir2 pukul 12 tgh mlm. K.Nor stop pun utk solat Maghrib jer.. dinner mmg tak yah cakap ler.. sambil2 tu jer duk minum air.. Dengan cuaca yg agak panas skrg ni.. perut kenyang dgn minum air bergelas2.. Peluh..... hummm... basah lencun baju dan kain batik.. hehee...


Pagi smlm K.Nor ke kedai mencari bekas yg diperlukan. Kalau ikutkan ada satu bekas yg ngam2 saiz dgn bronis yg akan letakkan tu tapi bekas tu rendah. Tak boleh nak letak 2 layer. Nak tak nak terpaksa amik yg besar sket ni.. Nampak ler janggalnya bila bronis tu kecik, K.Nor potong tu ngam2 satu loyang 10" x10" dpt 16 kpg bronis dan 16 keping CB. Kalau potong 3" setiap satu bronis tu cuma dapat 9 kpg jer nanti, tak cukup pulak nak hasilkan 20 gift semuanya.. Nak bakar 1 loyang lagi CB dah tak larat rasanya, lagi pun dah agak lewat, nanti CB tak cukup sejuk, bila dipotong, berderai pulak jadinya.


Semua bekas K.Nor beli 20 kotak, 12 utk Aisyah dan 8 utk Luqman. Memang dia org dah set nak banyak tu. Utk Aisyah, semuanya spt dlm gambar tu.. 1 kpg bronis dan 1 kpg CB. Utk Luqman pulak, 1 kpg bronis + 2 bj apam dan satu jenis lagi 1 kpg CB dan 2bj apam. Ngam2 cukup 20 kotak.. legaaaaaa... Lepas dah masukkan dlm kotak dan stapler, masukkan pulak dlm paperbag.. oppsss... lupa nak shoot gambar paper bag!

Ni lah dia bronis yg K.Nor buat.. 2 adunan utk bronis ni..


Yg ni pulak hasil godekan si anak dara. K.Nor cuma pantau jer tengok dia sukat bahan2 dan membancuh adunan.. cantik tak? Ada yg nak booking? hehehehe...



Ni pulak tempahan si Luqman dari mula2 K.Nor buat Apam Yogurt aritu. Awal2 dah cakap, kalau ada jamuan kat sekolah, dia nak K.Nor buatkan apam ni utk dia.. nak banyak2... Mulanya plan nak buat 2 adunan jer bila tanya dia nak bawak berapa biji, dia cakap nak 50 biji! wahhh anakku.. mau pingsan si emak dengar! Nasib baik ada 4 bekas yogurt dlm esbok. Telur no hal sbb mmg beli lebih.. Terus aje godek apam lepas solat Maghrib. Nak buat awal2 boleh aje, tapi dah dia nak buat jamuan kan pagi ni, takut tak elok jer apam tu lama2. Tapi skrg ni dah pukul 11pg lebih ok jer apam tu.. masih lembut dan sedap! Apam ni K.Nor buat 3 adunan, setiap satu adunan lain perisa. Batch pertama, perisa coklat, masuk aje apam dlm kukusan utk 2nd trip mengukus, terus godek batch kedua perisa strawberi. Pastu batch ke 3 perisa blueberi. Semua sedap! Cukup puas hati mengapam semalam.. semuanya tersenyum lebor... merekah berjambak2... Alhamdulillah.. Utk makluman sapa2 yg nak tau, satu adunan Apam Yogurt ni boleh menghasilkan 28 bj apam dlm saiz cup yg mcm dlm gambar tu ya (cup sedang)

Ok lah.. dah penat mengarang ni.. penat marathon smlm pun terasa lagi. Masuk tidur pukul 1pg.. tersangat lah letih.. berdenyut betis ku.. Tidur pun lena sungguh, org Ganu kata tidur dok ketek! hehe.. Opsss sebelum tu nak tayang hasil tangan si anak dara K.Nor ni.. Aisyah ni mmg kreatif orgnya.. bakatnya mengalir dr si ayah yg mmg dlm bidang seni reka (Art & Design) Tiap kali hari jadi K.Nor dan ayahnya, dia selalu reka kad hari jadi. Cantik2 jer dia buat.. Kad utk K.Nor tahun ni mmg sangat sweet.. Lupa nak snap aritu.. hehe..


Kad2 ni dia buat khas utk cikgu2nya. Memang lah tak sehebat kad siap kat kedai tapi hasiltangan sendiri tu yg lebih berharga kan.. Macam gift utk cikgu2 yg K.Nor buat ni jugak. Rasanya tiap2 tahun cikgu2 pastu bawak balik 1 - 2 beg plastik besar yg disikan hadiah/cenderamata dari anak2 murid. Ada yg berupa mug, pen, perhiasan, kad dan paling banyak bunga kan. K.Nor kurang suka bagi hadiah gini sbb dah majoriti anak2 bg hadiah gitu kan... Sebab tu K.Nor buat gift yg boleh dimakan.. janji lain dari yang lain .. ^___^

Sebelum berundur, K.Nor amik kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru2 terutamanya pada Aziemas, Hana, Wan@KalamHati, Shida, Teratai, Zana, Jaja'z, Nieda ....................... ermmm sapa lagi ek.. Nanti beritau sapa lagi, K.Nor masukkan namanya dlm ni. Selamat Hari Guru jugak buat semua ibu2 kerana kita adalah guru pertama buat anak2 dan sentiasa menjadi guru walau dia org dah balik dr sekolah dan juga tamat persekolahan.. betul kan..


Jutaan terima kasih buat semua guru2 yg telah mengajar K.Nor serta anak2 K.Nor sehingga dia org mencapai kejayaan yg cemerlang dlm pelajaran dan terutamanya yg mengambil berat tentang pelajaran anak2 K.Nor. Semoga Allah membalas segala jasa baik dan pengorbanan yg telah dicurahkan buat kami semua. Andai ada lagi ibu K.Nor di ketika ini, tentu dia bangga ramai anak2 muridnya yg telah berjaya dlm hidup masing2 kerana arwah juga seorang guru.. Alfatihah buat emak tersayang..


Sunday, February 6, 2011

Kembali Berjauhan..

Wahh.. tajuk cam org tengah bercinta-cintan yg terpisah jauh jer.. hehe.. Cinta gak ni tp cinta sejati sorang ibu pd sorang anak tersayang. Yep, Along dah pergi lagi.. menuntut ilmu, menyudahkan tempoh pengajian yg berbaki 1 1/2 tahun lagi sebelum bergelar doktor gigi, insyaallah.. Skrg ni dia dlm tempoh praktikal di klinik pergigian Jordan University Science & Technology, Irbid, Jordan. Dah pun belajar buat gigi pelesu.. hehee.. lepas ni sapa2 yg nak buat gigi pelesu boleh la buat appointment ya.. (Che Mat dah book aritu kan.. heeeeee...)


Petang td lepas lunch, kita org ke airport hantar Along naik flight ke KLIA. Flight dr K.Trg berlepas lebih kurang pukul 4.15 ptg (kalau tak silap laa) dan skrg ni Along dah pun berada dlm pesawat menuju ke Amman. Flight ke Amman rasanya berlepas pukul 8.00 pm dan dijangka tiba di Amman petang esok antara pukul 4 - 5 ptg waktu M'sia. Semoga dia dan kawan2nya yg berlepas dlm satu flight tadi selamat tiba di Amman dan seterusnya selamat tiba di rumah masing2 di Irbid.. Juga semoga Jordan tidak mengalami masalah dalaman negara seperti yg terjadi di Mesir.. amiin...

Kembali lah rutin seperti biasa, rasa sunyi jer walhal baru jer dia pergi. Sepanjang dia balik kali ni, hati K.Nor sangat happy. Tengok dia bergurau senda dgn adik2nya, makan dgn cukup berselera apa yg K.Nor masak terutamanya menu yg dia request. Terasa sayu dr semalam lagi tp kena kuatkan semangat. Kalau kita ikut perasaan, nanti dia lagi sedih nak berpisah kan.. Hati ibu mana tak sedih bila nak berpisah jauh dgn anak tersayang ni.. Hanya mereka yg mengalami jer yg tau apa yg K.Nor rasa. Insyaallah K.Nor redha dgn apa yg dilalui ni sbb ini adalah demi masa depan dia org gak kan. 

Jom la layan gambar, kang tak pasal2 gerimis di malam hari.. hehee.. psst!! K.Nor tak nangis tadi tau.. cuma sebak jer.. Kang ada yg kata ada drama air mata tadi.. hehee












Semoga berjumpa lagi anak ku
dan kembali dgn kejayaan yg cemerlang..


Ya Rahman Ya Rahim...
Selamatkan perjalanan anakku
Lindungi la dia walau di mana saja dia berada
Lindungi lah dia dr segala bala bencana dan malapetaka
Kurniakan lah dia dgn kesihatan yang baik
Berikanlah dia petunjuk dan hidayah agar sentiasa di jalan yg lurus
Berkati lah dia agar menjadi anak yg soleh dan bertaqwa
Faqihkan lah dia dgn ilmu yg dipelajarinya
Cemerlangkan lah dia dlm pelajarannya
Berikan lah dia kejayaan di dunia dan di akhirat
dan
Panjangkan lah usia kami sekeluarga agar dapat kami berjumpa lagi..

AMIIN.....