ASSALAMUALAIKUM...
Terlupa nak masukkan entri ni petang tadi. Tak per la ya, masukkan malam pun. Tak yah ngendeng2 la, semua dah abis. Sink pun dah all clear :)
Hampir 2 minggu dapur real tak berasap. Bermula dgn Majlis Akad Nikah SIL, pastu ke Puchong, pastu sambung dgn persiapan awal kenduri SIL, pastu kenduri hari Jumaat tu, sambung pulak dgn kenduri dua hari berturut.. Tu semua buat dapur alam nyata tak berasap. Duk pulun makan jer 2 minggu tu tambah lagi masa di KL..wahhhh berat ku udah naik 2kg!! Oh tidak!! Begitu mudah nak naik berkilo2 tapi nak turun gram2 payah yg amat! Nak gi jogging tak leh lagi minggu ni, dua beradik tu ada kelas tambahan kat sekolah masing2. Kelas start pulak tak sama waktu, payah sket nak gi jogging ler sebab kena hantar berasingan.
Opsss melalut pulak.. Disebabkan dah lama tak masak, bahan2 dlm esbok tak bertop up, jadi tadi bila nak masak sayur banyak bahan2 yg dah menopos. Ingat nak buat sayur terung, terung pun dah sampai masa masuk cik tong. Yg boleh diguna/tinggal cuma 2 biji tomato, sedikit kobis dan cili2. Limau kasturi pun tinggal 3 bj jer. Daun ketumbar semua dah kuning, bunga kantan dah ilang rupanya yg pink.. hihi.. kesian betul sayur mayur dlm esbok ku. Esok kena ke pasar la jawabnya utk top up balik stok sayur mayur. Dengan 2 bj tomato, sedikit kobis, cili padi dan limau kasturi datang ler ilham nak buat kerabu. Cik Abg K.Nor ni kalau makan nasi nak ada sayur atau ulam2an. Dapat kerabu gini dah mcm bonuus la... Dia mmg suka sayur2 atau pun kerabu. Kebetulan ada ikan bilis halus dlm esbok, K.Nor campurkan sekali dalam kerabu ni. Hasilnya... sedap!! Sangat sedap, diratah gitu aje pun sedap! Opsss.. sendiri angkat bakul la pulak .. hehe Meh tengok resipi kerabu sepontan yg diberi nama Kerabu Tomato Berkobis ni..
KERABU TOMATO BERKOBIS
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:2 biji tomato
1 genggam ikan bilis halus ~ digoreng garing
sedikit kobis ~ dihiris halus
3 ulas bawang merah ~ dihiris halus
5 - 7 biji cili padi ~ dihiris halus
2 sudu besar sos ikan
garam ~ secukup rasa
1 sudu besar gula
daun ketumbar ~ dihiris halus (k.nor tak letak sbb tak ada stok)
3 bj limau kasturi
Cara:
Tomato dibelah 4 dan dibuang empulur serta bijinya. Kemudian dihiris nipis.
Masukkan tomato, kobis, bawang merah dan cili padi ke dalam mangkuk.
Masukkan juga sos ikan, garam (hati2, jgn letak banyak sbb dah ada rasa masin dr ikan bilis dan sos ikan), gula, daun ketumbar dan perahan limau kasturi.
Gaul hingga sebati dan perap 10 minit barulah dihidangkan.

amboi...diet eh? mentang2le dah sendat dgn lauk kenduri kan..hehe
ReplyDeletekak Nor,naik 2kg pun tak pe kak....akak still slim melim lagi tu...saya ni dh berkilox2 dah naik sejak tak keja ni...hehe
ReplyDeletekerabu tu nampak sedapla....saya suka kerabu...semua jenis kerabu suka..hehe
best nampaknya kerabu ni....boleh try...k.nor tinggal kat mana di trg? saya pun org Trg, asal Batu Rakit..
ReplyDeleteAs'salam Nor
ReplyDeletehehehe..kalau ct boleh naik macam Nor harus seronok lah kot. ni nak suruh jarum tu naik ke angka 48 kg pun payah.. hehehe. Tapi alhamdulillah..kecik2 comel2 pun sihat kan.
kerabu ni buat kecur jer pagi2 dtg sini. walau dah habis tetap nak telan2 air lur gak :DD
kreatif, x de bnyk bhn dlm esbok pun leh reka kerabu! sy tgk je pun dah kecur :) *dah gi pasar blm kak hr ni?
ReplyDelete2 kg? mmmm klu dlm produksi ternakan kenaikan begitu amat penguntung penternak. lebih cepat kaya. ;)
ReplyDeleteKak Nor per kata wat projek artikel utk Jelita, dengan tajuk "Lauk Wajib selepas kenduri kawin". LOOMOT
k.nor dah kembaliiiiii...alah k.nor 2 kg jer takper..k.nor still nampak slim....taknampak pun akan kenaikannya itewww...
ReplyDeletewah k.nor kerabu nih sedap nih...lieza pun suka makan2 lauk camni..insyaallah nak cuba juga nanti..
Suka kerabu.. Leh la cuba nanti kak nor.. Bila mkn kerabu ada sekali berselera rasa..:)
ReplyDeleteAssalamualaikum akak..
ReplyDeletediana paling suka bab kerabu nie akak.. suka makan.. tp jarang buat sbb ada org kat umah nie x reti makan.. akak.. sedapnya tu akak..
x penah lia t'fikir nak buat kerabu mcm ni kak...rasanya semua bahan2 ada dalam esbok...blh lah dicuba utk menu esok...sbb arini ada makan2 sempena anibeseri...^___^
ReplyDeletep.s:t.kasih kak nor singgah blog tadi...:D
kecur air liur saya tengok kerabu tu kak nor... tomato kalau dibuat kerabu atau diulam mentah je saya suka mkn.. kalau masuk dlm gulai/kuah saya tak suka pulak sbb lembik2.. hehehe..
ReplyDeletep/s: terima kasih resepon pertanyaan kat puding tauhu yg izah buat tu ye.. baru faham kisah sebenarnya.. hehe..
assalamualaikum..
ReplyDeleteanna >> diet? mana ada.. diet akak duk berenang2 dlm laut cina selatan nun.. tak caya gi la tengok :)
nieza >> 2kg banyak tau.. ni dah jadi 62kg.. target nak 58kg berkubur camtu jer huhu
kak aya >> k.nor asal kg kolam, skrg duk pdg hiliran
CT >> meh kita buat pakatan nak? CT amik lemak2 k.nor utk beratkan timbangan nak? hehe
del >> kreatif sbb nak clearkan esbok tu del hehe..
tak gi pasar besar la del, gi kat org jualan tepi jalan nun jer...kereta tak available tu yg tak leh nak gi :)
loomot >> tajuk ke, pilihan resipi ke hak pihak penyelaras jelita..k.nor cuba hantar jer resipi2 dan dia org yg pilih :)
ReplyDeletelieza >> slim tang mana la tu lieza, pewut dah membuncit ni :)
juwita >> betul2.. k.nor pun suka kerabu, mmg menambah selera makan :)
diana >> kalau cam tu, kena buat 1/2 adunan dah la diana..at least dpt gak kita layan selera kita sendiri kan :)
lia >> wahhhh gi makan besar ya.. hehe.. nak ikut pun tak leh dah kan :)
ratna >> sama pesen jer dgn anak2 k.nor yg tak suka tomato yg lembik/lecur.. anak dara lagi la, dia suka makan gitu jer cam makan apple :)