f Secubit Garam: Menu Rewind

N3 Terkini

Tuesday, May 10, 2011

Menu Rewind


ASSALAMUALAIKUM..

Menu rewind a.k.a menu ulangtayang.. Buat lagi sbb simple dan anak2 suka.. Layan aje la ek.. tuan rumah kurang rajin nak pot pet banyak2 arini..

Mek Sue.. ni ler sutun hasil candat kat pasar..
Senang jer kan.. tak payah nak mabuk2 laut hehe

SOTONG MASAK KUNYIT CILI API
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
400gm sotong
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

3 biji bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
5 biji cili api merah dan hijau ~ dihiris
1 helai daun kunyit ~ dihiris halus
perahan limau kasturi/nipis
garam & sedikit gula
minyak

Gaulkan sotong dgn garam dan serbuk kunyit.
Panaskan 2 sudu besar minyak dan goreng sotong 1/2 masak.
Angkat dan ketepikan.
Panaskan 3 sudu besar minyak dan masukkan bawang merah dan bawang putih.
Goreng hingga kekuningan dan masukan cili api dan daun kunyit.
Goreng hingga wangi dan masukkan sotong, garam dan sedikit gula (jika suka)
Masak hingga sotong masak (kalau terlalu kering boleh lah dimasukkan sedikit air)
Masukkan perahan limau kasturi/nipis dan padamkan api.
Kacau2 hingga sebati.
Angkat dan hidangkan.


12 comments:

  1. salam k.nor...wehooooo..ada sutun ler....apa kabar k.nor?? sihat..? ni tgh dok selak n3 yg ketinggaln nih..hehehe ada dengor tak k.nor...

    ReplyDelete
  2. meriah lah resepi kak nor ni. blh la ella cuba nanti.

    ReplyDelete
  3. Kak nor,kalo sedap n semua suka pasti akak di rewind kan..Sy pong sama gak,slalu rewind,hehe..Seafood masak smple2 pong mmg sedap..

    ReplyDelete
  4. Hola KNor!! kita datang dari jauh nak curi satu pinggan of ur sotong.. boleh?? hahahah.. kat sini sotong punya lah fresh.. macam nak beli jugak lah bila gi pasar nanti ahaks

    ReplyDelete
  5. kak nor, sotong masak gini memang peberet daniel..he...he...
    lama dah mas tak buat..asyik masak sambal jerk....

    ReplyDelete
  6. kak nor..sutun tuh tak luluslah buat tayangan perdana sebb tak pakai 'baju' hihi..perkara yg paling tak gemar time nak masak sutun ialah nak menbuang itu 'baju'..makan sodap ajerr! tapi kan kat umah mokwo nih pun 2 kilo sutun baru cukup untuk di masak!

    ReplyDelete
  7. menu ulang tayang yg x menjemukan... kalau dapat sepinggan leh meratah ni.

    ReplyDelete
  8. banyak hasil mencandat semalam kak?pasnih kite memukat udang lak,nak?hehee..
    nampak menyelerakan jer sotong tu..

    eh?ijahdaut x kuor umah lagik ke kak?nak kena bako nih~haha

    ReplyDelete
  9. Salam kak! muka sdih mata kuyu jer niii :D mintak makan sotong tuuuu.. sedapnyerrr! lama tak masak sotong! sok lah kalau teringin nk makan kita ketuk pintu umah akak hihihi..maklomlah kita kedekut sikit dgn sotong2 yg ada niii :D hihihi

    ReplyDelete
  10. comey je sutun tuu.. tun ni bab buang kulit luar sutun tu malas betol.. hehe

    ReplyDelete
  11. Salam K Nor,

    kena try ni nanti, nampak sedapp.*menu k nor manjang sedapp* Dah la kiter ni peminat sotong tegar hehe.

    ReplyDelete