f Secubit Garam: Assorted Pandan Bun

Sunday, May 8, 2011

Assorted Pandan Bun

ASSALAMUALAIKUM...


Mengambil manafaat cuaca yg agak panas, kita kerjakan bibik melayu tu yg asyik duk lepak2 jer. Bila cuaca yg panas ni, cepat sket naik doh roti. Kali ni K.Nor buat Bun Pandan dgn pelbagai versi. Ada yg diletakkan inti daging, ada yg inti kacang merah yg kemudian dibentukkan menjadi flower bun dan tak ketinggalan bun kosong yg hanya ditabur gula kat atasnya. Kesemuanya memikat selera K.Nor sekeluarga yg mmg suka makan roti tambah lagi roti homemade yg panas2... shedap!! Spt biasa, K.Nor menggunakan Basic Doh tapi ditambah dgn pandan paste dan pewarna hijau... Ohhhh... hari ni bertemakan hijau... Tengahari tadi Nasi Goreng Hijau dan ni pulak bun berwarna hijau jugak... Ku lihat hijauuuuuuu.... hijau cantik kan.. sejuk jer mata memandang.. Dalam syurga pun ada burung hijau sepertimana yg disebut dalam Al Quran...